SAYA, ETHAN.

373 30 0
                                    

Karina's POV

'Sorry Hero, I have class this morning. Had to go early. See you this Sunday, OK? LOVE YOU.'


Seawal jam 4 pagi, aku berangkat keluar dari istana tanpa sempat memaklumkan kepada Roshan. Ketika aku menolak skuter elektrikku ke bahu jalan, kelibat seorang lelaki serba hitam turun dari sebuah motosikal memasuki perkarangan istana melalui Pagar 3.

Kebetulan aku beredar tanpa memaklumkan Roshan, aku terpaksa keluar menggunakan Pagar 5 (pagar belakang) untuk mengelak 'disoal siasat' oleh pengawal pagar. Sebaik tiba di rumah, barulah aku menghantar mesej kepada Roshan.

Perkataan LOVE YOU sengaja ditaip dalam huruf besar sebagai tanda maaf sebab 'balik tak bagitahu'. Roshan takkan marahlah, tapi aku tak sanggup nak dengar leteran dia. Barangkali dengan menaip LOVE YOU sebesar-besar alam, hatinya akan cair.

Finger cross.

Ting.

[Karina, masuk awal shift malam ni. Ada event. Perlukan ramai pelayan. OT $25 sejam.]

Hampir tercabut soket mataku apabila menerima mesej dari Godzilla. OT $25 sejam?! Biar betul?! Sejak bila dia bermurah hati untuk bagi over-time lebih dari $10 ni?

[Belum April lagi ni boss kalau nak buat April's Fool. $25 sejam? Really?]

[Kau nak ke tak?!]

[Nak. Nak. Nak. Boss, chillax, saya bergurau je. Baik boss, saya akan datang jam 8. Tepat!]

[6! Sharp!]

6?? Mana boleh! Mana sempat. Kelas aku tamat jam 5. Jarak kolej dengan WORM dalam sejam setengah, itu pun kalau bas tak lambat. Kalau jalan sesak, dalam 2 jam juga baru sampai sana.

[Boss, sorry, boss, saya rasa saya tak join sebab kelas saya habis lambat. Sorry boss.]

[Karina, ini bukan permintaan tapi arahan. Aku tak peduli kelas kau habis jam berapa, kau kena datang. FAHAM?!]

What the... ?!

[Boss nak minta tolong buatlah cara minta tolong. Kenapa nak marah-marah? That's it. Enviroment pub tu terlalu toksik, saya pun tak ingin. Saya BERHENTI! I QUIT! GOOD BYE! SAYONARA! ADIOS!]

SEND.

Dah! Puas hati aku! Akhirnya aku berhenti kerja. Berhenti dari tempat yang busuk, menyusahkan mental dan fizikal dan... eh?

NOT SEND.

Hei! Kenapa mesej aku not send?! Argh! Tak guna punya godzilla, dia block aku!!! Hah! Baguslah kau block aku, aku pun tak ingin nak kerja kat sana. Ingat aku tak ada duit?! Aku puteri raja Syrus tau, abang aku Raja Roshan!

Argh!

**

5:45 petang.

Bodohlah... kepalaku menyandar ke tingkap bas dengan wajah mencuka. Keadaan jalan yang berlubang menyebabkan bas bergegar tidak tentu hala.

Aku tak tahu apa yang aku lakukan. Tepat jam 4.01 petang, aku bangun dari kelas tutorial yang baru sahaja hendak bermula sambil memegang perutku yang 'sakit'.

"Senggugut? OK, baliklah. Hati-hati ya... ."

Aku berbisik ke telinga pensyarahku (please, he's so cute, like a teddy bear, and yeah, married, of course) memaklumkannya akan 'masalah wanita' yang aku hadapi. Tanpa banyak soal, beliau melepaskanku pergi tanpa menyedari lidahku sedang menipu.

'Maafkan saya, prof, saya janji ini kali terakhir saya menipu... .'

Hei, aku tak menipu sepenuhnya. Ya, hari ini period hari kedua dan senggugut tapi... taklah seteruk itu. Ah, now I feel bad lying to him. I'm sorry, prof. Dan sekarang, aku berada di dalam bas nombor 132 menuju ke bandar Ruby untuk memenuhi tugasku sebagai pelayan di WORM.

Mesej yang aku hantar kepada godzilla tidak berjaya sampai, maka nya terpaksalah aku akur dengan arahannya. Semata-mata demi $25 sejam, ceh!

'Kali ni aku betul-betul akan berhenti. Selesai event malam ni, aku akan tinggalkan tempat tu, block nombor si godzilla dan cari kerja lain!'

Panas pula hati melihat si godzilla tersengih-sengih sebaik melihat aku muncul di pintu belakang. Terus dilontarnya apron hitam dan kemeja putih, "Tukar pakaian cepat. Majlis nak bermula."

"Majlis apa ni, boss?"

"Birthday party."

"Kenapa tiba-tiba? Semalam boss tak cakap pun."

"Hei, banyak cakap pula! Orang nak buat parti kat sini, takkan nak halang. Kita haruslah memberi layanan yang istimewa kepada mereka. Layanan mesra ialah motto kita!"

Bibirku mencebik. "Iyalah tu. Kalau buat sebab duit... ," berbisik perlahan. Aku menjeling sekilas boss ku yang sedang membetulkan baju vintaj zaman 80-an di hadapan cermin. Berkilat-kilat dari atas ke bawah. Mini gaun kuning ketat dengan tapak seluar yang melebar berwarna merah jambu. Ada bulu ayam pula di lehernya. Fesyen apa ni?

Malas untuk terus melihat wajah boss, aku terus masuk ke dalam selepas menukar pakaian. Parti hari jadi itu sudah berlangsung selama setengah jam. Ini event pertama ku di WORM. Tetamu yang hadir sepertinya bukan orang biasa.

Gucci. LV. Dior. Hermes. Ini bukan calang-calang tetamu! Beg tangan. Kasut. Pakaian. Patutlah boss bayar aku $25 sejam. Minuman yang dipesan juga bukan taraf rakyat biasa. Tiba-tiba saja pub ini mempunyai DJ yang sedang mengawal muzik dengan lampu yang bergemerlapan. Laser bertukar warna mewarnai siling pub menyebabkan aku terpaku. Hanya sekelip mata, pub yang ketinggalan zaman 50 tahun terkebelakang tiba-tiba saja menjadi futuristik.

Minuman di atas dulang yang ku pegang seringkali dicapai oleh pengunjung dan meletakkan cawan yang kosong. Sebagai pelayan, aku hanya memberikan senyuman tanpa perlu bercakap dengan mereka, seolah-olah aku bisu. Mudah, kan?

"Hati-hati!"

Tatkala dulangku hampir terlepas dari tanganku, seorang pengunjung pantas membantuku dengan memegang dulang dan pinggangku pada masa yang sama. Oh, my! Cepatnya reflex!

"Awak tak apa-apa?"

Ah?

Aku hanya mengangguk. Habis hilang darah, picat ketakutan. Kalaulah dulang itu jatuh ke lantai, melayang $500 dipotong dari gajiku. Namun yang lebih menakutkan, semburan api dari godzilla yang pasti menjatuhkan moralku untuk terus bekerja.

"Terima ka- ." Baru sahaja aku mendongak kepalaku, ayatku mati di tengah jalan. "... sih... ."

Senyuman yang manis kemudiannya terukir di bibirnya.

Eghm. Terus kering tekak ku dibuatnya. Sebab dia kah sebab tanpa sedar aku menelan air liur beberapa kali.

What a gorgeous man!

Pertama yang buat aku terpegun ialah matanya. Warna anak matanya, OO EMM GEE, seperti biru air laut jernihnya, malah kelihatan seperti berombak, bersinar-sinar dipanah matahari. Rambutnya perm namun disikat kemas ke belakang. This man, I can tell, ibu bapanya pasti bukan manusia. Kalau tidak, bagaimana dia boleh mempunyai wajah yang sangat sempurna?!

Keningnya lurus dan terbentuk sedikit di hujung. Mata yang tajam. Hidung yang tinggi dan lurus, please, jika ini bukan sempurna, apa lagi. Hah, aku belum start lagi dengan garisan rahangnya yang tajam. Are you kidding me?!

"Karina," tiba-tiba aku memperkenalkan diriku, mengambil kembali dulang cawan dari tangannya. "Hai, saya Karina," tersengih seperti kerang busuk. Bukan senang berjumpa 'grand prize' macam ni. Jadi tukang lap kasut pun, aku sanggup.

"Ethan."

Sebaik namanya keluar dari bibirnya, pipiku berubah merah padam. Secara spontan, aku menundukkan kepala, menggigit bibirku daripada tersenyum. Gosh! Kenapa nama dia pun cantik?!

"Saya, Ethan." Dia menghulur tangannya memberi salam perkenalan. "Ethan Ary."

**

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now