Chapter 52

198 14 0
                                    

' Haura ? '

Haura menoleh ke kanan melihat wanita yang berdiri disebelahnya . Narzeel juga turut melakukan hal yang sama dengan sudu masih berada di dalam mulutnya .

Narzeel memberi ruang kepada Hani dam Haura untuk berborak .

' Kenapa perlu rahsiakan sayang ? Kenapa tak bagitahu je yang anak Haura kandungkan ni anak yang sah , yang ada ayah ' Hani mengenggam tangan Haura .

' Tak boleh akak . Haura tak nak nanti benda ni akan susahkan Narzeel . Ada sebab kenapa perkahwinan kami perlu dirahsiakan ' Haura menunduk .

' Kenapa ? Cerita pada akak.. ' Kedua bahu Haura dipegangnya .

' Narzeel.. Dia dipaksa kahwin dengan Liyan Maisara . Kalau diorang tahu yang Narzeel dah kahwin dengan Haura dulu , automatik keselamatan Haura pun terancam ' Terang Haura .

Hani mengeluh perlahan . Berat sungguh ujian adiknya . Dia sebenarnya sudah pun pulang dari france semalam . Semuanya telah diceritakan oleh Datin Hallen .

Dan dia pun telah tahu bahawa Haura bukan adik kandungnya . Tapi dia tak kisah.. Dia tetap sayang Haura seperti adiknya sendiri .

' Akak jangan risau tentang Haura . Haura bahagia dengan Narzeel . Kami tahu apa yang kami buat , In sha Allah semuanya akan selesai nanti ' Haura mengukir senyum . Dia mengusap perlahan tangan Hani yang masih mengenggam tangannya itu .

Hani meminta diri untuk pulang . Hatinya lega apabila mengetahui yang adiknya baik - baik sahaja . Dia pun telah berjanji kepada Haura untuk merahsiakan tentang hal ini .

**************

Liyan Maisara

Liyan membaringkan tubuhnya di atas kerusi jemur dihadapan kolam . Dia memandang langit yang gelap .

' Sara.. ' Maisara toleh ke kanan . Dia yang baring itu kembali duduk . Puan Sri Leya duduk di kerusi sebelah anaknya .

' Sara okay ke ? Mama tengok asyik termenung je.. ' Tanya Puan Sri Leya . Kebelakangan ini lain sahaja dia tengok sikap anaknya ini .

Selalu termenung dan terperap sahaja dalam rumah . Macam orang ada masalah . Selalu tak macam ni , nak melekat dekat rumah pun susah .

' Okay je mama , kenapa ? ' Tanya Maisara semula . Puan Sri Leya hanya mengangguk .

' Sara jarang keluar sekarang , banyak diam.. Tak diva macam dulu dah ' Puam Sri Leya tergelak sedikit . Liyan Maisara punya diva sampai mak sendiri pun mengaku kata diva .

Maisara juga turut ketawa . Jujur betul mama dia ni pun . ' Entah la mama , rasa malas pula nak keluar ' Balas Maisara sambil menunduk bermain dengan jarinya sendiri .

Dia sendiri tak pasti kenapa dengan dirinya . ' Sara lain lepas lelaki yang kerja dengan Narzeel tu hantar Sara balik ' Maisara tergelak sendiri sambil mengerutkan dahinya .

Puan Sri Leya juga turut mengerutkan dahinya . ' Kenapa Sara gelak ? Mama serious la ' Puan Sri Leya menepuk paha anaknya .

' Tak ada la , Sara masih Maisara yang sama . Masih diva lagi tahu ! Tak ada kena mengena la dengan Isaac tu ' Maisara menjuling matanya sendiri bila menyebut nama Isaac .

' Isaac ? Who ? ' Tanya Puan Sri Leya .

' Lelaki yang hantar Sara balik haritu la . Itu la Isaac , dia kerja dengan abang Narzeel . Kerja sebagai apa tu Sara tak tahu , malas nak tanya beku semacam je dia tu '

Puan Sri Leya gelak kecil . ' Cara Sara bercerita ni macam Sara ada something feeling dekat dia.. ' Puan Sri Leya mengecilkan matanya sambil memandang Maisara .

' Tak la mama , Sara kan dah nak kahwin dengan abang Narzeel takkan Sara nak suka dia pula ? '

' Mama tengok abang Narzeel Sara tu macam nak tak nak je layan Sara . Jangan berharap sangat pada dia . Daddy kamu tu pun , jangan diikutkan sangat kata dia . Sara berhak pilih dengan siapa Sara nak hidup ' Bahu anaknya ditepuk pelan .

Puan Sri Leya meninggalkan Maisara seorang disitu . Maisara kembali termenung memikirkan kata kata mamanya .

Selama ini.. Dia memang betul betul suka kan Narzeel ke ? Atau dia paksa perasaannya hanya untuk ikut telunjuk Tan Sri Kamal ?

' Haih Isaac.. Apa yang kau dah buat dekat aku ni . Kalau aku suka dia , macam mana aku nak bagitahu Daddy ? Abang Narzeel pun.. Jelas dia tak suka aku '

' Mungkin betul apa Isaac cakap . Abang mungkin ada pilihan dia sendiri ' Maisara baring semula memandang langit .

Selepas pertemuannya dengan Isaac , dia rasa sesuatu yang tak kena dengannya . Dia tertarik dengan cara Iaac melayan dirinya . Beku tetapi baik . Mungkin agak kasar , tapi dia suka . Lelaki itu jaga dalam diam..

******************

Haura membutangkan baju melayu yang dipakai Narzeel . Hari ni hari jumaat , jadi mr iceberg kita nak pergi solat jumaat la .

' Muka you makin berseri , tambah dengan senyuman you buat i makin sayang tahuu ' Dahinya dilagakan dengan dahi Haura . Tangannya memeluk pinggang ramping Haura .

' Mengada la you ni.. Dah siap , mana songkok ? ' Tanya Haura sambil membetulkan sedikit baju yang berkedut itu .

' Tuuuu ' Narzeel memuncungkan bibirnya . Haura menoleh , kakinya menuju ke arah meja yang ada disebelah katil . Kemudian dia kembali ke arah Narzeel selepas mengambil songkok itu .

' Tunduk sikit.. Tinggi kemain ' Narzeel gelak kecil melihat Haura yang terjinjat jinjat itu . Dia yang pendek kata orang tinggi pula .

Narzeel menundukkan sedikit badannya . Mukanya tepat dihadapan muka Haura . Suka benar dia melihat wajah itu , wajah yang menenangkan , wajah masa depannya dan wajah ibu kepada anak - anaknya .

' Okay siap dah ' Haura menepuk tangan suka . Handsome pula suami dia ni berbaju melayu berwarna biru tua . Package sekali dengan sampin , macam baru lepas akad nikah !

' Sudahla Narzeel , jangan pandang macam tu . Pergi solat dulu , lepastu balik nanti tenung i puas puas ' Haura menolak pipi Narzeel yang memandangnya itu .

Tapi Narzeel masih tak bergerak . Tahu la dia cantik , tapi jangan nampak sangat terpukau tu . Haihla encik suami .

Melihat Narzeel yang tak bergerak dia terus menarik tangan Narzeel untuk turun ke bawah .

' Dah pergi nanti you lewat , nanti balik i masak sedap sedap untuk you ' Kedua pipi Narzeel ditekupnya . Kemudian kepala itu ditarik menunduk dan mencium dahi Narzeel .

Narzeel tersenyum dengan perbuatan Haura . Ni buat dia lagi sayang dengan mak buyong ni adui .

' Jaga diri tahu , kunci pintu ni . Kalau ada orang datang buka tingkap tepi tu je ' Pesan Narzeel sambil mengosok kepala Haura . Haura mengangguk faham .

' Baikla hubby~~ ' Haura meraih tangan Narzeel dan memcium kekura tangan berurat itu . Narzeel mengusap ubun - ubun Haura .

Kemudian dia menunduk menyamakan wajahnya dengan perut Haura yang sedikit membuncit .

' Baby jaga umi ya.. Jangan active sangat ' Perut Haura dicium sekilas kemudian dicium pula ke dahi licin isterinya .

' I pergi dulu ' Haura mengangguk . Dia memandang Narzeel yang telah masuk ke dalam kereta . Sempat suaminya itu mengenyit mata .

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now