Chapter 25

217 13 1
                                    

Tiba di suatu restaurant , Narzeel memberhentikan keretanya . Dia memandang Haura yang masih memeluk tubuh itu . Lengan Haura disentuh tetapi ditepis oleh Haura .

' Okay i minta maaf.. I tak berniat nak buat macam tu . Jangan macamni please.. Kita dah sampai depan restaurant ni kita makan dulu ' Pujuk Narzeel . Tetapi Haura masih diam membisu .

Tanpa amaran terus kedua bahu Haura dipusing untuk memandangnya .
' I'm really sorry sweetheart... Forgive me okay ? ' Bawah dagu Haura dipegang dan perlahan dia mendaratkan ciuman di atas dahi licin itu .

' Jangan merajuk lagi okay ? ' Satu senyuman manis dihadiahkan buat Haura . Perlahan Haura mengukir senyum dan mengangguk . Ohhh hatiii kenapa la kau cepat sangat cair ni ?? 

Semasa makan Haura memandang Narzeel yang dari tadi hanya diam . Dia meletakkan kedua sudu dan garfunya .
' Apa lagi yang you nak tahu tentang family i ? ' Tanya Haura . Tentang keluarganya tak semua hal Narzeel tahu .

Jadi dalam masa yang masih ada ini , dia mahu ceritakan semuanya pada Narzeel . ' You cakap , dulu family you tak macam sekarang . Apa yang buatkan family you berubah ? '

' Arjuna bukan sahaja tunang atau bekas tunang kak Hawa . Tapi dia juga anak angkat sementara keluarga i . Jadi dari situ i , kak Hani dan kak Hawa kenal Arjuna '

' Masatu i kecil lagi baru 11 tahun . Kak Hawa dengan Arjuna pula 16 tahun . Dorang satu sekolah dan satu kelas . Memang kawan rapat , i dengan Arjuna pula macam adik dengan abang je . Dia layan i pun baik '

' Actually i dengan Kak Hawa ni tak ngam sangat . Dia tu dikira macam tak suka la dengan i sebab masa tu.. ' Ayat itu digantung seketika .

' Sebab masatu papa still sayangkan i ' Selepas mengucap ayat itu , dia tersenyum tawar . ' Tapi pada i , papa langsung tak pilih kasih , i nampak papa sayang sama rata je . Maybe memang kak Hawa tu yang tak sukakan i '

' When i was 13 , i masuk sekolah asrama . Masatu cuti , jadi i balik rumah . Arjuna dengan kak Hawa dah bertunang masa tu . Tiba tiba satu hari tu , Arjuna putuskan pertunangan '

' Semua pun mestila terkejut . Bila tanya kenapa , dia cakap dia sebenarnya langsung tak cintakan kak Hawa . Dia buat semua tu sebab nak balas jasa baik keluarga i . Tapi dia tak boleh tipu perasaan dia sendiri '

' Kak Hawa mengamuk , dia tanya siapa perempuan tu . Dan Arjuna jawab.. ' Jeda . Narzeel menunduk sedikit memandang wajah Haura .
' Arjuna jawab ? ' Soal Narzeel .

' Arjuna jawab dia cintakan i . I sendiri pun terkejut . Sebab sepanjang i kenal dengan Arjuna , tak pernah sekalipun dia nyatakan perasaan dia pada i . Kalau boleh jujur , macam macam i dah cerita pada dia . Dia selalu ada dengan i . Selalu ada bila i sedih '

' Kak Hawa lagi la mengamuk , dia marah i . Dia tuduh i rampas Arjuna dari dia . And then dia lari keluar rumah . Sampai lewat malam , ada orang call yang dia kena langgar lari dan tak dapat diselamatkan '

' Papa marah dan salahkan i masa tu . Dia langsung tak nak dengar penjelasan dari . Selama papa marahkan i , Arjuna la yang bagi i semangat . Yang keep telling me that it was not my fault '

' Dia janji untuk jaga i satu hari nanti because he said he love me since first day we meet . Dia baik.. ramai sayangkan dia , sampai satu hari dia pun pergi '

Haura sedaya upaya menahan diri unuk tidak menangis . Siapa sahaja yang tidak sedih mengenangkan tentang seseorang yang sudah tiada ?

' Papa marahkan i sangat sangat . Dia cakap i penyebab kak Hawa meninggal . I membawa malang dalam keluarga . Papa tampar i . Tapi Arjuna tetap pertahankan i '

' I tak tahan sangat masatu , i lari keluar dari rumah . Masa tu hujan . Arjuna kejar i , i lintas jalan tanpa tengok kiri kanan '

' Ada satu lori besar hilang kawalan . Arjuna perasan dia terus tolak i dan.. '
Air mata yang ditahan tadi jatuh jua . Haura menggigit bibirnya kerana tak mahu mengeluarkan suara .

' Enough sweetheart . Jangan cerita lagi ' Narzeel yang duduk dihadapannya tadi berpindah tempat untuk duduk disebelah Haura .

Air mata yang mengalir itu diusap dengan kedua ibu jarinya . ' It's okay.. You masih ada i untuk jaga you . I janji semua ni akan berakhir satu hari nanti '

' Sabar sikit lagi okay ? Sikit je lagi semuanya akan selesai . I akan jadikan you wanita paling bahagia sekali dalam dunia ni Haura.. '

' I minta you untuk bertahan kejap sahaja . Bagi i masa sikit je untuk selesaikan semua ni , dan nanti kita tak perlu sorokkan lagi semua ni '

Haura mengangguk . Dia terus menyembangkn wajahnya dibidang dada Narzeel . ' Thankyou.. ' Ucap Haura perlahan , tapi masih boleh didengar oleh Narzeel .

Tuhan itu adil.. Dia tak akan menguji hambanya luar dari kemampuan kita . Mungkin Haura kurang kasih sayang dari keluarganya.. Namun Allah hadirkan seorang lelaki yang bergelar suami untuk mendampinginya .

Lelaki yang telah berkata untuk jaga dirinya , untuk sayang dirinya . Dia percayakan Narzeel . Dan dia berharap semuanya akan berakhir suatu hari nanti .

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now