CEMBURU

237 23 4
                                    

Sebuah ugutan tidak akan menggugatnya. Ia terngiang-ngiang di telinga Roshan walaupun setelah beberapa kali dia membasuh mukanya. Dengan air yang masih mengalir di bawah pili, singkinya banjir kerana lubangnya ditutup.

Roshan hanya membiarkan bilik airnya dipenuhi air. Pandangannya pada cermin kosong. Raja puntianak muncul bermakna dia sudah mengetahui rahsia yang disimpan keluarganya.

"Jangan biarkan Karina tinggal di istana, walau apa pun yang berlaku. Jangan iktiraf apa-apa, dia hanya adik kamu tetapi dia bukan kerabat diraja. Kamu faham?!"

Ayahanda terlalu takut dengan raja puntianak. Sepatutnya ayahanda bersedia dari awal, menguatkan diri. Tapi ayahanda lebih rela bersembunyi dan mengorbankan Karina. Tak guna! Aku tidak selembik itu!

Ah?

Sehelai rambut putih kelihatan di tengah kepalanya terpacul jelas. Cepat-cepat dia menarik uban yang paling dibencinya setiap kali dia memandang ke cermin. Tua. Itulah perkataan yang paling ditakutinya.

Menjadi tua. Sedangkan usianya baru 26 tahun, kenapa dia perlu dibebani dengan ketakutan untuk menjadi tua? Usia tidak pernah berhenti, masa akan terus berjalan walau bagaimana dia berusaha untuk terus kekal pada saat itu.

Betapa dia mengharapkan dia dapat menjadi seperti Ethan. Dia amat memuja Ethan, idola yang paling kuat mempengaruhi setiap gerak langkahnya. Personaliti Ethan yang liar ialah kegemarannya.

Dek hidup dalam peraturan yang ketat, hanya Ethan sahaja yang bebas melakukan apa sahaja membuatkan dia cemburu. Semakin dia menginjak dewasa, semakin kuat rasa cemburu terhadap bapa angkatnya yang kini berdiri seperti kawan baiknya sendiri. Umur Ethan membeku sementara dirinya semakin berumur.

Melihat Ethan dikelilingi ramai wanita membuatkan dia tertanya-tanya bagaimana bapa angkatnya melakukannya. Padahal dia juga memiliki wajah yang tampan, badan yang sama seperti Ethan malah berketurunan diraja lagi, namun perhatian wanita lebih tertumpu kepada Ethan berbanding dirinya jika mereka berjalan bersama. Ada sesuatu yang istimewa pada Ethan menarik wanita yang juga dimahukan Roshan.

Roshan menukar pakaikannya yang basah kepada pakaian yang lebih santai. Pejabat raja ditutup. Dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapa selepas dia menghalau Tuan Shahib (aka raja puntianak) dan menghubungi Ethan. Jawapan Ethan yang polos mengiakan bahawa dia tidak mengenali Karina.

"Jadi, Karina? Mana adik aku?" Roshan menunggu Daniel di ruang tamu kediamannya.

Kakinya bersilang sambil membaca buku ketika Daniel sampai. Dengan pantas Roshan meletakkan buku falsafah hariannya di atas meja hadapan seraya menyandarkan badannya ke kerusi dengan selesa.

"Puteri Karina bersama Tuan Ethan di kediaman baginda. Mereka akan datang ke istana malam ini, sebab... ."

Mereka, huh. "Sebab?"

"Mereka perlukan masa untuk bersedia memandangkan tuan puteri kurang sihat."

"Sudah pasti dia kurang sihat. Dia kemalangan semalam!"

"Bukan itu alasan yang diberikan Tuan Ethan, tuanku. Ujarnya, tuan puteri kurang sihat kerana sedang mengalami alahan mengandung. Jadi, baginda tidak kuat untuk bergerak."

Piss off! Roshan mengetap giginya sambil menarik nafas dalam-dalam.

"Me- mengandung? Adik aku mengandungkan zuriat bapa angkatku? Begitu?"

Hampir saja dia hilang pertimbangan. Namun kedua-duanya insan yang paling disayanginya. Jika itu pilihan adiknya, dia terpaksa akur. Malah untuk bertemu janji sehingga berbadan dua, mungkinkah Ethan serius dengan adiknya?

Walaupun dia sedar kecintaan Ethan terhadap setiap wanita (ciri utama: blonde and sexy), ia tidak pernah sampai ke ranjang. Bapa angkatnya sangat berhati-hati kerana bimbang jika perkara seperti ini berlaku.

Masalahnya Karina langsung tidak termasuk dalam ciri wanita idaman Ethan. Macam mana mereka boleh bersama?! Pelik bin ajaib. Kenal pun tidak. Entah di mana mereka berjumpa. Mengandung di luar nikah sangatlah dikutuk. Tindakan Ethan dan Karina sudah melampaui batas.

Daniel menyambung lagi, "30 minit yang lalu, Tuan Ethan dan tuan puteri sudah mendaftarkan perkahwinan mereka di City Hall. Ia sudah rasmi. Tuan puteri menukar namanya kepada Karina Ary."

Karina Ary!

Karina Ary!

Karina Ary!

"Bagitahu Ethan, tak payah datang. Hantar saja jemputan kepada mereka berdua untuk majlis makan malam Jumaat ini. Hantar kepada Tuan Shahib sekali."

Daniel beredar. Seperti Ethan, darah Daniel juga sudah sempurna. Deria vampire memang berbeza. Sebaik saja mereka menemui 'the one', mereka akan berusaha sekeras-kerasnya untuk melindungi pasangan mereka.

Dia berharap dia tahu perasaan itu. Perasaan apabila bertemu 'the one' dalam hidupnya. Satu lagi sebab yang membuatkan dia cemburu terhadap Ethan. Vampire akan setia terhadap pasangan mereka sehingga ke hujung nyawa.

'Jika Karina ialah pasangan Ethan, bukankah aku patut gembira... ? Ethan lelaki yang baik. Aku kenal dia sejak aku kecil lagi. Mungkin... aku patut bagi mereka peluang... .'

**

Short chapter. Will continue tmrw. Sorry I'm not feeling really well due to covid.

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now