AGAKNYA KARINA SUKA TAK?

261 24 0
                                    

Ethan's POV

Aku menolak permintaan 'Tuan Shahib' yang mahukan aku bertemu dengannya di sebuah restoran Italy. Aku menolak bukan kerana aku tidak mahu berjumpa dengannya tetapi aku tidak gemar masakan Italy. Alang-alang daripada memberi alasan bodoh, lebih baik aku berterus-terang. Kemudian dia mengajakku ke lokasi lain. Juga aku tolak. Alasan?

"Ada anak kucing yang memerlukan kasih sayang aku sekarang."

Anak kucing apakah?

Memang bukan-bukan alasanku berikan. Aku tidak kenal siapa Tuan Shahib tapi dia mengenaliku dengan jelas. Gelaran 'Putera Kifl' meniti di bibirnya menandakan dia adalah rakyat dari negaraku. Apa tujuan dia menghubungiku? Bagaimana dia tahu aku di sini?!

Kucing tadi, cerita itu separuh benar. Aku bercadang untuk ke pusat penjagaan kucing liar di bandar untuk mengambil seekor anak kucing sebagai binatang peliharaanku. Malangnya, seakan boleh menghidu perbezaanku, semua kucing lari bertempiaran setiap kali aku mahu menyentuh mereka.

"Mungkin yang ini boleh?" Pekerja lelaki yang melayanku sejak tadi menghulur seekor anak kucing berwarna hitam. Warna mata kiri dan kanannya berbeza. Sebelah biru, sebelah kuning. Kecil saja saiznya, sebesar tapak tanganku. Aku menyambutnya dengan berhati-hati. Si hitam langsung tidak takut. Malah ia menggesel pipinya ke tapak tanganku dengan girang.

"Oh! Nampaknya dia sudah memilih tuan yang baru," pekerja lelaki itu tersenyum riang. Muda lagi, mungkin baru lepasan sekolah tinggi. Dan mungkin bekerja di sana sebagai pekerja sambilan sambil membantu kucing yang terbiar mencari tuan yang baru (tekaan saja, entah betul ke tak).

Kebanyakan kucing di sini ialah kucing yang terbiar di jalanan atau tuan lama yang menghantar ke sana kerana sudah tidak dapat menjaga mereka. Daripada aku membeli kucing baka mahal, lebih baik aku mengambil kucing angkat ini.

Agaknya, Karina suka tak?
.
.
.

Seperti sudah dapat ku ramal, hari ini tidak seindah semalam. 'Tuan Shahib' muncul di hadapanku ketika aku keluar dari pusat penjagaan kucing liar, seolah-olah dia sudah mengekoriku sejak aku menolak permintaannya.

Walaupun aku tidak pernah bertemu dengannya, pakaian tradisional negaraku tersarung di badannya sudah cukup untuk aku mengatakan lelaki ini ialah 'Tuan Shahib' kononnya penjaga takhta negara Florance, negara kelahiranku.

Dia mengenakan blazer ketat berwarna hitam berbutang tiga di tengah, menampakkan kemeja putih di dalamnya sementara mengenakan seluar Harem (Harem pant) bermotifkan geometri hitam putih.

Dek kerana dia memperkenalkan dirinya sebagai Tuan Shahib dalam panggilan telefon, aku menyangkakan dia ialah seorang lelaki tua sekitar 70-an. Rupa-rupanya, dia hanyalah seorang pemuda dalam lingkungan usia lewat 30-an atau barangkali seusiaku.

"Tuanku, patik berbesar hati dapat bertemu dengan Putera Kifl Ary setelah bertahun-tahun kami mencari tuanku."

Nama tengahku, 'Ethan' diharamkan kepada sekalian rakyat untuk menyebutnya. Bukan aku sahaja. Seluruh ahli keluarga diraja adalah diharamkan nama tengah mereka untuk rakyat menyebutnya kecuali ahli keluarga sendiri. Kerana itu, lelaki itu hanya menggelarku dengan nama Kifl Ary.

"Aku tak ada masa untuk semua ni!"

"Tuanku, kami perlukan tuanku."

"Putera Kifl Ary dah mati. Yang ada hanya Ethan Ary. Jadi, please excuse me, aku ada tunang yang perlu dipujuk sekarang."

Serius aku tak ada masa untuk memeningkan kepala memikirkan negara yang membunuh ahli keluargaku. Perlukan aku? Go to eff! Kau yang memilih pemimpin kau, jangan nak minta simpati jika pilihan kau tu tidak menepati kehendak kau!

"Raja Tilza sedang nazak. Baginda tiada zuriat untuk diberikan takhta. Hanya tuanku... keturunan sebenar pemilik takhta negara yang berhak dan layak. Baginda begitu menyesal dengan tindakan baginda sebelum ini dan berharap agar dapat menebus kesalahan itu dengan menyerahkan kembali takhta kepada yang berhak."

Kalau bukan kerana aku sedang mengendong bakul kucing ini, memang sudah ku koyak mulutnya yang busuk. Perkataan 'menyesal' dan 'menebus kesalahan' adalah terlalu ringan dengan apa yang dilakukan Tilza, bapa saudara celaka yang aku tidak akan mengaku seumur hidupku.

Demi takhta, dia sanggup menghapuskan keluargaku! HAPUS! Dia bunuh adik-adik aku yang baru berusia 4 dan 6 tahun! Di mana sifat kemanusiaannya dan sekarang dia menyesal?!

"Dengar sini budak! Aku... tidak akan sama sekali menjejak kaki ke negara hina itu. Dia nazak, bagus, aku doakan dia berjaya diterima neraka sebab tiada syurga untuk setan seperti dia! Dan kau... !" Aku meletakkan bakul si kucing ke tanah sebelum mencengkam kolar baju Tuan Shahib.

"Kifl Ary sudah mati... ." Dengan gerakan perlahan, mata biruku bertukar kepada hitam. "Hanya Ethan Ary... ." Kuku ku menajam lalu menusuk ke lehernya untuk beberapa detik. Dia tidak melawan namun riak wajahnya berubah pucat. Hilang terus merah di wajahnya, badannya menggigil.

Namun, di sebalik itu aku tahu dia sudah mengesanku berbeza. Jika benar Raja Tilza mengarahkannya mencariku, bagaimana mudah dia mengetahui bahawa aku ialah Putera Kifl sedangkan usiaku sepatutnya sudah melebihi setengah abad? Dan di sini aku berdiri: muda dan yakin, dan dia langsung tidak berkerlip memandangku.

Darahnya mula mengalir di sepanjang kuku ku. Seharusnya ia adalah makanan yang paling istimewa bagiku kerana bukan mudah mendapatkan darah manusia di awal pagi ini. Tetapi tidak. Darahnya terlalu jijik untuk lidahku, lantas mengelap sisanya ke baju Tuan Shahib.

"Jangan kau muncul di depan aku lagi... !"

**

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now