SI KAMBING YANG BERJASA

278 22 4
                                    

Karina's POV

Syukur tuhan, suamiku selamat. Si kambing lah yang paling berjasa dalam hal ni. Dia tahu raja puntianak akan bertemu dengan Ethan, dia sudah menjangkakan perkara itu akan berlaku. Ketika badan Ethan menjunam ke bawah, si kambing menggunakan kuasa puntianaknya untuk menyambut Ethan di tingkat 40. Kemudian, dia naik semula ke bumbung untuk memberikan bantuan kecemasan kerana Ethan sudah tidak bermaya.

Aku melihat bagaimana si kambing mengerat tapak tangannya dengan pisau sehingga darah keluar sebelum menitiknya masuk ke mulut Ethan.

Katanya, "Ethan bukan lagi puntianak. Dia tidak kuasa penyembuh seperti sebelum ini. Jadi darahku ini akan menjadi penawar kepadanya. Dia akan menjadi seperti puntianak tanpa perlu mati. Jangan risau, dia tetap manusia. Tapi penampilannya akan masih seperti puntianak."

Ethan dihantar ke hospital dengan ambulans. Dia koma untuk tiga hari, syukurlah. Pada hari keempat, dia sudah membuka mata namun barangkali fikirannya keliru, dia kembali tidur. Ia berlangsung selama sebulan.

Aku cuba berbual dengannya tetapi dia hanya memandangku seolah-olah dia tidak mengenaliku. Jatuh juga air mata setiap kali dia tidak mengendahkanku sebaliknya kembali menutup mata. Hanya seminggu yang lalu, dia baru mula memanggil namaku.

Dan hari ini, Ethan akan dis caj dari wad. Wad yang didudukinya ialah wad diraja. Roshan yang mengaturkan semuanya. Pastilah dia mahu yang terbaik untuk ayah angkatnya. Lebih-lebih lagi, Ethan ialah suamiku. Tak mungkin Roshan akan membiarkan aku begitu saja.

"Woah woah, am I interupting something?"

Tidak!!! Secara spontan, aku menolak badan Ethan sekuat yang ku mampu sehingga dia tersungkur ke lantai sebaik Roshan muncul di pintu tatkala kami sedang 'sibuk'. Terus ku memalingkan badanku dari menghadap pintu. Ahhh! Ini sangat memalukan! Kenapa mesti Roshan muncul waktu macam ni?!

"Kereta sudah menunggu," ujarnya. Ah! Aku tak sanggup bertentang mata dengan abangku. Hanya Ethan yang menyahutnya sambil bangun semula, dengan erangan perlahan.

"Baik, kami turun sekarang."

Roshan tidak menunggu pun. Dia seperti mahu melarikan diri tetapi sempat berpesan, "Next time, kunci pintu. Ini bukan bilik hotel. I don't wanna see my sister and my godfather munching each other's face, like a dog."

"You're lucky we were just kissing," Ethan tertawa. "I was hoping for more."

"That's disgusting, Ethan!" Roshan terus beredar.

Ketawa Ethan semakin galak seraya berpaling ke arahku yang menarik muka. Kelat di wajahku terus membuatkan gelak ketawanya terhenti.

"He didn't call me uncle anymore," dia cuba berseloroh.

"This is so embarrasing!"

"What? He should have expect that. Takkan kau nak dia expect kita membaca buku dalam bilik ni? He should expect more than kissing."

"Sudahlah!" Aku menampar lengan Ethan yang masih terhibur dengan reaksi Roshan. Aku tahu, sebenarnya egonya berasa puas kerana berjaya membuatkan Roshan mengalah. Jika tidak, dia perlu bersabar dengan karenah abangku dalam mengawal aku, walaupun sudah tertulis dalam undang-undang bahawa aku ialah isterinya.

Kami pulang ke rumah agam. Semua orang gaji di rumah itu menyambut ketibaan tuan mereka dengan linangan air mata. Ini merupakan kali kedua Ethan kembali ke rumah itu selepas 'hidup kembali'. Individu yang paling beremosi, sudah pasti pengasuh Ethan, Maria. Dia tidak dapat menahan dirinya dari melutut di kaki Ethan dengan tangisan yang sayu.

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now