LADY KARINA OF FLORANCE

250 25 1
                                    

ETHAN'S POV

Berdebar jantungku menanti Karina muncul. Janji mereka hanya 10. Tapi sekarang sudah hampir setengah jam, mana lah aku tidak gementar.

Pada masa aku menunggu juga, orang gajiku (kebanyakan mereka merupakan tukang kebun, pengawal istana, tukang masak dan pemandu ketika aku masih di Istana Hadid dan anak-anak mereka yang membesar bersamaku ) kumpulan lelaki menukar pakaianku kepada sut diraja keluarga Ary.

Inilah kali pertama aku menyarung sut diraja sejak berpuluh tahun aku berada di Syrus. Bukannya aku tidak mahu menghargai asal-usulku namun kehilangan ahli keluarga serentak membuatkan aku trauma yang melampau.

Bertahun aku cuba melupakan sehinggalah suatu ketika, aku sudah tidak peduli. Tidak mempedulikan apa-apa. Ku biarkan telingaku pekak, mataku buta kecuali hanya hasil yang aku mahukan. Baik atau buruk sudah tidak menjadi kepentingan. Yang aku tahu, aku mahukan hasil. Kejayaan. Kemenangan.

Namun, hatiku tidak tenang. Aku sentiasa diselubungi dengan perasaan bersalah. Rasa berdosa dengan setiap nyawa yang aku ambil. Aku mahu kembali ke jalan yang sebenar. Laluan yang diajar oleh ayah dan ibuku.

Tatkala aku membuat keputusan untuk kembali ke tanah airku untuk mendapatkan semula takhta kerajaan ayahanda, Roshan diculik oleh pemberontak utara, katanya (rupa-rupanya raja puntianak). Niat itu terpadam sebaik aku bertukar, menjadi seperti sekarang, a vampire, such a waste.

Ia menyeronokkan pada mulanya, kerana aku menjadi semakin bebas. Terus terpesong dari landasan yang sebenar. Tapi aku sedar aku hanya mahukan ketenangan dan keseimbangan yang aku tidak berjaya temui di mana-mana.

Sehinggalah Karina muncul. Karina bersama harumannya, menenangkan raksasa yang sentiasa mengganas dalam badanku dan untuk pertama kalinya, aku juga turut... aman.

Hah... haruman ini, aku memandang ke muka pintu, Karina sudah semakin hampir. Permaisuriku. Pemilik apa sahaja yang bernyawa dalam diriku. Udaraku. Dia... dialah orangnya, isteriku, Karina Ary, Lady Karina of Florance. Aku berdiri di tengah dewan tatkala dia muncul dalam gaun pengantin serba putih. Aku terpana.

Gadis yang terlalu kosong tanpa secalit bedak kecuali jean dan hoodie sekarang berdiri di hadapanku, seperti seorang bidadari yang dihantar turun dari syurga.

Senyumannya membunuhku kerana jantungku berhenti berdegup untuk sesaat. Dia datang dalam gaun pengantin ringkas daripada krep sutera, menampakkan garis leher jenis bateau dengan lengan panjang menutupi seluruh kulitnya dan kain panjang di belakang.

Anugerah apakah ini? Aku dikhianati kawan baikku sendiri namun tuhan memberikanku hadiah yang tidak ternilai..

Hiasan di kepalanya ialah rantai kepala emas yang bertakhta kan berlian di sepanjang tengah dan sekeliling kepala dengan sebuah perhiasan terbesar berbentuk bulat di tengah dahi. Perhiasan ini merupakan mahkota terindah kaum wanita di negaraku apabila majlis keraian berlangsung. Apatah lagi seorang pengantin.

Pada belakang tapak tangannya dilukis dengan dakwat putih bercorak bunga-bungaan. Begitu juga dengan jari kaki. Lukisan itu ialah simbol kecantikan, kemerdekaan dan kegembiraan.

"Breathe, Ethan, breathe. Aku tak dengar bunyi nafas kau." Pemuda di kiriku, tukang kebunku, seumurku, mengusik bahuku yang kaku kerana terlalu terpaku dengan kecantikan isteriku. Pada masa yang sama, dia menyerahkan sebuah kotak kecil masuk ke genggamanku lalu berbisik, "The ring."

Dimasukkan terus ke dalam poket seluarku. "Thanks... ."

Maria mengiring Karina ke arahku sebelum dia menyerahkan tangan kanan Karina kepadaku. Mataku langsung tidak lari daripada anak matanya yang sangat comel. Tapi hari ini, kejelitaannya terserlah di sebalik jean dan hoodie. She is unbelieveable!

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now