KAU PUNYA

288 25 2
                                    

Karina's POV

'Dia datang ke tengah malam semalam?'

Haruman Ethan berlegar dalam bilikku sebaik saja aku terjaga pagi ini. Harumannya terlalu kuat sehingga aku mengandaikan dia berada di bilik itu sepanjang malam. Ah, mustahil. Kenapa dia nak berjaga di sini? Bukan ada puntianak lain pun.

Aku berdiri di hadapan cermin sambil membelek pakaianku bersiap-sedia untuk ke kolej namun Ethan adalah yang pertama muncul di kepalaku.

Awal pagi lagi, aku menghantar mesej kepadanya bahawa aku perlu ke kolej hari ini. Dia berjanji untuk menghantarku sebelum jam 9. Semua pakaianku sudah tersedia. Namun lebih banyak pakaian yang disediakan Ethan di bilik baju. Setiap satu aku belek jenamanya.

"Roshan dan Ethan hampir sama perangai mereka dalam hal macam ni. Mereka suka memanjakan aku dengan kemewahan. Tapi mereka tak sedar yang aku ni simple saja... ."

Aku mencapai sebuah blaus pendek berwarna biru muda dengan motif bunga yang tidak kelihatan jelas. Aku pasangkan dengan jean dan siap! Hmm... harumannya masih ada.

Rasanya itu hanya mimpi.

.

.

.

Di perkarangan rumah, aku bertemu Ethan.

Oh, my... ! Aku menarik nafas dalam-dalam sebaik pintu utama rumah agam dibuka dengan bantuan butler Chris Evans (aku masih terkejut dengan butler ala Captain America ni).

Empat buah kereta mewah berderet di laman rumah. Roll Royce Cullinan hitam, Lamborghini Aventador silver, Mercedes G-Wagon (aku tak pasti warna ni. Putih, kelabu, hitam?) dan paling comel Wolkswagen New Bettle berwarna merah jambu.

Dan Ethan? Dia mengenakan sut armani gelap lengkap bertali leher kemeja kelabu gelap, dengan rambutnya tersikat kemas ke belakang menyandar di pintu pemandu New Bettle sambil memeriksa telefon pintarnya.

Dia mengenakan kaca mata hitam, mesti dia cuba sembunyikan warna matanya pagi ni. Kalau bukan jingga, mesti merah. Agak mustahil hitam sebab dia nampak tenang. Atau mungkin biru air laut? Hah. Whatever it is, it does not change the fact that his face is a perfect sculpture handmade by god itself. What a lucky guy.

Namun melihat koleksi kereta mewah yang tersusun Di depan mata, hampir saja terbang roh ku ke naik ke langit. "Awak kata awak tak ada kereta. Ini... apa?"

Ethan mengangkat kepala sambil menanggalkan kaca mata sebaik mulutku bersuara. Ah. Cepat-cepat aku memeriksa warna anak matanya, barangkali tekaanku tepat. Senyuman di bibirnya terukir manis sebaik mata kami bertembung. Ah, biru rupanya. Salah tekaanku!

"Aku hantar kau ke kolej. Dah ready? Aku ada meeting jam 10. Klien baru. Masuklah." Dia membuka pintu New Bettle di bahagian penumpang, sebelah pemandu.

Hah? Naik New Bettle ke?! Perlahan mataku melirik ke tiga lagi buah kereta mewah di sebelah si comel merah jambu itu lalu mencebik bibir. Nak naik Lamborghini! Boleh pula aku merajuk dalam hati. 'Tolonglah Karina, macam kau tak pernah naik Lamborghini.'

Sebab aku pernah naiklah, aku nak naik lagi!

Dengan sedikit kekecewaan di pagi hari, aku melabuhkan punggungku di kerusi sebelum Ethan menutup pintu. Dia bergerak ke bahagian pemandu, menutup pintu, mengenakan tali pinggang sebelum dia membantuku memakai tali pinggangku. Rambutnya betul-betul berada di bawah hidungku dan bulu romaku menegang.

Oh tuhan, wanginya dia...

"Jam berapa kelas tamat?" soalnya seperti tindakannya tidak memberi kesan terhadapku, tangan pada stereng.

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now