PATUTKAH KITA TERUSKAN?

233 22 0
                                    

KARINA'S POV

Tok. Tok. Tok.

Aku ingatkan itu mimpi. Loceng rumahku ditekan seratus kali. Pintu rumah seakan dihentam kayu umpama guruh sejak 5 minit yang lalu. Mataku terlalu berat untuk dibuka. Badanku terlalu lemah untuk turun dari katil. Jam menunjukkan angka 11.

11 dah... kelas dah habis... biarlah... kalau aku berlari ke kolej pun sekarang, tak guna juga. Malaslah nak terkejut. Aku betul-betul kepenatan. Ponteng sehari je. Esok aku datang kelas. Semalam aku kena culik. Selepas itu badanku hampir terbakar. Tidak lama kemudian, aku diculik lagi tapi kali ini diculik dengan rela.

Jauh aku 'mengembara' semalam. Jam 5 ke 6 pagi aku sampai ke sini tapi selepas 2 jam baru berjaya naik ke katil. Banyak benda yang aku kena siapkan. Mandi. Cuci rambut. Keringkan rambut. Basuh pakaian. Sediakan makanan (aku terlalu lapar). Semua tu mengambil masa yang lama.

Jadi aku sudah nekad untuk 'ponteng' kelas hari ni. Kononnya hendak tidur sampai petang. Malangnya hajat itu tidak kesampaian. Pintu rumahku diserang seperti orang gila. Siapalah tu?!

"Kejaplah... !"

Serak suaraku. Suara bangun tidur. Dengan longlai aku turun dari katil, tapi masih sempat memeriksa wajahku di cermin. Berminyak. Kusut macam sabut kelapa. Biarlah. Aku reda. Memang inilah wajahku setiap kali aku bangun tidur. Baru sahaja aku melangkah keluar dari bilik, tiba-tiba aku terpaku.

'Macam mana kalau Ethan yang berdiri di luar? Takkan aku nak muncul macam ni?'

Aku berlari masuk ke kamarku semula, sambil menjerit, "Tunggu! Saya sakit perut!" Tak boleh! Ethan tak boleh nampak aku selekeh macam ni!

Aku berlari masuk ke bilik air yang telah direnovasi begitu canggih sekali. Sebelum ini, tiada bath tub tapi sekarang dah ada sebuah seperti kulit kerang bentuknya. Come on, Karina. Ini bukan masanya kau nak mengagumi keindahan bilik air baru kau ni. Your vampire prince is waiting outside! Hurry up!

Selepas 10 minit, aku siap!

Rambut yang masih lembap disikat lurus. Blaus yang tidak pernah aku lihat sebelum ni ada dalam almariku (mungkin Ethan yang sediakan, penuh almari dengan pakaian baru, he's very generous) ku kenakan dengan seluar jean. Berlari-lari anak ke muka pintu, aku menarik nafas panjang. Pintu dibuka sebaik aku bersedia dengan perasaanku.

Lebar senyuman ku hadiahkan. Untuk insan yang istimewa.

"Tuan puteri, Raja Roshan menitahkan tuanku untuk masuk ke istana sekarang juga."

Bibirku kembali kaku. Siapa ni? Bukan Ethan yang muncul tapi orang lain. Seorang lelaki dalam sut serba hitam berdiri di hadapan pintu rumahku. Segak orangnya. Tinggi pun ya, tapi tidak setinggi Ethan. Kulitnya pucat dengan bibir yang merah menyala... another vampire?

"Saya Daniel, tuanku. Saya pembantu Tuan Ethan."

"Daniel?" Ya... Ethan ada menyebut nama orang kanannya ialah Daniel. Tapi kenapa Daniel menyampaikan pesanan abangku... ? Dia... bekerja dengan Roshan?!

"A-Awak... pembantu Ethan?"

Pemuda yang menggelarkan dirinya sebagai Daniel mengangguk. Untuk meyakinkanku, dia mengeluarkan kad bisnes yang mempunyai lambang diraja Syrus. Kad yang berwarna emas itu ialah kad rasmi bagi pekerja pejabat raja. Aku kenal kad itu. Dia juga menyerahkan kad bisnes kedua dari syarikat ALPHA GUARDIAN, Daniel, bodyguard.

"Raja Roshan menitahkan tuanku untuk masuk ke istana sekarang."

"Baik... ." Akur dan keliru, aku tidak terus keluar. Sebaliknya, aku meminta diberikan masa untuk bersiap. Daniel bersetuju. Aku masuk semula ke ruang tamu dengan dahi yang berkerut memikirkan hubungan antara Daniel dan Roshan. Dan Daniel dan Ethan. Jika Daniel bekerja dengan Roshan, maksudnya Roshan pasti tahu Daniel bekerja dengan Ethan kerana Daniel ialah pengawal peribadi Ethan. Jadi...

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now