chapter 5

272 20 2
                                    

Selesai solat Zohor , Haura menyiapkan dirinya . Abaya hitam diambil dan dipadankan dengan tudung dark grey . Warna hitam adalah warna kegemarannya . Black means Elegant and mysterious . That is she .

Haura membetulkan tudungnya kemudian dia menapak turun ke bawah . ' Ha tu Tisya dah turun ' Kata Datin Hallen . ' Eh , Tisya nak pergi mana ? ' Tanya Datin Hallen .

' Tisya nak keluar dengan akak... Ni kauorang buat apa dekat sini ? ' Tanya Haura pelik memandang Adeena , Naula dan Afiq yang duduk bersama Datin Hallen . Siap dijamu kuih dan air lagi . ' Eh kau lupa ke kita ni ada study group ? ' Kata Adeena .

Haura menepuk dahinya sendiri . ' Allah.. Aku lupa . Sorry.. Hehe ' Haura tersengih kecil . Macam mana la dia boleh lupa ?

' Kalau benda tu penting takdanya nak lupa . Sebab tak penting la mudah lupa . Menyusahkan orang aje datang rumah ' Sampuk satu suara . Tak perlu diteka Haura sudah tahu suara itu milik siapa .

' Eh takdala susah pun uncle , rumah kitorang bukannya jauh pun . Takpe faham maybe Haura betul betul lupa.. ' Balas Adeen . Tak mahu pula nanti rakannya yang disalahnya . Yang diaorang pun satu , datang tak bagitahu..

' Hm.. Kauorang jangan ikutkan sangat perangai si Haura ni , silap silap nanti terpesong macam dia . Entah apa nak jadi.. ' Tambah Dato Mokhtar selamba . Dia duduk di atas sofa empuk dan mencapai alat kawalan jauh television .

Haura hanya senyum kelat memandang papanya . ' Mana ada uncle.. Haura ni pandai la . Tak pernah susahkan saya ataupun kawan dia . Kawan dia susahkan dia adala . Kalau uncle nak tahu dia ni top student tahu , ramai cikgu puji dia.. Kan Adeen ? Kan Naula ? '

Jelas Afiq Darreen dengan beraninya . Haura sudah kecut perut dengan perbuatan Afiq . Sekilas dia memandang wajah beku Dato Mokhtar . ' Haah betul tu uncle ! Haura ni dikira top student la , untung uncle dengan aunty dapat anak macam Haura ' Datin Hallen tersenyum mendengar bicara kanak kanak itu .

' Pandai dalam pelajaran je tak guna.. Dia perlu seimbang . Kalau pandai pelajaran tapi taktahu urus hidup tak guna juga ' Haura pejam mata mendengar ayat itu . Jujur dia benar benar rasa seperti TAK GUNA sekarang .

Sehina itukah dia dimata papanya ? ' Eh uncle apa cakap-- ' Ayat Adeena dipotong Haura . ' Sudahla korang.. Next time kita study eh ? Aku minta maaf sebab susahkan korang.. '

Afiq hanya tersenyum kelat memandang Haura . Dari riak wajah itu sahaja dia sudah tahu apa yang gadis itu rasakan . ' It's ok Haura.. Salah kitaorang datang tak bagitahu . Ok la kalau macanmtu kitaorang balik dulu la '

Pamit mereka bertiga . Adeena dan Naula menyalam tangan Datin Hallen manakala Afiq pula menyalam tangan Dato Mokhtar .

' Pa... I don't think you should say that in front of them.. Malu Tisya ni ' Kata Datin Hallen memandang suaminya yang langsung tak ada rasa serba salah terhadap kata kata yang dilemparkan olehnya .

' Why not ? I'm telling the fact Hallen . You fikir you punya malu je ? Habis muka i yang tanggung malu sebab dia ni , nak campak mana ? ' Balas Dato Mokhtar dengan dingin .

' Mommy.. Its ok , Tisya ok . I'm sorry for doing that to you pa . I'm promise to do my best ' Mengendur suara Haura . Dia menyalam tangan Datin Hallen dan berlalu keluar dari rumah agam itu .

' What's wrong with you ? You tak kesian ke dekat dia ? She has a mental disorder papa.. You buat dia lagi tertekan . Tak boleh ke you lupakan aje benda lama tu ? ' Tanya Datin Hallen . Tumpuannya sekarang 100% terhadap suaminya .

' I hilang anak i sebabkan dia Hallen . Kalau tak disebabkan dia , semua ni takkan jadi . It's all her fault ! Sampai mati pun i takkan lupa benda tu ' Alat kawalan television diletak kasar di atas meja kaca itu . Dato Mokhtar berlalu naik ke atas .

Tersandar Datin Hallen mendengar butir bicara dari suaminya . Bukan suaminya sahaja , dia juga turut rasa atas kehilangan puteri sulung mereka . Tapu dia langsung tak salahkan Haura Aatisya atas apa yang jadi . Baginya Haura adalah gambaran anaknya .

Haura la tempat dia melepaskan rindu pada puteri sulungnya .

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now