NAMANYA TERTULIS DALAM WASIAT AYAHANDA

365 34 8
                                    


Karina's POV

Istana Ruby mempunyai lebih daripada seratus buah bilik. Setiap bilik berpenghuni. Kebanyakannya pekerja istana sendiri. Roshan memiliki kuarters kediaman di bahagian timur daripada ruang utama Istana Ruby yang dibina berdasarkan reka bentuk U. Dindingnya daripada jenis batu gua berwarna putih menyebabkan ia kelihatan istana Eropah abad ke-10. Tetapi dekorasi dalamannya sudah jauh lebih moden dan berteknologi tinggi, terutama sekali di kuarters kediaman Roshan.

Dia membesar di sini, bersama barisan penjaga yang pakar dan mahir dengan pelbagai perkara. Walaupun ketiadaan ayahanda dan bonda, dia tetap diasuh dengan sempurna. Mungkin disebabkan oleh penjaganya. Aku pasti beliau ialah seorang yang bertanggungjawab kerana namanya tertulis dalam wasiat ayahanda. Keputusan untuk menghantarku ke keluarga yang berbeza juga sebenarnya adalah keputusan yang terbaik. Kemelut antara keluarga-keluarga diraja sebelum ini bukan sahaja menyebabkan Roshan diculik, bahkan mengorbankan orang tua kami (walaupun aku tidak pernah bertemu baginda berdua).

Bilik peribadi Roshan terletak di tingkat 2, sementara bilik yang disediakan untukku berada di tingkat 1. Pertama kali aku memasuki bilik ini, otak ku kejang. Gila luas! Lebih luas daripada apartment ku di bandar! Terdapat bilik di dalam bilik untuk bilik tidur yang aku gunakan ini. Aku baru berdiri di muka pintu, sebuah candelier gergasi tergantung di tengah ruang tamu sudah menjamu mataku. Ruang itu dihias dengan set sofa L kontemporari moden berwarna putih. Lemah lututku melihat pemandangan luar yang terus ke tengah kota Ruby yang bermandikan cahaya kerana dindingnya ialah kaca. Mini bar disediakan di kiri dan dapur yang pada awalnya aku fikir ialah sebuah galeri seni. Beberapa lukisan tergantung (entah barangkali lukisan Picasso atau Leonardo, aku tak tahu, aku buta seni) ia nampak sangat mewah (aku teka je, mewah lah kot). Tetapi sebenarnya ia adalah kabinet dapur yang penuh dengan makanan!

"Hero! Ini bilik tidur ke hotel?!"

Kalau bilik aku dah sehebat ni, entah bagaimana pula bilik Roshan. This is mind-blowing!

Aku beralih ke kananku. Sebuah pintu sliding kayu ala pintu Jepun, aku tolak ke sisi dan... jantungku terhenti untuk seketika.

"Woah.. !" Mulutku ternganga.

Dengan katil yang boleh memuatkan 5 orang dewasa sekaligus, dengan selesa ya, bukan secara berhimpit, aku terus melompat seperti anak tupai di atas katil tersebut. Seakan aku sedang melompat di atas trampolin tetapi jika gelas yang berisi air diletak di atas katil, ia tidak akan tumpah! Hebat!

"Kalau macam ni mewah tinggal di istana, I don't mind living here. What a life!"

Penat melompat, aku terhampar di tengah katil. Sesekali bergolek ke kiri, kejap ke kanan. Kanak-kanak riang. Mesti Roshan tertawa melihat gelagat aku kalau dia berada di sini. Mataku mula redup, mulutku menguap luas.

"Lebih baik mandi sekarang sebelum aku tertidur."

Semuanya aku lakukan dengan pantas. Walaupun masih terkesima dengan bilik itu, aku terpaksa melewatkan perasaan teruja demi persiapan sebelum tidur. Aku sangat teliti dengan rutin sebelum tidur. Tetapi berada di dalam bilik mandi tidak membantuku untuk bertenang. Bayangkan, bilik air itu mempunyai bukan bath tub tetapi kolam renang! Kolam renang peribadi?! Ditambah dengan walk-in closet yang semuanya tersedia pakaian berjenama dengan saiz badanku!

"Hero memang sediakan bilik ini untuk aku, ke? Hah, kalau betul, dia memang all-out! The best brother ever!"

Tiba-tiba aku terfikir. Jika dia mencurahkan kemewahan kepada ku tanpa henti-henti seperti ini, bagaimana pula dia melayan teman wanitanya sebelum ini?

"Patutlah semua puteri raja berlumba-lumba merapati abang aku. Semua masih berpeluang menjadi permaisuri, hidup mewah seperti ini, siapa tak nak?"

Selesai rutin, aku naik ke katil yang paling selesa pernah ku naiki, menarik selimut sehingga ke paras dada dan terus menutup mata. Dengan harapan, untuk tidur secepat mungkin kerana esok aku perlu kembali ke kota.

"Hah... selamat malam, Karina... Puteri Karina?" Aku tertawa kecil. Puteri Karina. Yalah tu. Perasan!

Selamat malam, Karina... lampu dimalapkan.

Hmm?

Lampu dinyalakan kembali. Mataku kembali celik. Perfume ni... Deria aku yang kuat ke atau aku just teringat orang gila tadi? Wangian yang sama ketika aku berada di pub muncul kembali. Ia samar-samar, seperti si gila ni pernah berada di sana.

Aku duduk sambil menghidu udara seperti anjing. Kiri dan kanan. Namun, ia tidak lama. Bau itu hilang.

'Atau aku yang terbayang-bayang?'

Mengingat semula kejadian di tempat kerjaku, badanku menjadi seram sejuk. Lelaki itu berdiri tepat di belakangku. Aku dapat merasakan mukanya betul-betul berada di belakang tengkukku kerana nafasnya yang hangat berjalan di sepanjang tengkuk dan leher ku yang kedinginan. Tapi sebaik aku menoleh, dia hilang.

Siapa dia... ? Berbanding ketakutan, aku menjadi ingin tahu. Kehadirannya menyebabkan sekitar ku seperti tidak bermakna, dan hanya tertumpu kepadanya. Harumannya amat menyenangkan, jika dia muncul di hadapanku, mungkin aku akan memberi reaksi yang berbeza berbanding semasa dia berada di belakangku.

Dia berbisik sesuatu kepadaku... kan?

Memikirkannya saja bibirku mengukir senyuman yang lebar. Padahal ketika dia berada di belakangku, badanku menggigil ketakutan. Takut kalau-kalau puntianak yang muncul dan menghisap darahku. Ala-ala Edward Cullen.

"OK. No. Stop! Ini bukan Twillight, OK? Be realistic!" 2,3 kali dahiku aku ketuk. "Jangan perasan, Karina." Kemudian aku mencapai telefon pintar yang aku letak di atas bantal sebelahku untuk memeriksa masa.

"3.18 pagi?!" Terbeliak mataku, kenapa aku rasa aku baru tidur 10 minit.

Ugh! Seingatku aku naik ke katil jam 11 malam. Cepatnya masa berlalu di sini. Tak sempat bermimpi lagi. Aku perlu bergerak awal kerana kuliahku bermula jam 9 pagi tetapi badanku tidak sanggup meninggalkan katil seempuk. Aduh! Serba salah. Namun ingatanku terhadap si dia masih berlegar di kepala. Hanya dengan harumannya saja membuatkan aku gila bayang, jika ini bukan fantasi, aku tak tahulah apa.

"Will I see you again... ?"


**

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now