RED-FLAG

307 31 2
                                    

Ethan's POV

Baik punya perli. Kalaulah puntianak ni makhluk lain yang bukan dalam badan aku, memang penuh lebam di mukanya akibat penumbuk aku. Dengan sedutan yang terakhir, aku menarik seluruh wangian Karina menjadi oksigenku mengembalikan semula ketenanganku.

Macam mimpi! Ini perbuatan yang paling intim pernah aku lakukan bersama seorang wanita. Walaupun gelaranku 'The Golden Playboy', aku tidak pernah surrender terhadap semua bekas pasanganku selama ini. Aku tidak perlu merayu untuk apa-apa kerana mereka akan datang sendiri kepadaku, jauh sekali untuk menyentuh mereka. Tidak sama sekali.

Namun bersama Karina, ia berlaku secara semulajadi. Tempoh perkenalan ternyata bukan penghalang. Naluriku yakin dia ialah wanita yang aku tunggu selama ini. Dalam keadaan manusia atau bukan, takdirku sudah tertulis. Dan aku percayakannya.

"I'm sorry... ."

Dia menepuk perlahan belakangku tatkala aku meminta maaf. Entah kenapa, Karina seakan langsung tidak terkesan dengan identitiku yang bukan manusia. Sepertinya, ia adalah perkara yang biasa di matanya.

"Let's get married... ," dia memujukku lagi. OK, miss, let's go!

Sebenarnya, aku atau dia yang tak sabar nak berkahwin ni? Bunyi ringtone dari telefon pintarnya kedengaran berdering untuk beberapa detik. Aku tidak mahu melepaskan Karina lalu membiarkan telefonku begitu saja.

"Jawablah... ," ujarnya, lembut. "Mungkin urgent."

Aku menggeleng. "Let me inhale you first... ."

"Ethan... ."

"Yes, baby?" Yes, baby! Dah kenapa aku pula yang macam anak kucing ni?! Mesti si vampire mesti tengah tersengih macam kambing sekarang melihat 'kemanjaan' aku. Lemah.

"Mungkin penting. Ia berdering tanpa henti."

Ugh! Kacaulah! Dengan muka yang mencuka, aku mengangkat kepalaku kembali lalu mencapai telefonku di dalam poket jaket kanan. Nama pemanggil: DANIEL.

"Ya?" Aku menjauhkan diri dari Karina. "Dah ready?" Sambil memeriksa Karina yang berdiri dengan ekspresi yang tidak dapat aku gambarkan. Gembira? Sedih? Takut? Tapi apabila mata kami bertembung, dia memberikan senyuman yang paling manis buatku. My queen. My lady. My everything.

"Tuan Ethan, hanya kita berempat."

"Kenapa?"

"Saya tak tahu. Yang lain, tidak dapat dihubungi. Mereka menghilangkan diri."

"Maksud kau berpaling tadah?"

Tanpa jawapan dari Daniel bermaksud tekaanku tepat. Sudah lama aku perhatikan pasukan ini. Dalam 20 tahun, seorang demi seorang akan menghilangkan diri untuk mengikuti pasukan yang aku tidak tahu kewujudannya, hanya kerana mereka tidak dapat mengawal 'raksasa' dalam badan mereka, vampire. Jika vampire lebih kuat dari sifat manusia kami, ketika itu nafsu untuk menghisap darah manusia akan menyebabkan mereka menggila dan membunuh sesuka hati. Tapi prinsip aku tetap sama. Membunuh bukan untuk makanan tetapi mempertahankan diri. Aku masih mengekalkan kehidupanku seperti seorang manusia walaupun kepuasannya jauh dari pangkal. Kerana itu, vampire dalam badanku sentiasa 'dahaga'. Biarlah dia kehausan darah pun asalkan aku tak menggila. Jika aku tunduk, aku juga akan menjadi raksasa seperti mereka yang lain.

"Daniel, batalkan misi. Aku nak jumpa kau dan siapa lagi dua?"

"Ryder dan Laila."

"OK. Aku nak jumpa korang bertiga di rumah aku selepas tiga hari. Biarkan kambing. Aku akan uruskan dia sendiri."

"Yang lain, tuan?"

"Abaikan. Mereka dah tak boleh diselamatkan."

"Baik, tuan."

"Dan dalam tiga hari ni, jangan hubungi aku."

"Baik, tuan."

"Kalau bumi nak meletup sekalipun, jangan call, mesej aku. FAHAM?!"

"B-baik, tuan."

Huh. Baru terlepas dari 'amukan' vampire dari dalam badan aku sendiri, sekarang aku perlu 'settle' kan hal si kambing tak guna tu. Hah... berserabut rasa. Kepala yang tidak gatal pun jadi gatal, macam nak tercabut kepala.

Eh? Mana Karina?

Karina's POV

Aku dah gila. Aku dah gila. Aku dah gila. Mantera berterusan dalam kepalaku, sambil mempercepatkan langkahku meninggalkan Ethan ketika dia sedang bercakap di telefon. Aku mengambil peluang itu untuk melarikan diri melihatkan dia leka dengan panggilan tersebut. Kenapa aku mesti berkahwin dengan puntianak? Kenapa aku setuju?! Tak boleh! Aku tak nak! Memanglah muka dia handsome gila nak mati (first time aku jumpa lelaki yang lebih tampan dari Roshan, fuh, hampir tak bernafas aku dibuatnya) tapi TAK NAK! Handsome tidak menjamin kebahagiaan. Entah-entah selepas dua tiga hari, dia hisap habis darah aku, sampai kurus kering jadinya. Tapi itu kalau kurus kering. Kalau aku jadi zombie, tak ke lagi menakutkan?!

"Teksi!"

Aku tidak tahu Ethan sedar atau tidak ketiadaanku tapi aku mesti melarikan diri. Nasib baik, dia tak tahu aku tinggal di mana. Setelah memastikan aku jauh dari WORM, aku mengangkat tangan menahan teksi di bahu jalan dan terus melompat masuk tanpa menoleh.

Fuh. Lega rasanya dapat menyandar ke kerusi. Bayangkan tadi aku berlari macam orang kena kejar anjing. Tapi kalau kena kejar anjing pun, paling teruk aku akan kena ambil suntikan vaksin. Kalau puntianak?! Nak suntik apa?

Aku mengangkat jari manisku yang disedutnya keluar darahku tadi. Tiada apa pun yang berbeza kecuali satu garisan yang samar-samar warnanya mengelilingi jariku seakan-akan membentuk sebuah cincin.

"Kontrak darah tu betul ke?"

Sebaik tiba di rumah, aku terus meluru masuk ke bilik air dan mandi. Berdiri di bawah pancuran air, ku biarkan saja badanku basah tanpa menanggalkan pakaian. Terbayang di mataku ketika Ethan mencekik boss ku sehingga mengalir darahnya pada lehernya disebabkan oleh kuku Ethan yang tajam. Dia lupa ke yang kami baru saja berkenalan? Dan dia menunjukkan keganasannya di depan aku tanpa segan ialah red-flag! Seriously. Kalau aku tak tinggalkan dia, mungkin, suatu hari nanti dia akan buat perkara yang sama terhadap aku. Ya, aku mengaku aku terima lamarannya kerana aku terpukau dengan ketampanannya.

Sedangkan aku cuma perempuan biasa. Siapa nak menolak jika dilamar oleh lelaki ala hero filem romantik tiba-tiba? Mestilah aku terima! Tapi betul cakap dia. Penampilanku biasa saja, malah langsung tidak menarik perhatian. Make-up pun ala kadar. Baju pun saiz XL. Tak seksi pun. Siapa yang nak?

'I'm sorry, Ethan.'

**

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now