Tepat umur 70 tahun Tengku Ayad mukhris akhirnya pergi meninggalkan isteri tercintanya dan juga anak cucunya. Sudah seminggu berlalu kepergiannya dan hari ini dimansion milik arwah berkumpulnya isteri dan anak cucunya.
Walaupun masih diselubungi rasa sedih tetapi mereka terpaksa meneruskan kehidupan masing-masing. Dan harini adalah pemberitahuan tentang wasiat yang telah ditinggalkan Tengku Ayad mukhris kepada isteri dan juga anak cucunya.
Walaupun sudah berjaya masing-masing dan tidak perlukan lagi harta yang ditinggalkan oleh arwah tapi disebabkan itu adalah pemberian dari arwah mereka terpaksa menerima untuk menghargai dan tentunya menjadi kenangan yang diberikan oleh arwah kepada mereka.
"Jadi saya akan mulakan ya?" Peguam tersebut menatap mereka satu persatu. Melihat anggukkan dari mereka peguam tersebut tersenyum sebelum mula membuka file yang dipegangnya. File peninggalan milik arwah. Peguam itu mula membaca satu persatu pembahagian harta milik Tengku Ayad. Jelas dan padat peguam itu membahagi kepada mereka.
"Dengan ini saya mengatakan bahawa syarikat Ku family dan juga resorts ku family akan menjadi sepenuhnya milik Tengku Hael Hazreeq tetapi dengan syarat perlu menikahi gadis yang bernama Naylea Syazal binti Dani Kamal."
"Jika tidak mengikuti syarat tersebut maka syarikat Ku family dan juga resorts Ku family akan jatuh sepenuhnya ketangan Tengku Rayyan Ehsan, Melainkan Naylea Syazal sudah menikah atau menghilangkan diri maka syarikat Ku family dan juga resorts akan tetap menjadi milik Tengku Hael Hazreeq" Panjang lebar peguam itu membaca lagi wasiat yang telah ditinggalkan oleh Tengku Ayad kepada mereka. Dan kali ini harta yang ditinggalkan untuk Tengku Hael dan juga Tengku Rayyan.
Sedikit tergemam mereka mendengar wasiat yang ditinggalkan oleh Tengku Ayad kepada cucunya itu. kepada Tengku Hael dan Tengku Rayyan.
Lama Tengku Hael terdiam selepas mendengar kata-kata yang keluar dari mulut peguam itu. Atau lebih tepat syarat wasiat yang ditinggalkan oleh atuknya sendiri.
Menikahi? Dan tandingan dia Tengku Rayyan?
Disatu sudut Tengku Hael sudah mengerutkan keningnya. Masih tidak faham, Adakah dia perlu menikahi seorang gadis untuk mendapatkan harta tersebut? Dia tidak begitu tertarik untuk mengambil syarikat dan juga resorts yang ditinggalkan oleh atuknya itu.
Tetapi memandangkan jika tidak dia mengambil maka Tengku Rayyan Ehsan sepupunya yang akan mengambil ahlinya dan itu tidak akan sesekali dia biarkan terjadi, Jika kedua itu menjadi hak milik Tengku Rayyan maka diakan kalah dengan lelaki itu, Dia tidak akan benarkan Tengku Rayyan lebih tinggi dari dia, Dia bencikan itu, Baginya manusia seperti Tengku Rayyan tidak layak memiliki kehidupan yang indah.
Apatah lagi memegang kedua harta yang ditinggalkan oleh atuk mereka. Tetapi kalau dia mengambil kedua harta yang ditinggalkan oleh atuknya. Maka dia perlulah menikahi seorang gadis yang ada didalam syarat wasiat itu. Kalau dia melakukan itu bagaimana dengan Yasmin? Kekasih hatinya?
Dan siapakah gadis didalam wasiat tersebut? Kenapa dia tidak pernah mendengar langsung nama itu? Melainkan nama kepada binti gadis itu, Takkanlah itu anak Uncle Dani? Lelaki yang pernah mengorbankan diri menyelamatkan nendanya dan juga atuknya yang hampir mati lemas akibat accident dan jatuh kedalam laut.
Yang peliknya atuknya tahu dia ada kekasih kenapa buat syarat seperti itu? Dan seakan sengaja saja meletakkan Tengku Rayyan didalam syarat itu. Bukan atuk dia tidak tahu yang dia dengan Tengku Rayyan tidak sebulu.
Tengku Rayyan hanya memandang kosong kearah sepupunya yang jelas sudah mula tidak senang duduk itu, Dia yakin lelaki itu sanggup buat apa saja untuk menjatuhkan dia, Mana mungkin Tengku Hael melepaskan syarikat dan juga resorts ku family ketangannya, Dia sangat kenal dengan Tengku Hael Hazreeq lelaki yang pernah rapat denganya ketika mereka dibangku sekolah dulu.
KAMU SEDANG MEMBACA
[C]✓Bidadari Tengku Hael
Romance|My first sad romance| - Stand alone series - "Tolong jangan munculkan diri kau dihari pernikahan itu nanti..." TENGKU HAEL HAZREEQ - Jejaka yang mempunyai segalanya dari paras rupa ke harta dan mampu memikat hati setiap gadis, Dirinya yang terpaksa...