SEXY CHEF

290 23 0
                                    

Karina's POV

"Tapi awak perlu berjumpa dengan abang saya. Jika dia benarkan, saya takkan menolak."

"Siapa abang kau?"

Itulah masalahnya. Abang aku... ialah Raja Roshan. Kalau aku bagitahu identiti aku yang sebenar, adakah dia akan terus memujukku untuk menjadi isterinya? Kerana aku... memang sukakan dia.

Ya. Dari hari pertama lagi tatkala harumannya menyerangku, dan kemudian bertentang mata dengannya, perasaan sayang itu lahir dan kini bercambah sedikit demi sedikit. Ethan is one fine man. Aku tak nafikan. Terbayang di mataku para gadis dan wanita (barangkali lelaki juga) akan terhenti bernafas sebaik memandang wajah tampannya, kerana itulah yang berlaku terhadapku.

Kekurangan dia? Sangat kasar dan terburu-buru. Tapi yang lebih menakutkan setiap kali dia dikuasai dengan perasaan marah, langsung tidak dipedulikan sama ada mangsanya lelaki atau wanita. Sama saja baginya. Hakikatnya, amarah yang sering ku lihat adalah kerana melindungiku. Tidak pernah sekalipun dia menyentuhku dengan kasar.

Jadi, apa bezanya dia dengan Eric? Eric juga menggunakan kekasaran ketika dia kononnya melindungi Lisa daripada gangguan orang lain yang akhirnya terkena kepada Lisa sendiri. Tidak mustahil Ethan akan bertindak sedemikian. Lagi-lagi dengan puntianak di badannya.

"Siapa abang kau?" dia menyoal lagi.

Bagaimana untuk aku berterus-terang? Kalau aku sebut 'Roshan' sahaja, pasti dia akan bertanya lebih lanjut. Roshan saja? Nama keluarga? Ah, dia pun tak tahu nama keluarga aku. Sehingga sekarang aku masih menggunakan nama keluarga, keluarga angkat aku yang meninggalkan aku dahulu. Aku tak pernah membenci mereka. Mereka ada alasan kukuh untuk pergi. Aku bukan ahli keluarga mereka, memandangkan ahli keluargaku yang sebenar ialah Roshan.

"Ethan, awak rapat dengan adik-beradik awak?" Sebaliknya aku menyoalnya kembali. Susah sangat nak jawab nama abang aku. Lebih baik tanya tentang adik-beradiknya.

"Satu-satunya lelaki dalam adik-beradik. Apa kau rasa?"

Manalah aku tahu. Kalau mengikut pengalaman aku, Roshan sangat mengongkong pada masa yang sama memberi kebebasan kepadaku. Ada perkara dia strict, ada perkara dia lepaskan saja.

"Kakak aku selalu buli aku. Mentang-mentanglah dia anak sulung, aku selalu diarahkannya untuk menjaga adik-adik yang lain. Masalahnya, adinda aku tu, girlish sangat. Habis aku jadi mangsa."

"Mangsa apa?"

"Kena make-up. Nak marah pun tak sampai hati. Adik aku yang paling bongsu, Eliss, dia sangat manja. Suka main masak-masak, main dengan doll, tutorial make-up tak payah ceritalah, memang itu rutin dia setiap hari. Dan dia sangat manja dengan aku. Walaupun aku sibuk berlatih pedang, dia akan berlari keluar ke dataran dan menjerit memanggil namaku, 'Ethan jom main!'. Semua kawan-kawan aku dah faham dah maksud main dia tu."

"Comelnya dia."

"Sangat comel. Kalau kau tengok muka dia, mesti kau rasa nak cubit pipi dia."

Mendengar Ethan bercerita tentang keluarganya membuatkan aku rasa bersalah. Matanya kembali bercahaya dengan senyuman yang tidak putus-putus menunjukkan betapa rindunya dia terhadap kenangan lama itu.

Nampaknya, dia datang dari keluarga yang sangat rapat dan bahagia. Ceritanya seolah-olah keluarganya ialah golongan pertengahan biasa namun aku perasan lidahnya tergelincir sekali dua menyebut perkataan bahasa istana seperti adinda, dan dia berlatih pedang? Rakyat biasa tidak berlatih pedang di laman rumah mereka.

Mungkinkah Ethan sebenarnya keturunan diraja? Ary... aku tidak pernah mendengar nama keluarga diraja Ary di Syrus. Tetapi... nama Izki Ary terlalu familiar dalam buku sejarah tamadun di Mediterranean. Dan melihat betapa besarnya rumah agam ini, malah lebih besar dari Istana Ruby, memberi gambaran bahawa Ethan bukan rakyat biasa. Laporan Internet, dia ada kaitan dengan keluarga diraja. Mungkinkah dia berketurunan diraja?

"Aku lapar."

Rengekan Ethan menyentak khayalanku. Terlalu jauh aku 'menyiasat dalam otak', tidak terlayan cerita Ethan sehinggalah dia merengek kelaparan.

"Belum makan lagi?"

Dia menggeleng.

Habis tu kenapa aku dibiar makan seorang diri tadi kalau dia belum makan?

"Nak saya masak?" OK! Ini dah melampau. Kenapa aku perlu menawarkan diri untuk memasak? Dia ada chef peribadi, tak perlu pun bantuan aku.

"Tak apa."

Kan aku dah kata...

"Aku boleh masak sendiri." Pengakuannya mengejutkanku. Masak sendiri?!


Sangat sunyi. Walaupun kawasan rumah itu terang-benderang, aku tak sanggup untuk tinggal di rumah yang sunyi. Lebih-lebih lagi dengan saiz seperti ini. Tetapi bunyi muzik hip hop dari SPOTIFY Ethan sedang memecahkan kesunyian di dapur sebagai 'penyeri' masanya untuk memasak.

Aku duduk di kaunter sebagai pemerhati. Jika aku katakan Ethan sebagai lelaki bodoh kerana tidak tahu menukar kepala paip, nampaknya aku terpaksa menelan air liur sendiri. He is so damn gorgeous menyarung apron dan memotong sayur-sayuran untuk memasak! What a sexy chef. Kata orang, lelaki yang menyingsing lengan baju sampai ke siku sangat seksi.

AKU SETUJU!

Ethan dalam sweater nipis berwarna hitam (sekarang aku yakin dan pasti, hitam ialah warna kegemarannya) dan hanya memakai seluar kain kapas yang longgar (cuba teka warnanya) menyarung apron bercorak bunga-bungaan. Mulutnya terkunci sepanjang dia bekerja.

Mula-mula dia memotong sayur: lobak merah, bawang merah, lada Benggala, anak jagung, brokoli dan cendawan butang. Kemudian dengan tangkas dia mencapai dua cawan mangkuk kaca kecil untuk membuat sos campuran. Aku tidak pasti sos apa yang dicampurnya, mungkin sos tiram atau kicap cair. Laju jarinya memukul sos campuran itu sebelum mencelup jari kelengkeng kanan dan dibawa ke mulutnya untuk dirasa.

Kecur air liurku dibuatnya. Setiap gerak tangannya aku perhatikan dengan penuh khusyuk. Barisan urat yang muncul di lengannya yang bertatu setiap kali ia bergerak seolah-olah menghentam jantungku memberi amaran merbahaya. Dia sengaja, kan? Aku sangat yakin dia sengaja menunjukkan lengannya untuk menggodaku!

Helo Tuan Ethan, ingat aku perempuan macam tu ke? Aku perempuan yang sangat bermaruah dan hanya... memandangnya kerana kagum (ya... 'kagum'). Dan aku tak suka lelaki bertatu. Tak suka . Tak suka. Taaakkk su~ eghm... aku menelan air liurku lagi.

Dia memberikan senyuman nipis kepadaku untuk sesaat ketika aku tidak berjaga-jaga, merenungnya tanpa sedar. Habislah.... dia sudah tahu... malunya... Semakin merah pipiku, semakin lebar aku perhatikan senyumannya walaupun dia tidak memandangku. 

DIA TAHU!

**

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now