INFINITY RING

233 24 4
                                    

KARINA'S POV

Aku masih tidak dapat melupakan pandangan pekerja Ethan di pejabat. Sekarang aku perlu berada dalam kelompok Ethan di restoran mewah yang tidak pernah ku jejak. Walaupun abangku ialah raja, kehidupanku hanya seperti rakyat biasa. Tidak merasa kehidupan mewah. Makanan ala kadar. Pakaian hanya dari kedai online yang biasanya di bawah harga 100$.

Serius aku tidak tahu kehidupan sebenar Ethan. Sepertinya dia bergaul dengan golongan elit sepanjang masa. Patutlah penampilannya penuh dengan jenama, rupa-rupanya dia bukan sekadar pengawal peribadi biasa. Dia ialah pemilik sebuah perusahaan. Dia mempunyai status dalam hierarki sosial di bandar ini. Dengan Roshan di belakangnya sebagai penyokong terkuat menjadikan tapak Ethan lebih kukuh berbanding yang lain. Patutlah ramai wanita yang mengejarnya. Aku tak fikir setakat wajah tampan boleh menarik wanita.

Dan untuk bertemu bekas teman wanitanya di restoran ini, adakah maksudnya restoran ini ialah restoran kegemaran mereka? Ah... sukarnya begini. Semua orang memandangku dengan penuh penghakiman. Terasa loya tekakku dibuatnya. Aku nak menangis, tolong!

Oh my, cantiknya Sarah! Tengoklah kakinya yang kurus dan panjang! Kenapa dia asyik melentukkan kepalanya ke kiri? Dia nak tunjukkan subang yang cantik tu ke? Ah, jinjangnya leher. Mungkin itu kegemaran Ethan... ? Sebab Ethan sering meletakkan kepalanya di tengkukku juga.

Ah, apa yang aku fikirkan ni? Apa gelaran Ethan kepada Sarah sebelum ni? Sayang? Princess? Mungkin baby girl... sedihnya... aku bukan orang pertama dalam hidup dia... Dan Sarah terlalu cantik jika dibandingkan dengan aku. Senyumannya saja berharga jutaan dollar. Lebih baik aku mengunci mulut, biarkan saja mereka berbual. Pura-pura periksa Instagram, mana lah tahu ada update terbaru dari Chris Evans. Cristiano Ronaldo ke.

"Karina," Ethan memanggilku lembut.

Cepat-cepat aku mengangkat kepalaku menghadapnya dengan senyuman yang lebar.

"This is my wife, Karina," Ethan memperkenalkanku kepada Sarah sebagai isterinya! Aku terpandang perubahan riak wajah Sarah namun dia begitu pantas memberikan senyuman kepadaku, seperti tiada apa. Sangat profesional. Kami hanya bersalaman.

Dia tidak berminat pun untuk berbual denganku. Matanya hanya tertumpu kepada suamiku, membuatkan aku semakin mual. Loya sangat tekakku sebelum tiba-tiba gas naik ke tekakku menyebabkan aku hampir muntah.

"Sayang, kenapa ni?" Ethan bergegas bangun ke kerusiku.

Aku cepat-cepat menggeleng namun tekakku langsung tidak membantu. Rasa mual yang membuak-buak membuatkan aku sekali lagi hampir muntah namun pantas menutup mulutku.

"Dia mengandung, kan?" soal Sarah, sepertinya risau akan keadaanku. "Mungkin dia perlukan rehat."

"Kita pulang, sayang." Bagus! Aku mengangguk tanpa bantahan. Aku sudah tidak sanggup untuk berada di sana. The fortunate of unfortunate event. Bolehlah.

.

.

Nasib baik Ethan memandu sendiri keretanya, dapatlah aku berehat dengan tenang sambil melelapkan mata. Entah kenapa tiba-tiba perutku berasa mual. Tolong jangan bagitahu aku mengandung! Mustahil! Mustahil! Mustahil! Bella je yang mengandung selepas 2 minggu. Kalau aku mengandung selepas beberapa jam, memang gila.

"Kau OK ke?" Ethan menyoalku.

"Perut saya tak selesa... ." Tapi mataku sudah berair. Hanya menunggu masa untuk jatuh. Aku menangis bukan kerana sakit tapi kecewa dengan diri sendiri. Kecewa kerana berasa terlalu rendah diri di sebelah Ethan. Aku tak layak untuk menjadi pasangannya!

"Pergi hospital?"

"Tak payahlah, over sangat tu." Jatuh juga air mataku. Tapi aku cepat memandang keluar tingkap, menyapunya dengan pantas. Ethan tidak perasan kerana dia fokus dengan pemanduannya.

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now