PERJALANAN YANG PANJANG

240 24 1
                                    

Ethan's POV

Kakiku terpaku di tanah. Kedua tanganku berehat di dalam poket seluar. Bahuku jatuh lemah. Mataku hanya tertumpu pada rumah yang 100% terbakar. Mayat yang rentung ditemukan di dalam sebuah kereta ialah milik Ryder. Bergegar jantungku tidak terungkap. Ryder, tentera muda dalam pasukanku kini telah pergi dengan cara yang paling hina pernah aku saksikan.

Laporan menyatakan badannya diikat pada bahagian pemandu. Kebarangkalian dia masih hidup ketika api marak membakarnya. Kuasa puntianak yang ada padanya tidak dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan kerana badannya turut disimbah dengan minyak tanah yang mempercepatkan pembakaran.

Sebaik ambulans beredar, aku tahu Karina sudah di bawah penjagaan yang baik. Polis beredar. Bomba juga beredar. Tetapi aku masih berdiri di hadapan sisa kebakaran rumah Ryder.

'Apa yang kau dah buat, kambing?!'

Genggamanku terbentuk dengan kuat. Pada masa air mataku jatuh ke pipi, aku cuba mengawalnya dari terus mengalir laju dengan menggigit bibirku. Baru semalam aku menendangnya tanpa dapat mengawal amarahku.

'Maafkan aku, Ryder. Aku akan cari kambing, jika benar dia yang lakukan ini terhadap kau, aku akan balas untuk kau.'

Aku mencapai telefon pintarku dari dalam poket sut lalu menghubungi Daniel. Deringan kelima, dia menjawab.

"Aku akan ke utara. Ryder dah mati."

Kemudian, aku mencari nama Laila semula. Menghairankan Laila hilang begitu saja. Sudah lima kali aku cuba menghubunginya namun telefonnya hanya berdering. Mana kau, Laila? Aku bimbang sesuatu berlaku terhadap Laila...

.

.

.

Dua jam kemudian, aku tiba di hospital hanya untuk mendapati Karina sudah dikeluarkan dari wad. Lebih mengejutkan, dia dikeluarkan selepas 1 jam mendaftar.

"Siapa yang bawa dia keluar?!" Aku menghentak meja kaunter pendaftaran Emergency. "Aku tunang dia!"

"Maaf tuan, saya tak tahu boleh bagitahu." Terketar-ketar suara jururawat yang menjaga kaunter, ditinggalkan seorang diri. Dua lagi sudah menyorok di belakang pintu, ketakutan. Tidak lama selepas itu, seorang pegawai perubatan datang menghampiriku, barangkali pegawai yang ditugaskan merawat Karina sebelum ini.

"Tuan, pesakit telah dibawa keluar ke hospital lain atas arahan pihak atasan. Kami hanya menjalankan tugas. Tolong jangan melakukan kekecohan di sini."

What the... ?! Aku pula yang kecoh?! Tunang aku kena culik lagi, dia tak taham ke?! Sekali lagi, kena culik! Dua kali untuk hari ini saja! Mana aku tak kecoh? Dia baru je lepas dari maut, ugh! Kambing ni memang mencabar kesabaran aku.

"Saya akan terpaksa panggil security jika tuan terus-menerus melakukan kekasaran pada anggota kesihatan."

Ugh!

Sangat memalukan. Aku kena halau dari hospital. Tapi siapa yang bawa Karina keluar?!

Anak mataku bertukar warna. Hitam yang paling pekat pernah aku rasakan. Puntianak ini sudah hadir. Ku biarkan ia menguasaiku. Carian nama dalam kontak telefon, KAMBING.

"Aku nak jumpa kau di utara!"

Entah si kambing terima atau tidak mesej suara yang aku hantar, badanku penuh dengan api kemarahan. Perlahan-lahan taringku memanjang sebaik helmet disarung, enjin Zero dihidupkan, aku terus membonceng ke utara. Utara! Kubu si kambing! Hal Karina... hah... aku rasa aku tahu siapa yang bawa dia keluar. Pasti abang kandungnya.

Aku yakin abang kandungnya bukan orang sembarangan kerana setiap kali aku bertanya mengenainya, dia akan sedaya-upaya untuk mengelak daripada menjawab. Bagaimana aku boleh terfikir tentang ini?

Jawapannya ialah kolej yang dihadirinya.

Kolej muzik itu merupakan kolej persendirian yang hanya membenarkan individu tertentu memasukinya. Sama ada latar belakang keluarga, kewangan yang kukuh atau selebriti.

Tiada biasiswa yang ditawarkan dan yuran setiap semester juga berkali ganda mahal berbanding kolej awam. Aku tak rasa kewangan Karina kukuh kerana dia bekerja di WORM sebagai pelayan. Jadi, sudah pasti latar belakang keluarganya. Keluarga VVIP.

Dan untuk Karina dibawa keluar dari hospital selepas satu jam didaftarkan bermaksud abangnya mempunyai kuasa yang besar. Barangkali kuasa yang aku sendiri tidak boleh capai.

Benar aku ada wang dan harta. Tapi aku tiada kuasa. Orang lain memandangku hanya kerana pengaruh Roshan. Aku tidak mampu mengubah apa-apa di bandar Ruby, apatah lagi negara Syrus.

Jika aku mahu bersama Karina, aku mungkin perlukan kuasa, suatu hari nanti. Jika ia berlaku, aku tidak akan teragak-agak.

Biar musnah negara ini sekalipun jika ia menjadi penghalang antara aku dan Karina, aku sanggup lakukan. I'm not a hero. Aku tak perlu berlagak menjadi malaikat. That's never me.

'Karina, aku perlu selesaikan hal ini. Kau berehatlah... .'

Matlamatku sekarang ialah kambing!

Perjalanan 500 kilometer ke utara akan menjadi perjalanan yang panjang.

**

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now