TAK MASIN PUN!

288 25 2
                                    

Ethan's POV

AKU DAH TAHU.

Kelemahan kau ialah makanan! Terima kasih, Karina. Ini memudahkan kerja aku untuk memikat kau. Mulutnya ternganga luas sehingga mengalir air liurnya tanpa disedari. Aku tak tahu bagaimana masakan ringkasku menggodanya. Mungkin aku harus membakar kek selepas ni. Atau macaron, lagi senang. Kalau aku tahu dia suka makanan, dari awal lagi aku dah tunjuk kemahiran memasak yang aku ada.

Sambil melabuhkan punggung di hadapannya, aku menghulurkan sepinggan hasil masakanku, menu ringkas makan malam, sayur campur, kepada Karina bersama-sama pingganku.

"Untuk kau. Nampak macam kau sangat lapar."

Karina tertunduk malu. Eh? Dah kenapa? Niat aku ikhlas nak bagi dia makan, dia tersipu malu pula. Peliklah perempuan ni. Setiap kali aku bagi ayat romantik, dia pandang aku sepi. Tapi bila aku tak ada niat lain, dia malu-malu kucing pula.

"Tak apalah... ." Dia menolak pinggan ke arahku dengan suara yang perlahan.

"Makanlah." Aku menolak pinggan ke arahnya kembali. "Nanti lapar."

Dia menolak pinggan lagi ke arahku. "Tak lapar. Dah kenyang."

"Sedap ni." Aku menolak lagi ke arahnya.

"Tak lapar." Dia menolak lagi.

Kami saling tolak-menolak pinggan putih itu sehingga ke satu tahap aku mengalah. Selepas itu, aku terus mencapai garpu dan mula mencucuk beberapa potong sayur sebelum aku menghidang di hadapan mulutnya.

"Buka mulut," ujarku.

Dia menggeleng. Pada masa yang sama, pipinya yang pucat berubah merah. Begitu juga dengan cuping telinganya. Kenapa dia ni?

"Bukalah. Sekali je," aku memujuk lagi. "Bersungguh aku masak. Rasalah."

Dia mengangguk. Masakanku masuk ke dalam mulutnya sebaik dia membuka mulut. Perlahan-lahan dia mengunyah, membuatkan jantungku berdebar laju menanti reaksinya.

"Sedap?" soalku.

Karina masih mengunyah dengan perlahan. Namun riak wajahnya sudah berubah. Dahinya mula berkerut dan akhirnya berhenti mengunyah.

"Masin," ujarnya, seperti hendak menangis suaranya.

"Biar betul?!"

Karina mencapai garpu di tanganku seraya menyuapkan aku dengan makanan tersebut. "Cubalah kalau tak percaya."

Lantas aku membuka mulut untuk merasa masakanku sendiri. Mustahil masin. Tak pernah seumur hidupku makananku terlebih garam. Memanglah aku dah jarang memasak, lebih-lebih lagi pilihanku adalah setitik darah sahaja tetapi mustahil skill memasak dah hilang. Dalam tentera dulu, akulah yang memasak makanan anak-anak buahku. Aku sanggup belajar dengan chef istana semata-mata untuk memahirkan kemahiran kulinari.

Lidahku merasa. Dahiku mula berkerut. Aku memandang Karina dengan penuh persoalan. Mana masinnya? Tidak semena-mena dia tertawa.

"Tak masin pun!" Aku tertipu.

"Sedaplah awak masak!" Tetapi dia terus-menerus ketawa. Rupa-rupanya dia sengaja mempermainkanku. Dia mencapai garpu dan mengambil beberapa sayur lalu memakannya dengan penuh selera.

"Ethan, masakan awak lebih sedap daripada saya!"

Gelak ketawanya memenuhi dapur. Aku baru perasan lagu di SPOTIFY sudah berhenti. Barangkali telefon pintarku sudah kehabisan bateri. Hanya ketawanya menjadi muzik di telingaku. Karina. Dialah sumber kekuatanku. Sumber kemarahanku. Sumber ketenanganku. Sumber kegembiraanku. Untuk aku ketawa bersamanya seperti ini, sudah lama aku tidak merasa hidup. Jika bersamanya membolehkan aku hidup kembali seperti biasa, aku rela berjalan sebagai puntianak. Biar aku menemaninya sehingga ke akhir hayatnya. Sehingga ke nafasnya yang terakhir.

Ya... hari ini begitu indah... Aku berharap, dia juga setuju, yang hari ini indah... buat kami.

Malam itu, untuk sekian lama, aku berjaya melelapkan mata. Sebagai vampire, aku sukar untuk tidur. Aku sendiri tidak pasti sama ada aku tidur atau tidak. Malam dan siangku sama sahaja.

Aku bekerja mencari penawar untuk 'penyakitku' di dalam makmalku. 2 mL darah akan aku ambil dari lenganku dan mula membuat ekstrak yang aku sendiri tidak tahu keberkesanannya. Tapi aku sudah melakukannya selama 20 tahun. Tiada yang terkecuali.

Malam itu juga aku bermimpi. Karina muncul dalam mimpiku. Aku berdiri di muka pintu dapur dan dia sedang menyediakan sarapan di meja makan. Di hadapannya, terdapat tiga orang kanak-kanak dalam lingkungan usia 3-7 tahun, memanggil-manggil perkataan 'mama, mama.' Apabila Karina mengangkat wajahnya memandangku, dia memberikan senyuman yang lebar. kemudian ketiga-tiga si kecil tadi turut menoleh dan memanggilku, 'papa!' lantas berlari menerpaku.

Tuhan, kenapa mimpi ini terlalu indah?

Adakah... sesuatu yang buruk bakal berlaku?

Aku terjaga.

Keadaan bilikku gelap, namun aku memasang telinga kalau-kalau Karina memanggil namaku. Dengan itu, aku membuat keputusan untuk memeriksanya.

Tidaklah jauh pun bilik kami, ia berada pada aras yang berbeza. Aku turun ke tingkat biliknya. Semerbak harumannya sudah menyapaku tatkala aku menyisip masuk apartmen nya seperti angin.

Naik ke tingkat atas, bunyi nafasnya dapatku dengar, beritma tenang, menunjukkan dia sedang lena diulit mimpi. Aku melutut di kanan katil, memerhatikan wajahnya yang tenang. Tangannya diletakkan di atas dada sambil merenyuk selimut.

Tangannya sudah sembuh?

Aku tergamam seketika. Cepatnya tangannya sembuh. Apabila ku belek depan belakang tapak tangannya, semua luka dan lebam sudah hilang. Bukankah katanya kulitnya terkoyak? Mana hilangnya parut?

"Ethan.... ?" Karina terjaga namun matanya separuh terbuka. "Awak... dahaga?" soalnya.

Dahaga? Maksudnya darah?

"Minumlah... ." Ujarnya seraya menyentuh pipiku sebelum kembali terlena.

Tetapi aku hanya merenung wajahnya lalu menggeleng. "Aku rindukan kau... ."

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now