HONEYMOON

620 32 21
                                    

Karina's POV

Sebulan kemudian, kehidupan kami kembali seperti biasa. Ethan sudah kembali ke pejabat dan aku... akan menduduki peperiksaan akhir semester, hari ini.

Tiada seorang pun rakan sekelasku yang mengetahui status perkahwinanku. Di mata mereka, Karina Kalan (nama baruku ialah Karina Ary, which no one knows still, but it's OK) ialah bakal penyanyi yang paling tidak mempunyai masa depan, tiada aura penghibur ternama dan pemalu.

Aku mengaku. Aku langsung tidak mengubah penampilanku (masih dengan hoodie dan jeans), tetapi segalanya berubah setiap kali aku bersama suamiku.

Untuk menjaga kehormatan suamiku sebagai CEO Alpha Guardian dan juga maruah abangku (some people knows already about my royalty status), aku sudah pandai bersiap – mengenakan gaun (panjang dan pendek mengikut majlis),

berkasut tumit tinggi (like a hell at first), mengenakan solekan (menambah eyes shadow dan sedikit shading pada wajah sebab kebiasaannya aku hanya mengenakan lipstik dan sedikit blusher) dan paling utama berjalan dengan penuh keyakinan di samping suamiku.

Aku sering menemaninya ke majlis-majlis makan malam, charity, fund-rising dan apa-apa sahaja majlis sosial yang memerlukan Ethan hadir bersama pasangan, aku tidak lagi takut. Aku tahu aku cantik, sihat, disayangi dan dilayan seperti permaisuri, itu sudah cukup.
.
.
Tengah hari itu, salah seorang rakan sekelasku tiba-tiba datang kepadaku untuk mengajakku ke sebuah club hiburan sebaik peperiksaan tamat.

"Karina, kau nak celebrate dengan kami tak?"

Aku tak pasti apa rancangan mereka tapi mendengarkan idea untuk ke club hiburan, lebih baik aku mengelak. Aku STRES. Stres dengan kertas terakhir ni. Stres dengan keputusan ujian air kencing tiga hari yang lalu.

Tambah lagi, sebelum aku turun ke kolej, aku melancarkan perang dingin terhadap suamiku gara-gara Sarah (tak ada orang lain yang mengganggu rumahtanggaku melainkan Sarah) menyebabkan aku lewat untuk ke kolej. Nasib baik saja aku sempat memasuki dewan peperiksaan sebelum ujian bermula.

"Tak apa. Korang enjoy lah. Aku... OK."

"Karina, kau patut bersosial," dia berbisik kepadaku. "Boyfriend aku kenal seorang producer. Dia akan join party kita. Jum lah, mana tahu dia berminat nak produce lagu kita."

Aku hanya tersenyum sambil menggeleng kepala.

"Aku ada hal. Sorry, girls. Next time."

"OK."

Belum pun sempat dia beredar, Cullinan hitam berhenti tepat di hadapan kami. Alamak. Aku macam tahu pemilik kereta ni. Tak sempat aku hendak bersembunyi. Gelabah tak tentu hala, suamiku tiba-tiba muncul di hadapanku.

Sebaik sahaja dia keluar dari kereta dengan kaca mata hitamnya, dia terus menarik hampir semua mata yang berada berhampiran. Walaupun Ethan bukan selebriti namun keterampilannya saja boleh disalah anggap seperti itu.

"Oh my god, Karina, siapa ni... ?!" rakanku mencuit lenganku sedangkan aku sedaya upaya menutup wajahku dengan rambut panjangku agar Ethan tidak perasan kedudukanku (which is impossible).

Ethan dalam kot panjang berwarna kelabu membiarkan rambut perm nya sehingga ke paras dagu namun disikat kemas menghala ke arahku sambil menanggalkan kaca matanya. Siapa saja yang tidak terpikat dengan ketampanannya.

"Are you going to ignore your husband, wifey?" dia menyandarkan badannya ke kereta sambil berpeluk tubuh. "Or you want me to carry you to the car?"

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now