IT'S A LADY'S NAME ON HIS ARM!

276 28 2
                                    

Karina's POV

"Hah! Senang je! Taklah susah pun!"

Oh! Dia berjaya ke?

Melihat Ethan berusaha keras untuk membaiki kepala paip di singki membuatkan hatiku berbunga. Dari gayanya, nampak sangat dia tidak pernah bertukang. Ketika sepana dihulur ke arahnya, anak matanya mengecil dengan ekspresi wajah yang kaku. Mulutnya terbuka untuk seketika sebelum menutupnya kembali, seakan ada soalan yang mahu ditanya namun terhalang.

"Kalau nak jadi husband saya, kena pandai bertukang," ujarku ringkas. "Kalau awak berjaya betulkan paip tu, malam ni juga kita daftar perkahwinan di City Hall."

"Betul ke?"

Aku mengangguk dengan yakin. Yakin yang dia tidak akan berjaya. Sebab? Pegang sepana pun dia kekok. Perkahwinan bukan perkara main-main. Mana ada orang kahwin selepas satu jam berjumpa. Wajah tampan tidak bermakna kalau perkara asas seperti ini tidak mampu dilakukan. Kalau nak isteri yang pandai memasak, suami pun kenalah pandai bertukang. Baru adil.

Jaketnya ditanggalkan lalu disidai di bibir kabinet. Sambil menyingsing kedua lengan bajunya sehingga ke siku, mataku tidak lari dari lengannya yang penuh dengan lukisan tatu dari bermula dari pergelangan tangan. Ia umpama lencana seperti penghargaan di sepanjang lengannya dengan tulisan. Ada nama. LADY AMARA. Nama perempuan. Dan lukisan seperti bunga, hati yang rosak dan simbol yang asing di mataku.

"Tatu tu... apa?" soalku berhati-hati.

"Owh... ." Ringkas Ethan menyahut. Fokusnya pada sepana dan kepala paip. Air mula mengalir perlahan di sekitarnya.

Aku mencuba lagi. "Army thing?"

"Stupid stuff."

"Lady Amara.... who?"

Tangannya berhenti memutar. Sepertinya nama itu mengingatkannya akan sesuatu. Barangkali cerita lama. Untuk sesaat, aku menangkap anak matanya bergenang dengan air mata sebelum ia hilang. Dia berhenti tidak lama, kemudian dia menyambung kembali memutar sepana untuk melonggarkan kepala paip. Air semakin laju.

"Your... wife?" Aku tak tahu kenapa aku tidak senang melihat nama seorang perempuan di tangan Ethan. Mengukir nama secara kekal di badan bermaksud ia sesuatu yang penting. Amat penting. Lady Amara, nama yang terukir di lengannya ialah seorang yang amat penting dalam hidupnya. Hidupnya yang misteri. Tiada apa yang aku tahu tentang Ethan kecuali dia bekas askar, anak yatim sejak kecil dan bodyguard. How am I going to marry this man if I dont even know anything about him?

"Dang it!" Ethan tidak menjawabku sebaliknya dia bengang. Air memancut deras dari kepala paip sebaik ia ditanggalkan. Rupanya-rupanya, Ethan tidak menutup paip utama di luar menyebabkan air masih mengalir seperti biasa. Dia cuba menahan air dengan kedua tapak tangannya namun tidak berjaya. Habis basah kuyup pakaiannya dari atas ke bawah.

Aku bergegas membantunya dengan menekup tanganku di belakang tangannya, 'kononnya' menghalang air dari terus keluar. Malangnya, aku turut sama, basah kuyup.

"Awak baiki paip ke jahanamkan paip?!"

"Jangan meleter, boleh tak?"

"Buatlah sesuatu! Banjir rumah ni nanti!"

**

Dengan muka yang mencuka, Ethan duduk membeku di atas sofa sambil memandang kosong ke TV yang gelap. Aku menghantar tukang paip ke muka pintu selepas dia menyelesaikan masalah yang aku tangguhkan sejak 2 bulan yang lalu kurang daripada 10 minit.

"Terima kasih."

Pintu ditutup rapat. Aku kembali ke ruang tamu memeriksa keadaan lelaki yang mungkin berusia 100 atau 300 tahun itu. Sepertinya egonya tercalar dengan teruk. Selepas aku menukar pakaianku, aku menghulur sehelai t-shirt dan seluar pendek kepada Ethan sementara pakaiannya dikeringkan menggunakan mesin pengering di dapur.

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now