BAD PUBLICITY IS STILL PUBLICITY

239 24 3
                                    

Ethan's POV

Sudah ku duga. Memang makhluk ini tidak akan mengalah. Sebaik aku tiba di pejabat, klien baru yang sudah menunggu kehadiranku tidak lain tidak bukan, Tuan Shahib. Namun dia tidak berseorangan. Keluar saja kakiku dari pintu lif peribadi CEO, sudah kelihatan Liam di muka pintu bilik mesyuarat, 100 meter dari kedudukanku. Liam tidak akan berada di sini tanpa tuannya: Roshan. Tetapi kenapa? Kan lebih senang jika dia terus menghubungiku berbanding membuat temu janji di pejabat?

Atau mungkin benar, aku terlalu sibuk dengan tunangku, sehingga anak angkatku berasa diabaikan? Huh, sama seperti Ash! Macam aku tak ada life lain selain menjadi baby-sitter mereka berdua. Dulu aku menjadi pengawal Ash merangkap 'pengasuh' kerana sikapnya yang kadangkala terburu-buru. Ayahandanya sendiri memintaku menjaga tingkahnya kerana baginda bimbang jika Ash membuat keputusan tanpa berfikir panjang. Ash ialah bukti anak raja yang dimanjakan tanpa pengawasan. Aku pun anak raja juga tapi tidaklah selembik itu.

Roshan juga hampir sama dengan Ash. Manja. Awal-awal dulu aku mengajarnya menggunakan pedang namun dek kesihatannya yang tidak stabil, aku menghentikan latihan itu. Sebaliknya, aku melantik Liam sebagai pengawal peribadi memandangkan raja muda ini tiada kemahiran mempertahankan diri. Barangkali perbezaan budaya, Syrus negara yang aman. Tiada keperluan bagi rajanya untuk memiliki kemahiran perang.

Berbeza dengan aku. Perang ialah perkataan pertama yang muncul di setiap bibir bayi yang lahir. Pemerintah (termasuk ayahanda) akan sentiasa melebarkan kekuasaan mereka dan cara yang mereka gunakan ialah dengan penaklukan melalui peperangan. Florence dan Syrus memang berbeza. Florence gilakan kuasa (harap aku tidak mewarisi kebodohan ini) dan Syrus lebih suka berdiplomasi secara aman.

"Tuanku... ." Aku sekadar menggunakan protokol ringkas bersama Roshan. Entah kenapa setiap kali aku berjumpa dengan Roshan, kulitnya semakin pucat. Padahal warna kulitnya begitu cantik, sawo matang sebelum ini. Dah macam vampire dah aku tengok. Produk apa yang digila-gilakannya sehingga menukar warna kulitnya menjadi putih pucat seperti ini? Trend terbaru ke? Anak muda zaman sekarang...

Namun yang lebih memanaskan hati ialah melihat senyuman lebar Tuan Shahib. Apa dia fikir aku tidak boleh menolak hanya kerana Roshan di sini?!

"Uncle terlalu sibuk sejak akhir-akhir ni." Roshan lebih pantas memelukku. "Dan uncle belum bagitahu lagi nama tunang uncle."

Tuan Shahib berdiri di belakang Roshan dengan barisan giginya yang berterabur mengganggu pandanganku. Aku tidak pernah tahu Roshan dan Tuan Shahib saling mengenali. Malah, untuk Roshan turun secara peribadi ke bangunan 5 tingkat Alpha Guardian amat mengejutkanku.

Alpha Guardian ialah tempatku menghabiskan masa jika aku tiada urusan kerja lain di istana atau berkaitan vampire. Roshan yang memperkenalkannya kepadaku. Katanya, ia mungkin membantuku menenangkan fikiran.

Entah bahagian mana yang dimaksudkan Roshan sebagai 'menenangkan fikiran' ketika mengambil alih syarikat yang hampir muflis. Ya, syarikat ini ialah milikku. Walaupun aku tidak melibatkan diri sepenuhnya dengan pengurusan, kuasa yang aku miliki membolehkan aku untuk menolak atau menerima sebarang perniagaan yang datang kepada Alpha Guardian.

3 tahun yang lalu, Omega IT Security hampir mengalami muflis akibat pecah amanah yang aku tidak mahu ambil tahu kronologinya. Memandangkan aku juga salah seorang pekerja di syarikat ini, atas saranan Roshan, aku membeli 55% saham syarikat ini menjadikan aku pemegang saham utama dan menukarkan nama syarikat kepada Alpha Guardian.

Tidak terlintas di fikiran barisan lembaga pengarah bahawa aku, si pengawal peribadi biasa, mampu membeli syarikat bernilai jutaan Dollar. Ramai meneka Roshan ialah pemilik sebenar syarikat itu sedangkan aku adalah tuan sebenar. Barangkali aku tidak 'cukup kaya' di mata mereka. Kereta pun tak ada.

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now