MY MATE IS THE VAMPIRE KING'S BRIDE

253 21 8
                                    

Ethan's POV

Shut the **! Pengantin raja puntianak?! OK, aku tahu puntianak mempunyai raja walaupun aku tak tahu siapa dia tapi pengantin raja puntianak?! The eff?! And the top of that, my mate is the vampire king's bride?!

"Dan kau dah buat kontrak darah dengan pengantin raja. Sebab itu, kau... kembali menjadi perhatian raja puntianak. Kau sedar tak yang kau sedang diperhatikan sejak 2 minggu yang lalu? Kehadiran... orang baru atau orang lama yang tiba-tiba hilang? Kau tidak perasan, kan?"

"Jika benar Karina ialah pengantin raja puntianak, sepatutnya dia sudah membuat kontrak darah dengan Karina lebih awal dari aku!"

"Kan aku sudah bagitahu sebelum ini...? Kontrak darah tidak akan berkesan jika salah seorang daripada mereka menolak? Dan ia hanya akan menjadi kuat jika mereka mempunyai perasaan yang sama."

Karina yang tergamam dengan berita itu menggeleng kepalanya. "S-Saya tidak tahu siapa yang awak maksudkan. Pengantin? This is ridiculous!"

"Karina, you met him. Once."

"S-Siapa... ?"

Hold on a second. Ini ke puncanya si kambing mendesakku untuk mengahwini Karina? Dia nak bunuh aku ke?! Kalau aku kahwin dengan Karina maksudnya aku sudah menjadi musuh terbesar raja puntianak! (Sebenarnya aku dah mencipta musuh ketika aku membuat kontrak darah dengannya). Dan yang pasti, hidup abadi sudah tidak wujud dalam hidupku. Esok lusa, raja puntianak akan datang dengan bala tenteranya dan memenggal kepalaku tanpa aku sempat berbuat apa-apa.

"Jadi Karina... ," aku teragak-agak. Kalaulah Karina ialah pengantin raja puntianak, maksudnya dia bukan single, betul? "Is- isteri raja puntianak, ke?"

Walau sedalam jurang lautan Pasifik sayangku terhadap Karina sekalipun tapi jika dia ialah milik orang, aku harus mengundur diri. Sebagai lelaki yang bermaruah, tindakan ini ialah tindakan yang tepat. Kontrak atau tidak, kalau isteri orang, aku tak boleh langgar. Ini ialah prinsip lelaki sejati.

"No! I AM NOT!" Karina melibas lenganku tidak semena-mena. Dengan riak wajahnya yang berkerut, tindakannya tidak ubah seperti seekor anak kucing yang sedang mencakar lenganku.

Woah woah easy little kitten. You are so cute but too dangerous. Kita kena tahu status perkahwinan sebenar kau terlebih dahulu, barulah kita boleh buat decision.

Si kambing ketawa terbahak-bahak sambil memegang perutnya. Tak guna! Aku sangat yakin dia terhibur dengan drama petang ni. Aku pun tak faham dengan drama yang sedang aku lalui sekarang.

Dua hari berturut-turut aku merasakan aku sedang memainkan peranan sebagai villian dalam cerita yang mengarut ni. Kenapa villian, bukan hero? Sebab semua scene menunjukkan aku ialah si bodoh yang tak tahu apa-apa sedangkan seumur hidupku aku adalah hero di mata para wanita. Di depan Karina? Akulah si bodoh tu.

"Dia tunang kau lah, bodoh!" si kambing masih 'mengembek'. Sabar Ethan, sabar. Ketawanya memang menyakitkan hati, tapi sabar. "Aku tak kata pun Karina isteri raja puntianak."

"Kau sebut pengantin!" Ini yang buat aku hilang sabar dengan si kambing ni!

"Pengantin, bukan isteri. Kau yang tak faham beza pengantin dan isteri. Dia tak sempat bergelar isteri lagi, kau dah bawa lari Lady Karina."

Dadaku berat seminit yang lalu kini ringan sepenuhnya! Panjang aku menghembus nafas lega. SANGAT LEGA! Pada masa yang sama, aku mengerling Karina yang juga sepertiku, menghembus nafas lega. Garang anak kucing ni. Senyum dah. Comelnya... ini yang buat aku cair.

Tapi raja puntianak tak sepatutnya jadikan aku 'punching bag' dia. Dia yang kena reject! Aku pun kena reject juga awal-awal tapi kulit muka aku tebal. Kalau bukan disebabkan kepala paip, Karina dah menjadi isteriku semalam! Raja puntianak ke raja manusia, ada aku kisah! My woman is still my woman! Kalau dia nak lawan, silakan! Aku sanggup pertaruhkan semuanya demi Karina!

"Aku rasa kita patut bergerak sekarang. Sebelum matahari terbenam, sebelum berlaku kejadian yang tidak diingini."

Si kambing pun perasan ada orang sedang memerhati. Mungkin kerana masih terang, sebab itu 'mereka' tidak bertindak. Aku menyerahkan kunci motosikalku kepada si kambing lalu berkata, "Can you keep up with my speed?"

Mata si kambing terbeliak. Mungkin dia tidak menyangkakan dia perlu menunggang motosikal berbanding menaiki kereta. "Are you kidding me?!"

Tangan Karina ku pimpin ke kereta milik abangnya. Mewahnya bakal abang ipar aku ni. Entah apa pekerjaannya. Lamborghini kut. Kereta yang aku baru terima pagi tadi juga hampir sama seperti ini. Tapi aku perlu katakan, sebaik punggungku duduk di tempat duduk pemandu, dadaku berdebar kencang. Panik mula menyerang. Terlalu banyak butang dengan simbol yang pelbagai menyebabkan otakku beku.

"Kenapa?" Karina perasan aku hanya diam tanpa berbuat apa-apa.

Err... perlu ke aku bagitahu? Habislah tercalarlah maruahku nanti. Tapi kalau aku tak bagitahu, tak bergerak kereta ni.

"Karina... ."

"Ya?"

Aku menelan air liur sekali. Niatku untuk menjadi hero di mata teman wanitaku namun aku terpaksa mengakui... aku memang bodoh.

"Youtube ada tak tutorial nak start enjin kereta ni?"

Mata Karina membulat terang. "Ethan!"

.

.

.

.

Hotel yang kami duduki hanyalah bertaraf 1 bintang. Di bandar itu, bandar Kayu namanya, terletak 200 km dari bandar Ruby. Aku sudah separuh jalan ke utara, hakikatnya. Kami bermalam di sana memandangkan matahari sudah terbenam.

Kuasa paranormal seperti vampire amat kuat setiap kali matahari hilang. Lebih baik duduk di dalam hotel, sekurang-kurangnya, gangguan daripada mereka dapat dielakkan. Vampire tidak akan menyerang kawasan yang padat dengan manusia. Mereka sentiasa menyembunyikan identiti mereka.

Tapi bagaimana sekarang? Kami bertiga diam di dalam satu bilik yang sama. Si kambing bertegas supaya kami berada dalam bilik yang sama kerana tidak mahu perkara yang 'luar biasa' berlaku. Karina berdiri di antara aku dan kambing. Sekejap dia memandangku, sekejap dia menoleh ke arah kambing.

"Saya tak tahu kenapa kita perlu tidur di bilik yang sama tapi... katil ni, saya punya." Dia menuding jarinya ke katil. "Awak berdua boleh tidur atas kerusi atau lantai."

Mataku meliar melihat bilik yang serba daif itu. Hanya sebuah katil bersaiz queen dan sebuah sofa 3 seater berhadapan dengan TV 40 inci jenis LED tergantung di dinding bersebelahan tingkap. Satu-satunya tingkap yang ada. Itu saja.

Keluasannya? Kiranya jika aku meminum minuman dalam bekas 500 mL, minuman itu masih berbaki separuh jika aku berjalan dari hujung ke hujung. Sempit!

"OK. Aku pilih kerusi. Selamat malam!"

Sepantas kilat si kambing melompat naik ke sofa, merehatkan kepala sambil membetulkan kedudukan punggungnya lalu tidur begitu saja. Aku yang tergamam berdiri seperti si dungu. Setelah bersusah-payah memandu Lamborghini ke sini (terpaksa menebalkan muka meminta bantuan si kambing pada awalnya), dipaksa pula aku tidur di atas lantai.

Awalnya aku bertanya kenapa si kambing tidak memilih bilik yang lebih besar. Alasannya, "Duit aku cukup untuk bilik ni je."

"Jangan memalukan aku, kambing. Aku ada 5 black card!"

"Tak boleh guna kad kau. Nanti orang tahu kau di sini."

Takut sangat dengan 'orang'. Patutlah staf di kaunter pendaftaran pandang aku semacam. Pakaian punyalah branded, naik Lamborghini, sekali bilik berkongsi tiga orang. Yang paling murah pula tu!

Pada ketika aku berpaling ke katil, Karina sudah menyediakan tempat tidurku, di atas lantai, beralaskan selimut dan sebiji bantal. OK, great! Isyarat yang sangat mudah untuk aku fahami.

No contact before marriage, OK Karina, aku setuju. Esok, awal pagi, aku tarik kau ke city hall bandar ni dan daftar perkahwinan kita di sini. Bersabar ya, sayang. ESOK. (atau lebih tepat, bersabar ya, Ethan, esok).

**

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now