I LOVE YOU, SIS.

423 40 7
                                    

Karina's POV

"Apa yang berlaku, Liam?"

Genggaman tanganku terhadap Roshan dilepaskan sambil menoleh ke arah Liam yang berdiri di belakangku. Entah sekuat mana kerutan di dahiku tapi yang pasti aku sangat bengang. Roshan terbaring lemah di atas katil sebaik aku tiba di istana. Nafasnya perlahan tetapi ritmanya tetap. Pantas aku melabuhkan punggung di bibir katil lalu menggenggam tangan Roshan untuk mula 'merawatnya'.

"Hero berjumpa Lilith lagi, ke?"

Pasti! Pasti perempuan tu! Setiap kali dia berjumpa dengan Hero, Hero mesti jatuh sakit! Entah sihir apa dia gunakan. 'Kau memang sengaja buat abang aku lemah, kan?!'

Liam berdiri dalam keadaan jaga sedia, kedua tangan di sisi dengan pandangannya yang ditundukkan sedikit. Takkan berani pengawal abangku untuk memandang terus ke mataku, walaupun dia tidak tahu hubungan aku dan Roshan.

"Badannya kepenatan. Baginda sepatutnya berehat. Bukankah siang tadi baginda baru sahaja selesai upacara? Kenapa tak halang baginda keluar?" Sekali lagi aku melontar soalan dengan nada yang geram.

Hakikatnya Liam langsung tidak bersalah. Dia hanya menjalankan tugasnya mengikut arahan tapi aku tidak dapat menahan diri daripada marah. Roshan terlantar di atas katil bermakna dia sudah terdedah dengan 'sesuatu' yang menyebabkan badannya menjadi lemah.

"Baginda tuanku sudah berpisah dengan Puteri Lilith. Sepatutnya sebagai pengawal peribadi baginda, awak lebih tahu untuk menasihati baginda akan perkara seperti ini. Awak juga maklum akan kesihatan baginda tuanku setiap kali berada di luar terlalu lama, terutama sekali pada waktu malam."

Aku yakin mukaku merah padam sekarang. Walaupun suaraku tidak lantang, ia sudah cukup untuk menakutkan Liam. Sedangkan dia lebih tua daripada aku, mungkin 5, 6 tahun perbezaan umur kami, aku tak pasti. Tapi Liam menganggapku sebagai seseorang yang 'penting' bagi Roshan. Keputusanku ialah keputusan Roshan.

"Karina... ." Suara Roshan menyentakku. Segera ku berpaling semula ke katil, melihat Roshan sudah menyandarkan badannya ke kepala katil. "Jangan marah dia," tambahnya. Pandangannya lemah namun suaranya sudah bertenaga.

"Hero! How many times that I've told you not to go out at night?! Kenapa keluar juga?!"

"Please... ." Roshan seakan akur dengan leteranku, pada masa yang sama meminta Liam untuk meninggalkan kami. "Abang cuma nak berjumpa dengan Lilith. 5 minit."

Lilith lagi! Dengar namanya saja sudah membuatku panas hati. Secara spontan aku berpeluk tubuh lalu berkata, "Saya tak fahamlah. Awak dah berpisah lama dengan dia tapi awak masih cari dia. Kalau awak masih sayangkan dia, janganlah putuskan hubungan. Jadikan dia permaisuri awak, tak perlu nak keluar sembunyi-sembunyi semata-mata nak jumpa dia kat luar."

"You don't like her, sister."

"Itu keputusan awak, bukan saya."

"Pendapat awak penting."

Penting?

Huh...

Aku tergamam. Tak sepatutnya aku lepaskan marah macam ni. Hero dan Lilith sudah lama berpisah. Aku harus ingat tu. Akhirnya aku merendahkan hati, mengalah dengan abangku.

"Jaga diri, Hero. Kalau awak tak sihat, saya... takut. Lagipun, hari ini adalah hari pertabalan awak dan awak dah jadi macam ni. Bayangkan awak bekerja sepenuhnya? Awak akan lebih kepenatan."

"T-terima kasih."

"Apa?"

"You heal me."

"I do nothing."

"Is that so? Tapi setiap kali awak sentuh tangan saya, badan saya terus kembali bertenaga. Kalau itu bukan magic, abang tak tahu apa lagi."

"You know that's not true. I don't have magic."

"Yes, you do."

Aku sendiri tak pasti aku ada magic atau tidak. 20 tahun yang lalu, ketika kami berdua dikurung di penjara bawah tanah, Roshan sering mengalami serangan panik. Dia akan sesak nafas, badan kejang dan mulutnya kadangkala mengeluarkan buih putih. Sedangkan aku sudah berada di penjara itu sejak... entah, barangkali sejak lahir dan Roshan baru dikurung sebulan.

Gelap, sejuk dan basah sudah sebati denganku. Setiap kali 'orang jahat' datang, Roshan akan menggigil dengan sangat teruk dan aku tak tahu apa yang perlu dilakukan. Apalah budak 3 tahun boleh buat... tapi aku masih ingat, sangat ingat dengan jelas, secara tidak sengaja, aku menyentuh tangannya dan Roshan tiba-tiba... diam. Aku fikir ia cuma khayalan.

Sehinggalah suatu hari, selepas beberapa tahun, Roshan lari bersembunyi dari pegawai psikiatri kerana tidak mahu menjalani rawatan akibat trauma, aku mencuba semula 'menyembuhkan' Roshan. Mengejutkan, ia berhasil.

Sejak daripada itu, jika Roshan merasakan anxiety, aku lah yang akan 'merawatnya' dengan menggenggam tangannya tanpa berkata apa selama beberapa minit. Selepas itu, dia akan kembali bertenang dan anxiety itu seolah-olah tidak pernah berlaku.

"Saya tak tahu apa sebenarnya yang saya lakukan... ."

"Itulah kelebihan awak, Karina."

Kalau ianya satu kelebihan, aku terima dengan hati yang terbuka. Namun gerak hatiku mengatakan ia sebenarnya satu sumpahan. Sumpahan yang masih terkunci kebenaran.

Mungkin suatu hari nanti, ia akan terbongkar. Suatu hari nanti tu, aku sangat berharap ia dalam masa terdekat. Sebab dah 20 tahun...

"Mana penjaga abang? Kata nak kenalkan saya dengan dia." Aku baru perasan, menoleh kiri dan kanan, penjaganya Ethan Ary tiada bersamanya.

"Oh, uncle Ethan... ? Sepatutnya dia dah sampai tapi... ." Roshan memeriksa telefon bimbitnya. "Dia tak mesej."

"Dia ke mana?"

"Dia...?" Roshan seperti serba salah untuk menjawab pertanyaanku. Dia menyembunyikan sesuatu ke? Awalnya dia terdiam, tiba-tiba senyum, pelik. "Dia ada urusan. Mungkin esok. Tak apalah. Lain kali saja abang perkenalkan kamu berdua."

"Kenapa dia tak ada waktu penting macam ni? Hari ini ialah hari pertabalan awak. Dan bapa angkat awak tak ada? Very rude."

"Karina, dia bapa angkat abang je bukan bapa kandung. Lagipun dia pergi atas urusan kerja, bukan suka-suka."

"Urusan kerja?"

"Erm... yah... kerja... ."

Sebenarnya aku tak berminat pun nak tahu tentang urusan kerja bapa angkat Roshan. Apalah pak cik berumur 50-an boleh buat di luar tu selain berniaga? Itu pun kalau dia berniaga.

"Stay here tonight, sister. Dah lama kita tak catch-up."

Hmm uh! Aku mengangguk saja. Walaupun dalam hati, aku bimbang. Bimbang akan pandangan orang, terutama pekerja dalam istana kediaman ni, akan kehadiranku di sini. Memang mereka dah biasa melihatku keluar masuk istana tetapi hari ini ialah kali pertama aku bermalam di sini. Dan hari ini pula hari pertabalan abangku sebagai raja. Aku bimbang aku akan mencemarkan maruahnya.

"Jangan risau tentang tu. Pekerja dalam istana kediaman abang sangat setia. Mereka takkan berani membawa cerita keluar dari kediaman."

Eh? Hero boleh baca fikiran aku, ke? Ke aku sebenarnya bercakap dengan kuat? Riakku yang keliru barangkali menyebabkan Roshan tertawa terbahak-bahak. OK. This is not funny, brother!

"I love you, sis."

Ugh!

OK lah! I love you, brother.

**

NOTE:  ADA KE HUBUNGAN ADIK-BERADIK MACAM NI?  PERNAH TENGOK TAPI JARANG. MUNGKIN SEBAB TU NAMANYA FANTASI.

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now