ISTERI? PLEASE LAH...

297 29 1
                                    

KARINA'S POV

Sepanjang masa di dalam kelas, aku mengelamun memandang keluar tingkap. Tiada perkataan yang berjaya menarikku mendengar kuliah di hadapan kecuali hanya terbayang wajah Ethan. Jahat tau puntianak ni! Dia buat aku tak tentu arah. Memanglah aku lari tapi pergilah cari. Kan dah bertunang.

'Kalau aku tak lari, aku dah jadi isteri dia dah... .'

Tertunduk malu. Isteri... please lah...

Bolehkah manusia berkahwin dengan vampire? Kalau Bella dan Edward boleh, kenapa aku dan Ethan tak boleh? Hmm... kalaulah semudah tu. Hero nak letak kat mana?

"Berhenti berkhayal, Karina... ." Aku menampar pipiku berkali-kali. Sakitnya hanya untuk menyedarkan aku dari khayalan. Aku tahu ia hanya dalam mimpi. Ethan dah tak ada. Mengikut track record senarai bekas kekasihnya, kedudukan aku ni pangkat orang gaji saja. Mungkin semasa dia offer untuk pilih antara kekasih atau hamba, sepatutnya aku pilih menjadi hamba saja.

"Next time kalau... aku kata kalau dia muncul balik, aku akan cakap, aku pilih jadi hamba. Macam aku tak boleh lari dengan kontrak darah ni... sebab... setiap malam aku bermimpi benda yang sama. Mungkin kalau aku buat keputusan yang tetap, mimpi tu akan hilang."

Memeriksa masa di skrin telefon pintarku, aku terus bersiap sedia mengemas buku di atas meja untuk pulang. Tepat saja jam 3, aku terus meninggalkan bangunan akademik. Aku dah berjanji dengan Roshan untuk ke istana hari ini, kenalah tunaikan janji. Abaikanlah si hantu tu. Dia yang beria-ia nak kahwin dengan aku tapi tak buat apa-apa.

Sambil menggendong beg di bahu, aku berjalan tanpa mempedulikan sekitarnya. Namun, bunyi jeritan dan sorakan yang kuat di pintu pagar utama membuatkan langkahku terhenti.

'Apa benda?'

Ramai pelajar perempuan termasuk beberapa orang yang aku kenali dari kelasku bersorak di pagar seperti menyambut artis. Sebenarnya, ia pemandangan biasa kerana ada beberapa orang penyanyi belajar di kolej yang sama. Inikan kolej muzik.

'Macam tak pernah tengok manusia. Kalau puntianak tu lainlah. Serigala jadian ke.'

Malaslah nak ambil tahu. Bukan artis kesukaan aku pun. Kalau bukan Justin, mesti Louie Stone. Siapa lagi. Aku berhenti di perhentian bas di luar pagar kolej, 500 meter dari himpunan sorakan peminat entah siapa-siapa. Tiada bangku yang kosong jadi aku terpaksa berdiri di luar atap perhentian bas. Tidak banyak kenderaan yang bergerak di jalan raya.

'Ah motor tu... sama seperti motor Ethan... .'

Sempat lagi aku memeriksa sebuah motosikal elektrik yang memecut laju melintas di hadapanku, serupa milik Ethan. Entah kenapa semuanya seperti dia. Malah tiupan angin yang menyapa mukaku juga seperti harumannya yang berlegar. Parah sangat ni. Kali ini, aku mencubit pipiku dengan kuat.

'Dah! Lupakan!'

Fikiranku cuba dilencongkan dengan melirik ke kumpulan sorakan yang semakin meriah dengarnya. Terdapat sepatah dua perkataan yang dapat aku tangkap seperti 'I love you', 'sini, sini, sini' dan paling ketara ialah kadin, keden, kayden... ?

"Siapa tu?" soalku apabila seorang perempuan, mungkin senior mungkin junior di kolej, bangun dari bangku lalu berdiri di kananku untuk melihat sorakan yang luar biasa meriahnya.

"Kaedin Emir." Dia nampak teruja.

"Ka- Kae what?"

"Kaedin. K.A.E.D.I.N. Kaedin Emir."

"Dan... siapa Kaedin?"

"Pelakon baru."

"Popular?"

"Sangat popular."

Aku tak kenal pun! Popular kat mana?!

"Berlakon filem apa?" soalku lagi.

"Entah."

Dia buat lawak ke? Kata popular tapi filem lakonannya pun tak tahu. Betul ke popular? Ke buat-buat popular?

"Shut up, Amrika... !" Kawan si Amrika (itu nama yang kawannya yang muncul tiba-tiba di sebelahnya memanggil namanya) mencelah kami. "Dia bukan pelakon. Girlfriend dia yang pelakon."

"Habis dia siapa?" Amrika menyoal.

"He's a prince. Dan mungkin bakal pewaris takhta."

"Prince? Kerajaan mana?" Aku cepat-cepat menyampuk. Hal keluarga diraja memang sensitif di telingaku kerana ia melibatkan aku... dan abang aku.

"Syrus lah, apa lagi."

"Tapi Raja Roshan baru je naik takhta!" Naik pula darah aku, tertinggi suara sedikit.

"That's right. Raja Roshan belum berkahwin dan tiada zuriat. Kalau Putera Kaedin berkahwin dengan teman wanitanya, mungkin zuriat pertama akan muncul dan... ia mungkin boleh menggugat kedudukan Raja Roshan."

Hah...

"Dengar kata Raja Roshan dan Putera Kaedin ialah sepupu. Jadi... boleh je kalau Putera Kaedin rampas takhta tu."

Rampas takhta? Biar betul?


**


My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now