OUR SOULS ARE BONDED

342 31 1
                                    

Ethan's POV

Sick! Kenapa aku tak berhenti senyum ni? Semakin lama semakin lebar pula, sakit pipi. Aku tak pernah sakit pipi kalau senyum. Bukan, sebenarnya aku sangat susah untuk tersenyum. Tapi kali ni lain macam pula. Hah! Macam tak percaya. Aku dah bertunang! Gila?! Aku jumpa Karina kurang dari sejam tapi... hah... gila... aku melutut?! Melamar dia seperti aku dah kenal dia seumur hidupku. Dan dia SETUJU!

Sebaik saja perkataan 'ya' keluar dari mulutnya, tanpa membuang masa aku terus memimpinnya keluar dari WORM, dengan senyuman yang langsung tidak lekang dari bibir kami. Ya, aku dan dia. Aku dan Karina...

Aku menyarung helmet pertama terlebih dahulu sebelum menyerahkan helmet kedua kepadanya. Namun dahinya yang berkerut tertanya-tanya tujuanku menyerahkan helmet kepadanya.

Ujarku, "We are going to marry now. I can't wait any longer."

"Hah? Kahwin sekarang?!" Ya, aku nampak pipinya bertukar merah. Ugh! Kenapa comel sangat Karina ni? Betul-betul macam anak kucing! Geram! Sabar Ethan, sabar. Dia tunang kau sekarang, dalam dua jam lagi dia akan rasmi menjadi isteri kau.

"Tak nak?" soalku perlahan, berlakon kecewa.

"Bukan... ." Sekali lagi dia tertunduk malu menahan pipinya yang merah padam. Jangan buat macam tu, Karina, kau benar-benar menguji kesabaran aku. "Bukankah kita sepatutnya berkenalan terlebih dahulu? Saya... tak tahu nama awak yang sebenar. Pekerjaan awak. Asal awak. Dan awak tak tahu pun nama penuh saya. Keluarga saya."

Keluhku sambil tertawa lalu menanggalkan kembali helmet. "Apa yang awak nampak sekarang ialah saya. Saya tiada keluarga, yatim piatu sejak kecil dan saya bekas tentera. Sekarang, awak nampak saya sebagai vampire, dan awak tak takut pun. Itu lebih penting. Kalau awak bimbang saya tak mampu membiayai awak secara kewangan, tak perlu. Harta saya cukup untuk seribu tahun kemewahan. Malah sejuta tahun sekali pun."

"Erm... ." Dia menggigit bibirnya seperti menahan diri dari terus berbicara. Sudah pasti dia ragu-ragu. Mana ada orang yang baru berjumpa sejam yang lalu tiba-tiba berkahwin? Tapi Karina tidak tahu, tindakkannya menggigit bibir hampir membuatkan rasionalku hilang sekali lagi. Berkali-kali juga aku menelan air liurku, dengan mataku yang langsung tidak lari dari memandang bibirnya yang lembap. "Saya ada seorang abang."

"Baik, kita jumpa dengan dia sekarang sebelum kita ke City Hall. Mana rumah dia?"

"Tak boleh!"

"Kenapa?"

"Sebab... hmm... eh? City Hall?" Matanya membulat, seperti anak kucing yang merayu. Hampir saja aku melontar helmet kedua ke lantai untuk menariknya ke dalam pelukanku. Ini amat menyeksakan. Bukan harumannya saja yang menggegarkan badanku, seluruh tindakannya ancaman buat kewarasanku. "Kenapa nak ke sana? Kan dah malam, City Hall tak buka."

"Siapa kata?"



"Karina! Kau lari dari tugas?! Aku bayar kau mahal, tahu tak?!"

Si gila mana yang berani menengking wanita aku ni?! Kurang ajar betul. Di muka pintu masuk WORM, seorang lelaki dalam pakaian wanita era 50-an, terus meluru ke arah Karina sambil mengayun tinggi tangan kanan. Bakal isteriku tanpa sedikit gerun di wajahnya turut meluru ke arah lelaki, OK, sebenarnya dia perempuan, eh bukan. Aku tak tahu! Aku tergamam apabila Karina menghalang cubaan menampar pipinya dengan menahan tangan kanannya.

"Ini dah melampau, bos. Saya berhenti!"

"Kau tak boleh berhenti! Jangan lupa kontrak yang kau sign dua minggu yang lepas. Kalau kau berhenti, kau harus membayar denda enam bulan gaji jika tempoh sebulan bekerja belum sampai. Dah kau baru bekerja 2 minggu."

"Saya boleh bayar sekarang."



Jadi Karina bukan anak orang biasa. Itu kesimpulan yang aku dapat buat sebaik melihat dia 'berperang' mulut dengan bekas bosnya. Bukannya aku tak mahu masuk campur tapi melihatkan Karina berani berdiri sendiri berhadapan dengan bekas bosnya membuatkan aku berasa bangga. That's my girl. Tapi lelaki tetap lelaki (itu je yang aku boleh andaikan.) Kekuatannya tepat lebih sedikit berbanding wanita walaupun dia dalam 'pakaian wanita'. Untuk kali kedua, dia cuba memukul Karina, aku terus mengambil alih, berdiri di hadapan Karina. Tanpa sempat bos WORM berbuat apa-apa, tanganku mencekik lehernya lalu mengangkatnya sehingga kakinya tergantung di udara.

"That girl, yang kau assault tadi, is my fiancee. I know she can handle it by herself but I'm not a softy. Jangan biar aku nampak muka kau lagi di sini. Kalau kau tak nak business kau lingkup, dalam masa 24 jam, baik kau pindah ke bandar lain. Kalau esok, kau masih ada di sini, dengan kau sekali lenyap dari atas muka bumi ni... ." Aku sengaja merendahkan suaraku agar tidak didengar oleh Karina yang sedang menggoncang tanganku minta dilepaskan bekas bosnya. Rayuannya sangat kuat namun amarahku tidak tertahan.

Karina's POV

"Ethan, jangan... !" Aku menggoncang tangan Ethan yang mencekik bos ku sehingga dia tergantung di udara, terkial-kial meminta pertolongan. Mukanya merah padam kerana nafasnya yang tersekat.

"Ethan, stop it. Awak akan bunuh dia!" Aku tak tahu cara bagaimana lagi untuk memujuk Ethan. Reaksinya langsung tidak terlintas di kepalaku. Sedangkan aku yakin aku boleh menyelesaikannya sendiri. Tetapi sebaik saja bos mengangkat tangannya kali kedua untuk menampar pipiku, Ethan terus mencelah dan langsung tidak memberi peluang bos untuk lari. Matanya sudah berubah warna kepada hitam. Kukunya yang menajam sudah menusuk ke leher bos sehingga dapat ku lihat darah mengalir perlahan.

"Kalau awak bunuh dia, kita batalkan perkahwinan kita!"

Dengan itu, Ethan melontar bos ke tanah sebelum memandangku kembali. "Batalkan perkahwinan?" soalnya perlahan.

Ah? Dia merenung dengan mata yang masih hitam, ini satu bencana besar.

"K-kalau dia mati, awak kena masuk penjara. S-saya tak mahu... menjadi isteri kepada pembunuh." Menggigil badanku mengungkapkan perkataan yang mungkin membuatkan dia semakin naik darah. Lelaki ini sangat menakutkan. Entah macam mana aku boleh bersetuju dengan lamarannya. Ke aku kena pukau? Sebab... dia kan puntianak. Dengar kata mereka ada kuasa untuk memukau orang.

"Aku dah bunuh ramai orang sejak dalam tentera lagi. Apa bezanya dengan sekarang? Hanya satu nama akan bertambah dalam senarai panjang mangsa korban."

"Please... ." Tiada cara lain, aku menekup pipinya dengan kedua belah tanganku, untuk menenteramkannya. "Come back, Ethan."

Ethan's POV

Apa aku dah buat ni? Belum apa-apa, amarahku sudah muncul di hadapan Karina yang ketakutan. Ya, dia ketakutan sebab tangannya menggigil. Tatkala pipiku disentuh lembut, sekali lagi aku merasakan renjatan elektrik yang menyebabkan anak mataku kembali kepada biasa. Terus ku rehatkan kepalaku di atas bahu kanannya sambil menyedut wangian Karina untuk aku lebih bertenang. Tak guna kau, vampire. Kau sabotaj aku!

'Sanggup kau berdiri tengok pasangan kita dipukul!'

'Dia lebih kuat dari apa yang kau fikirkan! Grr... kau hampir buat dia lari!'

'Larilah ke mana pun, kita sudah jalani ritual kontrak berdarah. Our souls are bonded. Secara teori, dia ialah pasangan aku.'

'Sebab kau buat secara paksa! Mana boleh kau hisap darah dia tanpa kebenaran dia?!'

'Ada kau nampak dia melawan?'

Tergamam aku dengan soalan vampire. Dia benar, Karina langsung tak melawan. Sepatutnya jika dia terasa dipaksa, pasti aku akan lepaskan tangannya. Kerana apa-apa sahaja paksaan, kontrak darah tidak akan berkesan. Kontrak darah ialah acara suci seperti pernikahan manusia.

'Sekarang giliran kau pula. Jadikan dia isteri kau yang sah, kita berdua akan dapat apa yang kita nak.'

'I'm doing it! Kau buta ke?!'

'Ah ha? Dengan merengek di bahu dia?' 

**

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now