ISTANA HADID

217 22 4
                                    

ETHAN'S POV

That's her. She's here. My future wife. My future Mrs. Ary. Karina Ary. Agaknya dia suka tak nama keluargaku pada namanya? Bunyinya amat sempurna pada pendapatku.

[Baby girl, I love you]

Gila jiwang! Boleh runtuh langit dibuatnya. Sejak bila aku sentimental macam ni? Ini ke yang orang kata kemaruk? Jantungku yang lemah mula berdegup kembali. Lamborghini mewah itu berhenti di 10 kaki dari kedudukan ku. Sebaik pintu dibuka, Karina menjenguk ke luar terlebih dahulu sebelum mengambil masa untuk bangun. Aku masih dapat melihat kesan merah di pipinya seperti sedang menahan malu.

Ya, inilah pertemuan pertama kami selepas aku mengungkapkan ayat hikmat itu. We are now in an exclusive relationship, officially a boyfriend and girlfriend. That's my queen, my lady, my woman. A woman that I'm going to spend for the rest of my life with. Karina.

Cara aku berdiri sekarang, OK ke tak? Kaki kiri menggosok belakang kaki kanan, entah apa maksudnya. Sut armani yang masih tersarung di badanku dikemaskan (aku tak sangka aku masih dalam sut setelah seharian 'berlari' ke sana ke sini). Tanggalkan atau tidak? Nak butang ke nak buka butang? Apa ni, Ethan! Semua tak kena. Chillax, boleh tak?

Dalam aku kelam-kabut mengawal reaksi tatkala Karina berjalan menghampiriku, taringku memanjang tanpa sempat ku berbuat apa-apa. Tolonglah taring, jangan sabotaj aku. Waktu macam ni lah kau nak buat hal!

"Kenapa nak takutkan tunang kau dengan taring tu?"

Shut up!

Si kambing tersengih sambil berpaut pada pintu pemandu sebelum ia menutupnya. Perlahan dia juga menghampiriku tanpa rasa bersalah. Dia tidak tahu aku hanya menunggu masa untuk melepaskan tumbukan di mukanya. Aku menarik lengan Karina dan memintanya berdiri di belakangku lalu berkata, "10 saat. Kau boleh mula bercakap sekarang."

Nasib baik taringku bertenang kembali. Kalau tidak, sepanjang itulah otakku 'memujukku' untuk membenamkan taringku ke leher Karina. Instinct si vampire ni memang gila kuasa. Langsung  tak menyabar.

"Aku nak tolong kau. Aku tahu siapa yang kenakan kau. Tapi kau mesti ikut apa yang aku arahkan."

"Huh! Kenapa tak bagitahu sekarang?"

"Apa jaminan aku akan selamat dari kau?"

"Jaminan? Kau tak rasa aku dah cukup baik ke sekarang?"

Kambing tersengih lagi. "Ya. Biasanya aku tak sempat habiskan ayat pun, kau dah serang aku. Macam ni ya orang yang dilamun cinta. Semuanya berbunga, sehinggakan musuh pun kau sanggup bagi peluang."

Karina menarik lengan bajuku tiba-tiba. "Kita pergi, please... ." ujarnya separuh berbisik.

"Ke mana?"

"Mana saja asalkan bukan di sini. Saya... tak sedap hati."

Sebenarnya aku juga merasai perasaan yang sama. Kami sedang diperhatikan. Namun, aku langsung tidak dapat menghidu mahupun mengesan kedudukan orang itu. Barangkali orang utara. Tapi jarak ke utara masih terlalu jauh, tak mungkin. Jika mereka memerhatikan aku sekalipun, mereka takkan mampu berbuat apa-apa. Kuasa mereka terhad di sini.

"Kau terpaksa percayakan aku, Ethan. Hanya aku yang tahu segala-galanya." Kambing kembali menarik perhatianku kepadanya.

"Apa hasilnya yang kau mahukan dari semua ni?"

"Tak ada apa-apa."

"Cakap!" Aku menggertaknya. Mustahil dia tidak mahukan balasan. Mana ada pertolongan percuma, aku tidak percaya dengan kenyataan itu. Semuanya pasti ada bayaran.

"Baiklah." Dia membisu seketika. Aku dah agak dia pasti mahukan sesuatu. Jika tidak, dia tidak akan berusaha sejauh ini. Baik atau jahat, aku masih belum tentukan. "Aku ingin masuk ke Istana Hadid."

Dahiku berkerut. Istana Hadid? "Apa kau mahu dari istana tu?"

"Sesuatu."
.
.
.
Karina's POV

Aku melihat perubahan yang ketara pada riak wajah Ethan sebaik Istana Hadid disebut. Istana apa tu? Nama Hadid itu sama seperti nama empayar yang aku baca dalam buku sejarah pagi tadi. Hadid. Istana Hadid. Istana kediaman Ethan di Florance, ke? Kenapa kambing hendak ke sana?

"Apa kau mahu dari istana itu?" Malah suara Ethan juga berubah. Nadanya sedikit bergetar, seakan menahan sebak. Malah, aku turut merasainya. Bukan sahaja fikiran kami berhubung, emosi juga seakan terikat.

Aku boleh merasai kesakitan yang dirasainya pada ketika itu. Sama sekali aku tidak menyangkakan beban yang selama ini dipikulnya seorang diri terlalu berat sehingga menyebabkan air mataku bergenang.

Tatkala air mataku jatuh ke pipi, Ethan berpaling sebelum menyapu air mataku tidak semena-mena, seperti dia juga tahu apa yang sedang aku alami. Pada masa yang sama, dia menggeleng kepalanya dengan pandangan mata yang tajam lalu dengan perlahan dia berkata, "Ia sudah berlaku... biarkan... ."

"You're still hurting... ."

"It doesn't matter. Apa yang penting ialah masa sekarang."

Banyak lagi yang mahu ku luahkan namun Ethan seolah-olah tidak berminat untuk meneruskan perbualan kami. Fikirannya terlalu tertumpu pada 'Istana Hadid'. Hebat benar si kambing menarik perhatian Ethan. Entah ilmu apa yang dipakainya. Bukan sahaja dia berjaya memukauku, malah Ethan yang keras kepala juga berjaya dilenturkannya.

"Ethan, kau perlu tahu apa yang kau hadapi sekarang. Aku tak tahu sejauh mana kekuatan yang kau miliki sekarang tapi masa aku sudah suntuk." Kambing kembali berdiri tegak.

"Cakap, aku dengar."

"Tapi, kau mesti berjanji untuk membawaku ke Istana Hadid."

"Aku tak janji. Berpuluh tahun aku tidak menjejak kaki ke negara itu. Aku sudah tidak tahu keadaan di sana."

"Berjanjilah, kau akan bawa aku ke Istana Hadid, hidup atau mati."

.

.

'Terimalah syarat dia.' Aku memasuki ruang fikiran Ethan. 'Dia... serius.'

'Aku tak mahu pulang ke istana tu.'

'Dia seperti terdesak.'

'Aku tahu. Huh...' Ethan mengeluh panjang. Sekadar pulang... "Baiklah. Aku setuju."

Terus bersinar mata si kambing mendengar jawapan Ethan. Ternyata dia terlalu mengharapkan Ethan untuk membawanya ke Istana Hadid. Entah apa yang dicarinya di sana.

"Ethan, dua pihak yang mengejar kau, malangnya, kau tidak akan dapat melarikan diri lagi. Satu, kerana darah kau. Darah kau ialah kuasa. Mana-mana pihak yang berjaya mendapatkan darah kau, mereka akan memiliki kekuasaan yang tidak ternilai.

Jika manusia yang berjaya mendapat darah kau, dia akan kekal abadi, umurnya tidak terbatas oleh waktu, tanpa perlu menukar dirinya kepada puntianak.

Tetapi jika darah kau jatuh ke tangan puntianak, kuasa puntianak yang sedia ada akan berganda seribu kali dan... manusia pasti akan menjadi mangsa. Kau, mesti jadi kuat, walau apa pun yang terjadi, jangan biarkan darah kau diambil. Manusia atau puntianak."

Darah emas. Si kambing sudah menceritakannya kepadaku tadi. Dan juga telah ku sampaikan kepada Ethan. Mungkin kerana itu Ethan langsung tidak terkesan. Namun, alasan kedua hampir menyebabkan aku menjerit ketakutan.

"Kedua... Lady Karina, pasangan kau... ialah pengantin raja puntianak."

A-Apa?

**

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now