Chapter 23

206 13 0
                                    

Pagi itu , Haura dan Narzeel bersiap . Mereka rancang untuk luang masa sebentar sebelum masing masing kembali membawa haluan masing masing .

Haura la orang paling bersemangat bangun hari ini , katanya excited nak siapkan encik suami . Segala pakaian kerja Narzeel telah disiapkan dengan kemas . Dan semuanya kena di mata Narzeel .

Kata Puan Adila , Narzeel memang seorang yang cerewet tentang penampilannya . Kalau tak kena dimata dia , pujuk la macam mana pun dia tetap tak mahu pakai .

Dan itu semua telah dicatat oleh Haura . Apa pun , dia tetap seorang isteri yang perlu menjaga makan pakai suaminya . Dia harus mengambil berat tentang itu atas tanda hormatnya dia kepada Narzeel .

Haura meletakkan baju kerja milik Narzeel di atas katil yang sudahpun dikemasnya tadi . Tiba tiba , baru dia teringat tentang gambar yang dilihatnya kemarin .

Haura kembali ke arah meja solek . Seingatnya gambar itu terlepas dari pegangannya . Haura menunduk disebalik meja itu . Kemudian dia terjumpa sekeping gambar yang dilihatnya kemarin .

Gambar itu diambil . ' Haura ? ' Dek kerana terkejut , laju Haura mengangkat kepala dan itu menyebabkan kepalanya terhantuk dengan bucu meja .

Narzeel yang melihat itu pantas menghampiri isterinya . ' Ya Allah , Sweetheart.. You buat apa sampai masuk bawah meja tu hm ? ' Kedua pipi Haura dipegangnya . Haura sengih tak bersalah dengan sebelah tangan mengusap kepala dan sebelah tangan menyembunyikan gambar yang dipegangnya .

' Err takda apa , ada sampah bawah tu tadi . You laa suka terkejutkan orang ' Wajah yang tersengih tadi bertukar cemberut . Narzeel menggeleng perlahan . Ada ada saja perangai isteri dia ni . ' Ya , i'm sorry . Sakit dekat mana tu , cuba tunjuk '

Haura perlahan menunjukkan kepalanya yang terhantuk tadi . Narzeel memegang tempat yang ditunjuk Haura . ' Sini ? ' Haura mengangguk . ' Sure sini ? ' Tanya Narzeel lagi . Dan sekali lagi Haura mengangguk .

Hujung ubun ubun itu diusap , dengan perlahan dia menurunkan ciuman disitu . Haura terkedu . ' Hilang dah sakit tu ? ' Narzeel membongkokkan badannya untuk samakan tingginya dengan Haura yang pendek itu .

Haura mengangguk perlahan . ' Mengada betul dia eh.. Gigit kang ' Haura kembali tersengih . Alah mengada dengan suami sendiri apa salahnya kan ?

' Dah jangan berdrama lagi , baju hubby mana Sweethart ? ' Wajah Haura kembali memerah . Tak habis lagi diusiknya . ' Eee you sudahla , i-- i terlepas cakap panggilan tu sebab i teringat cerita 30 pesanan suara tu.. '

Haura bermain dengan jarinya sendiri , kepala kembali menunduk . ' Then ? ' Tanya Narzeel lagi berharap ada sambungan dari ayat itu . ' Then.. Err then i terpanggil la dekat you . Ish sudahla malas nak layan perangai you pagi pagi ni sakit hati je . Tu baju atas katil '

Satu jelingan dihadiah buat suami dan dia berlalu masuk ke tandas . Makin dilayan , makin menjadi . Narzeel pula , seronok ketawakan si isteri . Itu la hobinya sekarang . Menyakat Haura .

Haura masuk ke dalam tandas dan pantas mengunci pintu . Dia memegang dadanya yang sudah berdetak laju . Kalau duduk dengan Narzeel hari hari macam ni , boleh terkeluar jantung dia .

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now