YOU ARE SO BUSY WITH YOUR FIANCEE

296 27 0
                                    

Ethan's POV

Itu dia... Dari seberang jalan, aku duduk di atas Zero SR/S hitam dengan helmet yang masih di kepala, memerhatikan Karina berjalan keluar dari bangunan menuju ke pagar. Kenapa dia nampak tidak bermaya? Dia tak sihat?

'Dia belajar di kolej muzik di bandar sebelah. Kau boleh cari dia di sana.'

Maklumat dari si kambing tepat sekali. Aku tak menyangka dia mengenali Karina. Barangkali dari awal lagi dia sudah tahu aku mengikat kontrak darah dengan Karina, jadi awal-awal lagi dia sudah melakukan penyiasatan. Bahaya ni. Karina dah jadi target disebabkan kecuaianku. Ini baru si kambing. Kalau musuh aku yang lain, bagaimana? Aku perlu lakukan sesuatu. Biarkan dia sentiasa bersama aku atau... tinggalkan.

Apa perlu aku lakukan?

Semakin dalam aku cuba mencari penyelesaian kepada masalah yang aku cipta sendiri, semakin serabut aku dibuatnya. Apatah lagi dengan jeritan sorakan nyaring budak-budak mana entah melihat selebriti datang ke kolej.

Ada penggambaran. Ramai sangat orang yang melihat di sekelilingnya tetapi watak utama berada di tengah dengan cahaya terang di atas mereka. Salah seorangnya sedang memegang mikrofon sambil bercakap memandang kamera sementara di sebelahnya, seorang lelaki dalam sut hitam yang kemas bak ahli perniagaan muda, barangkali sedang ditemu-ramah.

"Bukan ke tu... Putera Kaedin? Apa budak tu buat kat sini?"

Putera Kaedin ialah putera sulong Puteri Brianca dan merupakan sepupu Roshan. Sejak kecil mereka bermain bersama tetapi Kaedin berhenti datang ke kediaman Roshan sebaik berita Roshan mengalami masalah kesihatan mental tersebar. Selepas itu, Kaedin melanjutkan pelajaran ke luar negara dan hanya baru-baru ini kedengaran ura-ura baginda akan pulang ke tanahair. Tak sangka dah balik pun. Semakin popular nampaknya.

'Apa motif buat interview depan kolej? Show off?'

Enjin motosikal dihidupkan, aku terus membonceng ZERO SR/S ke tengah jalan, melintasi Karina yang sedang berdiri di bahu jalan dengan pandangan yang kosong. Apa yang sedang difikirkannya? Masa seakan bergerak perlahan, aku menoleh ke arahnya pada masa yang sama matanya juga memandangku. Mungkinkah dia menyedari kehadiranku?

Roshan menelefonku tatkala motosikalku sedang memecut laju. Nasib baik ada bluetooth antara helmet dan telefon pintarku.

"Ya, Roshan?"

"Tengah ride, ke? Bunyi angin kuat."

"150. Ada apa?"

"Lajunya. Hati-hati. Erm... uncle tolong datang ke istana malam ni. Saya ada perkara nak bincang."

"Jam berapa?"

"7. Dan lagi saya nak perkenalkan uncle dengan adik saya."

Hah... entah dah kali berapa Roshan nak perkenalkan adiknya denganku. Bukannya aku tak mahu berjumpa tuan puteri tapi... penampilan ku yang terlalu berbeza daripada penjaganya akan membuatkan dia tertanya-tanya akan keadaanku. Penjaganya iaitu Joshua Kalan menginjak usia tua secara normal kerana dia tidak mengikuti misi 20 tahun yang lalu menyebabkan dia terselamat. Tapi aku ialah puntianak. Ia bukan fakta yang menyeronokkan.

"Uncle cuba. Tapi jangan berharap."

"You are so busy with your fiancee. Uncle dah lama tak jenguk saya."

Tunang? Tunang apa? Oh, ya! Eh, aku bagitahu Roshan ke yang aku bertunang? Ya, bahagian aku bertunang tu aku ada mesej dia. Tapi bahagian kedua di mana tunang aku lari tu, aku tak maklumkan lagi.

"See you."

Sabar ya, tuan puteri. Patik ada hal yang lebih penting berbanding sesi perkenalan kita. Aku nak dapatkan semula bakal isteri aku. Malam ni juga aku akan heret dia ke City Hall. Setuju tak setuju, dia kena setuju. Kalau tidak, dia akan sentiasa dalam bahaya. Aku juga, akan sentiasa berjaga-jaga.

Si kambing turut memberi maklumat berkaitan tempat tinggal Karina membuatkan aku menjadi paranoid dengan kebolehannya mengintip. Boleh saja dia menyerahkan maklumat ini kepada orang lain untuk mengugut aku tetapi dia dengan rela hati membantuku? Kenapa? Aku duduk di kerusi luar sebuah kafe, seberang bangunan kediaman Karina yang merupakan apartmen di atas kedai. Entah kenapa dia memilih untuk diam di tempat macam tu. Keselamatan di rumah kedai tidak terjamin. Apatah lagi deretan kedai di bangunan tersebut begitu sesak dengan pengunjung. Silap-silap, ada saja yang tersalah ambil pintu, terus naik ke kediaman tingkat atas.

30 minit aku menunggu, Karina muncul dari arah selatan berjalan kaki dengan beg sandang di bahu. Rambutnya dibiarkan terurai dan hampir menutupi wajahnya. Dia hanya mengenakan sweater hoodie berseluar jeans dan kasut snicker. Berjalan sambil menunduk kepala, dia tidak mengendahkan langsung orang asing yang menegurnya. Melihatnya membuatkan aku tertanya-tanya kepada diri sendiri. Betul ke aku jatuh cinta dengan wanita seperti dia? Apa yang dia ada selain matanya yang comel seperti anak kucing?

Darah. Harum. Pipinya yang bulat. Tapi itu semua tarikan fizikal. Tarikan fizikal tidak kekal lama. Semuanya akan lenyap suatu hari nanti. Bagaimana dengan sikap dia? Cara dia membawa diri? Rutin hariannya? Adakah dia seorang yang mementingkan kerohanian atau terbuka? Dia lebih suka duduk di rumah atau keluar berseronok? Semua itu, aku tiada jawapan. Makanan kegemaran? Warna kesukaan? Kalau diberi pilihan, dia nak tinggal di bandar atau di luar bandar? Banglo atau apartmen? Jika kami berkahwin, berapa ramai anak dia mahu? Agaknya dia suka anak lelaki atau perempuan? Nama apa yang mungkin dia beri untuk anak perempuan kami? Kendall? Kendall Ary? Atau mungkin... Aryana Ary... sedapnya nama Aryana, sama seperti Karina. Karina Ary.

Hei, Ethan! Kenapa aku berfikir terlalu jauh ni? Nama anak perempuan? Biar betul? Aku terbatuk seraya menghirup kopi panas yang masih berasap. Kopi yang diminum tapi mabuknya seperti alkohol. Aku dah mabuk. Karina buat aku mabuk cinta. Itulah jawapan sebenar.

**

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now