SWEET REVENGE

267 25 3
                                    

ETHAN'S POV

Tekaanku benar belaka. Daniel muncul di muka pintu rumah Karina, bermaksud Roshan sudah mengetahui hubungan kami berdua. Walaupun aku tidak pasti bagaimana Daniel boleh bekerja di bawah arahan Roshan, aku kirakan Roshan memang sengaja menghubungiku dan bercerita tentang Karina. Boleh tahan juga si Roshan ni. Begitu cara dia mengenakanku.

Dan memikirkan kembali tindakan Ash mensabotaj seluruh ahli pasukanku membuatkan darahku semakin membuak. AKU PERCAYAKAN KAU SEPARUH MATI, ASH! Kalau kau nak tukar Roshan dengan aku sekalipun, kenapa mesti libatkan mereka yang lain?!

But guess what, life is fair, your little unwanted beautiful daughter is mine now. Kau tak nak dia kan, jadi tuhan hadiahkan dia kepadaku. Jangan risau, aku takkan apa-apakan dia. Barangkali dia pun sudah membenci kau. Aku akan jaga dia, manjakan dia dengan segala-galanya yang ada di dunia ini yang kau tidak mampu lakukan sehingga terpadam nama kau dari ingatannya.

I'll make you look like an asshole in front of her! Trust me, dude. You'll rolling in your grave every day, every night or whatever day you have there and let me do the touch. What a sweet revenge. Can you imagine your once betrayed friend is now swimming with your own blood? Screaming my name for mercy? Can you, Ash? Thank you god for giving me this oppurtunity. Sorry not sorry.

"Apa pendapat kau, tuan puteri? Kita sepatutnya mendaftar perkahwinan kita... Patutkah kita teruskan?"

Bibirnya menggigil. Takut. Dia ketakutan. Kenapa sehingga sekarang kau masih takut kepadaku, Karina? Adakah kerana aku bukan lelaki yang kau impikan?

You know what love, I don't care. Malah setan dalam badanku sedang berperang minta dilepaskan sekarang. Satu per satu. Taring. Mata. Kuku. Si puntianak mahukan ganjarannya sekarang. Darah Karina. Dia marah dan teruja pada masa yang sama.

"Karina... ?"

"Let's meet Roshan," akhirnya Karina membuat keputusan. Namun, aku tetap tidak berganjak. Memikirkan Daniel berdiri di muka pintu, sudah pasti dia mengetahui kehadiranku di sini. Kerana itu, dia mendiamkan diri di luar. Dan sudah pasti juga dia dapat menghidu tanda badanku pada Karina. Sudah ku katakan, Karina sudah ku tandai. DIA IALAH MILIKKU.

"Lepas tu?"

"Lepas tu... erm... kita... kita... ."

"Aku terlalu sakit hati sekarang." Pantas aku memintasnya.

Karina berundur setapak. Ya, dia sangat takut.

Aku berkata lagi, "Sakit hati sebab apa? Satu, kau tak nak bagitahu aku siapa abang kau. Perkara ini takkan berlaku kalau kau menjawab soalanku dengan jujur dari awal. Kedua, ayahanda kau... Raja Ash, sabotaj aku sehingga aku jadi macam ni. Ketiga."

"K-Ketiga?"

"Aku nak balas dendam."

"A-Awak... ." Dia berundur setapak lagi. "Awak nak... bunuh saya?"

Bunuh... ? Hah! Aku ketawa dan marah pada masa yang sama. Sangat kelakar dan menyakitkan hati, sekali lagi. Begitu rendah pandangannya terhadapku. Aku begitu cintakan dia dan dia terfikir aku akan bunuhnya? Disebabkan oleh si Ash tak guna tu?!

Aku terus menarik lengannya dan membawanya ke muka pintu.

"Jangan buka pintu, ada!" Tidak ku endahkan ketakutan Karina, pintu rumahnya ku buka tanpa perasaan. Seperti ku duga, Daniel masih lagi terpacak di hadapan. Riaknya langsung tidak terkesan dengan kehadiranku di rumah itu. Seperti biasa, dia akan menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat.

"Tuan Ethan."

"Aku akan bawa Karina sendiri ke istana. Kau pulang. Bagitahu Roshan, kami akan datang malam ni."

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now