10 SEN KERIANGAN

263 29 0
                                    

Karina's POV

"Hai Karina, baru balik kelas?"

"Banyak kelas hari ni?"

"Dah makan?"

Hmm...

Aku paling tak suka disapa oleh pekerja-pekerja kedai di bangunan kediamanku setiap kali aku pulang ke rumah. Aku tak pernah pun beramah mesra dengan mereka tapi sering saja mereka menegurku.

Mula-mula dulu, bolehlah nak berkenalan, bertanya khabar. Tapi sekarang, aku dah muak. Aku ada banyak masalah (aku pun tak pasti masalah apa) yang hendak difikir. Kerana itu, setiap kali mereka menegur, aku hanya meng'hmmm' kan saja. 

Sekarang, aku ada masalah cinta. Aku tak pernah bercinta tapi aku ada masalah cinta. Dua minggu lepas, seorang lelaki (puntianak lebih tepat) melamarku menjadi isterinya dan aku setuju.

Hampir saja aku menjadi isterinya jika bukan kerana boss ku tiba-tiba meluru keluar and then... the rest was history. Aku tak pernah jumpa dia lagi. At all. Macam mimpi. Mungkin betul mimpi. Mana ada lelaki high taste macam tu berminat dengan aku? Roshan je yang sayangkan aku dengan ikhlas.

"Aku tak cantik, ke?" Aku menghentak kaki sekali, kemudian berpaling mengadap cermin dinding sebuah kedai cenderamata. Bayangku nampak jelas di cermin. Dari rambut sehingga ke hujung kaki dan naik semula ke muka, aku membuat analisa 'emotional damage' akan bentuk badanku. 

"Taklah gemuk pun. Chubby sikit je," keluhku sambil mencubit pipi ku yang tembam. "Bukan salah aku, badan aku gemuk. Asyik lapar je... macam mana?" Mencebik bibir.

"Hero kata... mata aku sama seperti ayahanda... senyuman macam bonda... Bonda sangat cantik jadi... maksudnya aku pun cantiklah, kan?"

Tapi tak secantik supermodel... huh... Kenapalah aku kurang keyakinan tiba-tiba? Selama ni, aku tak kisah pun penampilanku serabai ke, macam orang gila ke. Pendapat orang subjektif, kan?

Tapi keyakinanku berkurang disebabkan Ethan. Sebab tak logik! Berpusing kiri dan kanan, menilik badan terutama sekali bahagian perut.

"You are beautiful the way you are."

Hah!

Aku terkesima sebaik suara itu menegurku. Suara yang hilang sejak 2 minggu yang lalu.

Huh! "What you want... ?" Langsung tidak bersemangat, aku terus bergerak tanpa memandangnya. Dari bunyi tapak kasut yang bergerak, aku tahu dia mengejarku rapat.

"To marry you."

Jawab pun acuh tak acuh. Nampak sangat ada niat lain. Bagai ditusuk belati jantungku, sakitnya (please Karina, it is too dramatic).

Kehadirannya mengejutkanku namun ia memberi 10 sen  keriangan dalam hati. Tapi aku tak boleh mengalah begitu saja. 

"What you want?" Kali ini pertanyaanku lebih keras. Aku masih berjalan di hadapannya tanpa menoleh ke belakang pun kerana aku tahu dia berada dekat denganku. Harumannya sama seperti ketika kali pertama aku bertemu dengannya di WORM.

"Like I said, to marry you."

"Shut up, Ethan!" Dahiku berkerut jelas, menghadapnya sebaik jawapan yang sama diberikan. Orang gila je yang percaya jawapan tu. Aku waras lagi, masih siuman dan langsung tidak terdesak.

"Seronok ke mempermainkan perasaan orang macam ni? Oh, ya! How would you know? Awak dah biasa... bermain dengan supermodel. Mungkin dah bosan dengan mereka, awak nak mencuba yang lain pula. Wah! Wah! Bagus ya perangai tu. Keep it up!"

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now