HAUS

309 28 0
                                    

Ethan's POV

Aku tak tahu apa si kambing ni tapi membelasahnya tanpa rasa bersalah sangat memuaskan hati. Kiri, kanan, atas, bawah, depan dan belakang, seluruh badannya sudah aku tanda dengan penumbukku. Walaupun kesan tumbukan itu sudah bertukar biru, senyumannya masih lebar. amat menjengkelkan.

"Tak puas lagi?"

Argh! Dia memang sengaja nak menaikkan kemarahan aku. Bukan sehari dua dia dikurung di salah sebuah bilik dalam kediamanku di pinggir bandar Ruby, malah dibelasah tanpa henti sehingga dia membuka mulut namun ekspresi wajahnya tidak berubah. Daniel berjaya menangkapnya beberapa hari yang lalu dan aku tidak membuang masa melepaskan amarahku kepadanya kerana dia langsung tidak memberi kerjasama. Dan pada masa yang sama, aku sangat dahaga. Aku terlalu dahagakan darah. Anak mataku bertukar merah sejak kebelakangan ini dan kekal seperti itu walaupun aku sudah 'memenuhkan' keperluan darah untuk si vampire.

"Aku tak pernah puas. Tengok muka kau ni, sampai seribu tahun pun aku boleh lakukan!"

Aku tak tahu apa yang berlaku pada diriku tapi aku betul-betul tidak dapat mengawal apa-apa. Marahku berganda. Aku tak tahu apa puncanya. Bilik yang aku sediakan untuk 'memenjarakan' kambing ialah bilik tetamu. Lengkap dengan segala kemudahan. Hatta dapur pun ada! Tapi setiap kali aku perlukan jawapan, Daniel dan Ryder akan menggantung badannya secara terbalik dengan rantai besi di tengah-tengah bilik, seperti sekarang.

"Kau marah," dia mengejekku. "Tapi bukan dengan aku... kau marah orang lain... ."

"Apa yang kau tahu?!"

Dia tertawa perlahan. Memang nak mati si kambing ni.

"Kalau kau tak buat sesuatu, kau bukan saja akan kehilangan sifat kemanusiaan kau kepada vampire yang ada dalam badan kau, tapi racun yang mengalir dalam badan kau akan memusnahkan kau sedikit demi sedikit."

"Bagitahu aku tentang darah emas dan kau boleh berhenti mengarut!"

"Darah emas kau sudah tercemar. Kau tak sedar?"

Apa benda si kambing mengarut ni?!

"Warna anak mata kau tak berubah sejak aku datang ke sini. Ia sentiasa merah. Maksudnya vampire kau kelaparan. Kau... dah buat kontrak dengan seseorang... betul?"

Aku tersentak. Kontrak?

"Kontrak darah. Jiwa kau sudah terikat dengan seseorang. Malangnya dia menolak kau sebab itu kontrak darah itu sekarang menjadi racun dalam badan kau."

Si kambing berjaya membuat aku tergamam. Aku faham akan maksudnya. Kontrak darah yang aku buat secara melulu. Aku jatuh cinta. Aku betul-betul jatuh cinta untuk kali pertama dalam hidup aku tapi...wanita itu menolakku dengan melarikan diri. Itu ialah jawapan dia, jawapan... Karina...

Ya, Karina namanya... Aku terlalu rindukan dia, rindukan harumannya. Siang dan malam aku sudah berubah. Wajah Karina memang sentiasa di depan mataku, dengan matanya yang bulat seperti anak kucing. Aku rindu! Langsung tak keruan aku dibuatnya menyebabkan amarahku berganda. Lagi aku rindukan kemanisan darahnya tapi aku tak mampu berbuat apa-apa. Kerana dia memilih meninggalkanku bermaksud dia menolakku. Walaupun kontrak darah seharusnya mengikat jiwa kami, dia tidak akan terkesan jika dia memilih untuk pergi.

"Kau tak perlu risau, kau masih ada harapan."

Aku masih mengunci mulut. Hanya menimbulkan nama Karina sahaja sudah berjaya menenangkan kami, aku dan si vampire. Amarahku mula reda. Nafasku kembali sekata.

"Dia tak menolak kau sepenuhnya. Kalau tidak, kau takkan bertenaga seperti ini membelasahku. Barangkali dia sedang berkira-kira, sama ada mahu bersama kau atau tidak. Kau seharusnya memujuknya."

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now