THANK GOD, IT WASN'T HER.

368 30 9
                                    

Ethan's POV

"Uncle dah on the way. Sorry, lewat."

Aku tiba di perkarangan Istana Ruby bahagian timur, menongkat motosikal Zero SR/S sebelum menanggalkan helmet. Pada masa yang sama, aku menghantar mesej ke telefon pintar Roshan.

Sepatutnya aku sudah berada di sini beberapa jam yang lalu. Namun, aku tersekat antara tugas dengan 'urusan vampire' menyebabkan aku terpaksa menangguhkan perjalananku ke Istana Ruby. Otakku masih berkabus dengan si kambing dan wanita misteri itu.

Kalau bukan kerana taring ku yang menggila, aku takkan menghilangkan diri ketika wanita itu menoleh ke arahku. Ugh! Cepatlah antidote! Aku dah tak sanggup hidup dalam keadaan macam ni.

Daripada 30 orang tentera peribadi Raja Ash, hanya 10 orang saja yang terselamat daripada serangan hendap ketika kami dalam perjalanan pulang ke istana selepas menyelamatkan Roshan.

Kami menyangkakan kami insan yang bertuah kerana masih hidup. Rupa-rupanya, 'hidup' kami adalah sebagai puntianak. Sehingga sekarang aku tak tahu bagaimana kami boleh menjadi seperti ini!

'Darah emas... apa maksud dia?'

Aku mula sedar kami berbeza apabila kulit kami berubah pucat seperti tiada darah yang mengalir, tetapi bibir masing-masing merah menyala seakan hanya di sana darah berkumpul. Barisan gigi berubah terutama gigi taring yang menajam. Ia akan terus memanjang jika kami berasa terancam atau bersedia untuk bertarung.

Anak mata berubah warna mengikut emosi. Perang, hazel atau light brown apabila kami berdiri di bawah sinaran matahari. Sebaik bulan muncul, ia bertukar biru kehijauan. Dalam keadaan sedia untuk bertarung, anak mata akan berubah hitam sepenuhnya. Tetapi hari ini, kali pertama dalam 2 dekad, anak mataku berubah warna yang aku tidak ketahui. Semuanya disebabkan oleh wanita misteri yang berbau bunga harum sundal malam.

'Aku mesti cari dia lagi... .'

Sepatutnya malam ini aku bersama Roshan. Dia baru saja ditabalkan siang tadi. Tetapi disebabkan si kambing, aku terpaksa meninggalkan hari yang paling penting buat anak angkat aku. Dan akhirnya semuanya sia-sia sahaja. Hanya 'darah emas' berjaya aku dapatkan!

Yeah, jika aku dan Roshan berdiri bersama, orang akan menyangka kami adik-beradik. Mengikut nombor, aku dan Roshan hanya berbeza 7 tahun. Bagaimana seorang lelaki yang hanya berbeza usia dengan anak asuhannya 7 tahun boleh dipanggil bapa angkat?

Namun sayangku terhadap Roshan saling tidak ubah seperti sayang seorang ayah terhadap anaknya. Roshan sudah ku anggap seperti anakku sendiri. Seperti Ash yang aku anggap seperti adik ku sendiri.

Istana kediaman ini sudah menjadi kediaman keduaku. Sungguhpun begitu, dua tahun kebelakangan, aku sudah mula mengurangkan masa di sini memandangkan Roshan sudah hampir bersedia untuk menaiki takhta.

Takhta yang dipegang oleh emak saudaranya, Puteri Brianca, diserahkan kepada Roshan sebaik Roshan mencapai usia 26 tahun. Itu pun sepatutnya Roshan sudah mendapatkan takhtanya ketika dia berusia 19 tahun namun... hah... sama ada Roshan masih belum bersedia atau Puteri Brianca tidak sanggup melepaskan takhta itu.

Aku tak tahu kenapa aku tidak mempercayai Puteri Brianca, walaupun dia ialah adinda Ash sendiri. Siapa tahu? Kuasa boleh membutakan mata sesiapa sahaja.

"Sorry Roshan, uncle lewat."

Roshan berada di bilik bacaan ketika aku sampai. Aku tahu dia sukar untuk tidur malam kerana itu aku terus menuju ke bilik bacaan. Ternyata tekaanku tepat. Terus dia menutup buku yang dibaca lalu bangun menyambutku dengan tangan yang terbuka. Senyumannya juga terukir manis di bibir, yang diwarisi daripada bondanya, Permaisuri Luna.

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now