NEW NAME OF MINE

240 25 2
                                    

Karina's POV

"Hero?"

Badanku terus bangkit dan Roshan membantuku untuk menyandar di kepala katil. "Awak di sini? Ini... ." Aku memandang sekeliling. "Bukan hospital." Roshan ialah orang pertama yang muncul di hadapanku sebaik sahaja aku terjaga dari lena yang panjang.

"Abang dapat tahu nama kamu didaftarkan ke dalam wad kecemasan akibat kemalangan." Roshan melabuhkan punggungnya di bibir katil seraya menguis rambutku yang menutup dahi dengan perlahan agar wajahku dapat dilihatnya dengan jelas. Dia tidak bercakap selepas itu, hanya memelukku erat.

Ujarnya, "Mulai hari ini, kamu akan tinggal di istana. Abang sudah buat keputusan untuk perkenalkan kamu kepada semua ahli keluarga kita. Awak tak perlu bersembunyi lagi."

Hah?

"Abang sudah sediakan pengawal peribadi terbaik untuk awak. Dia akan datang sekejap lagi. Abang takkan benarkan awak bergerak sendiri lagi tanpa jagaan. Karina, awak satu-satunya keluarga yang abang ada," Roshan melepaskan pelukannya lalu merenungnya dalam. "Kalau awak tak ada, hidup ini akan menjadi sia-sia. Kita pernah melalui zaman gelap dahulu dan abang tak mahu awak melaluinya lagi."

"Hero... ."

Roshan menggenggam jemariku erat tanpa mengalih pandangan. "Awak nak tahu kenapa dulu awak dijaga oleh keluarga angkat?"

Genggamannya semakin erat. Sebenarnya aku tidak mahu tahu pun sejarah tu. Sebab banyak kebarangkalian yang mungkin menyebabkan aku bertambah terluka. Roshan masih tidak tahu keluarga angkatku telah meninggalkanku lebih 10 tahun yang lalu.

"Sebelum ayahanda dibunuh, ayahanda sempat berpesan kepada abang. Untuk melindungi kamu, kamu tidak boleh diam di istana. Tiada seorang pun di istana yang perlu tahu kewujudan kamu walau apa pun yang berlaku, apatah lagi rakyat Syrus. Abang tak tahu kenapa jadi abang hanya menurut. Apalah budak 6 tahun faham dengan politik istana."

Jadi aku dihantar ke keluarga angkat atas dasar keselamatan? Keselamatan daripada apa?

"Tapi sekarang, takhta sudah menjadi milik abang dan abang tahu tiada apa dapat mengganggu kamu lagi jika rakyat tahu status kamu. I can protect you now. Kamu ialah Puteri Karina, princess of Syrus. Gelaran itu milik kamu dan tiada sesiapa pun dapat menghalangnya"

Reaksi bagaimana untuk aku berikan melainkan tergamam mendengarnya? Aku tahu Roshan sentiasa mahukan yang terbaik untukku. Dan untuk mengkhianatinya adalah sesuatu yang tidak harus muncul di benak fikiranku. Aku amat sayangkan abangku. He is my real hero. Forever.

"Berehatlah... nasib baik luka tidak dalam.... ."

"Hero... terima kasih."

"Hey dear sister, I am your brother! It is my duty to protect you!"

Ya...

Bibirku mengukir senyuman. "I love you, Roshan... ."

"I always love you, sister." Dia mengucup dahiku sebelum meninggalkanku sendirian bersama dua orang dayang istana yang akan menjadi penjagaku. Tetapi belum pun sempat Roshan memegang tombol pintu, aku memanggilnya kembali.

"Hero, are you okay?"

Kali terakhir aku bertemu Roshan, dia kurang sihat. Aku tahu kerana dia berjumpa Lilith pada malam hari pertabalannya. Aku menyangkakan selepas dua minggu, keadaan Roshan sudah kembali pulih seperti biasa. Namun hari ini, wajahnya pucat. Tangannya juga dingin seperti darahnya tidak mengalir di jarinya.

"Of course I'm OK. Dan melihat awak di sini, abang lagi OK."

"Tapi abang nampak pucat."

"Hmm... I just need to take medicine. It's a long day, Karina."

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now