MALAM TERAKHIRKU

252 20 0
                                    

Ethan's POV

Aku tak faham apa yang sedang bermain di fikiran Karina. Dalam tidur, air matanya masih mengalir. Kehadiran Sarah benar-benar mengganggu emosinya. Tapi hubungan aku dengan Sarah sudah lama berakhir. Dua tahun sudah berlalu. Jika ada selepas Sarah hanyalah gosip semata.

'Mungkin kami perlu pergi bercuti? Bulan madu? Tapi sempat ke nak pulang sebelum hari Jumaat ni?'

Mesej daripada Daniel tiba bersama-sama gambar aku dan Karina dalam persalinan pengantin, semalam. Empat keping semuanya. Namun semuanya gambar yang diambil seolah-olah secara sembunyi. Wajahku jelas terpampang di setiap gambar namun hanya sipi-sipi untuk Karina. Aku tidak mahu identitinya diketahuinya. Bersama-sama gambar itu tertulis,

[Ini gambar yang saya hantar kepada ketua editor Majalah W.]

Biar seluruh Syrus tahu, Ethan Ary is off the market. Gosip yang masih berlegar tentang aku dan beberapa orang selebriti juga aku harap akan padam sepenuhnya dengan penyebaran gambar ini. Upacara secara tertutup yang dijalankan di kediamanku sengaja ku minta ia disebarkan untuk menutup mulut kalangan wartawan sekaligus mengumumkan ke seluruh Syrus bahawa isteri Ethan Ary ialah Karina Ary.

Satu mesej masuk pada masa yang sama mesej Daniel tiba. Tuan Shahib menghantarnya kepadaku.

[Aku ingin berbincang dengan kau.]

[Kau nak darah aku ke?]

[Mungkin kau tak tahu darah kau ialah antidot kau sendiri]

Ah? Dahiku berkerut. Apa maksudnya?

[Antidot?]

[Kalau kau sudi bertemu denganku, aku akan terangkan semuanya.]

Antidot? Tapi kambing kata tiada antidot. Tuan Shahib cuba untuk menipu aku?! Dia fikir aku bodoh?

[Aku tak perlukan Karina. Selepas kau tanda dia, dia sudah tidak bermakna untuk aku. Tapi kau perlukan antidot jika kau nak teruskan hidup seperti manusia biasa. Takkan kau nak biarkan isteri kau bersedih seumur hidup disebabkan perbezaan usia kamu berdua, suatu hari nanti? Dia akan mencapai usia 50 tahun, wajahnya akan mengikut umur itu, tapi kau? Kau akan kekal dengan usia kau, muda. Aku tak yakin Karina akan gembira.]

[Di mana?]

[Good. Sekarang. Aku berada di tingkat teratas kondominium kau.]

Telefon ku lontar ke tepi katil. Jadi, inilah masanya. Aku fikir aku masih punya banyak masa bersama Karina. Rupa-rupanya, hanya setakat ini sahaja. Tamaknya aku. Padahal aku sudah berjanji untuk menjaganya dengan sepenuh hati, takkan biarkan dia menangis.

Tapi jika aku naik ke atas, sekarang, aku tak tahu sama ada aku akan berjaya kembali semula ke sini atau tidak. Musuhku bukan orang biasa-biasa. Dia lah yang membunuhku 20 tahun yang lalu, meracun darahku untuk menjadi sepertinya dan sekarang dia muncul semula untuk mendapatkan darahku.

Menggigil tangannya mencapai ibu jari kanan Karina, sebelum ku tusuknya dengan kuku ku. Darah yang keluar segera ku sapu di sepanjang bibirku. Entah sejak bila, kolam air mata terbentuk, ia jatuh ke pipiku tatkala aku menghisap ibu jarinya. Gelisah hatiku sudah tidak tertahan. Aku dapat merasakan malam ini ialah malam terakhirku bersama Karina.

"Maafkan aku, sayang... sekiranya aku tidak pulang malam ni."

Tangannya ku genggam dan ditaut ke dahiku dengan air mata. Aku hanya inginkan kehidupan yang normal bersama wanita kesayanganku. Itu saja. Ini pasti sumpahan. Hanya dua hari?! Aku menunggunya 20 tahun tapi aku hanya dapat bersamanya selama 2 hari?!

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now