ROSHAN DATANG?

257 21 6
                                    

KARINA'S POV

Roshan datang? Ke sini? Betul ke apa yang aku dengar? Tapi... kenapa Ethan tak bagitahu aku sendiri? Kenapa mesti Maria yang datang memaklumkan kepadaku tatkala aku masih lagi tidur dengan lena di katil, sedangkan jam sudah menunjukkan angka 12?!

Sekali lagi, aku ponteng kelas. Habislah. Dah dua hari berturut-turut. Kenapa aku tidur sampai tengah hari? Teruknya pengurusan masa. Tapi semuanya salah Ethan! Tengoklah. Aku juga yang bangun lewat, dengan orang gaji yang kejutkan aku. Entah apa pandangan mereka tentang isteri baru tuan mereka.

"Roshan?"

Aku masuk ke sebuah ruang tamu yang terletak di tingkat 1. Berlari-lari anak aku menuju ke sana sambil mengekor Maria di hadapanku. Ruang ini ruang yang baru aku masuki. Roshan berdiri di tengah-tengah sudah menanti kehadiranku.

"Karina." Roshan mendepakan tangannya kepadaku sebelum aku berlari masuk ke dalam pelukannya. Padahal aku baru bertemunya dua hari yang lalu, namun perasaannya seperti sudah bertahun tidak berjumpa.

"I'm sorry... ."

"So you married to my godfather... ."

Roshan tak marah tapi dia kecewa. Aku tahu sebab nadanya begitu pedih. Pelukannya begitu erat sambil memberikan satu ciuman di kepalaku sebelum melepaskanku.

"Hero... ," aku takut untuk mengangkat wajahku memandangnya. Kekecewaannya ialah rasa bersalah yang tidak dapat aku lupakan.

"Tindakan Ethan tak salah," ujar Roshan, perlahan.

Betapa terkejutnya aku sebaik mendengar kata-kata Roshan. Terus ku angkat wajahku dengan dahi yang berkerut.

"Tapi dia patut minta keizinan terlebih dahulu, bukankah lebih elok?" sambung Roshan lagi.

"Tolong... maafkan dia, Roshan... dia pun tak harap perkara ini berlaku."

"Baru sehari, awak dah jadi bodyguard dia hah."

Terus merah pipi ku. Roshan terlalu spontan. "Dia ada alasan... ," ujarku perlahan.

"I know." Roshan mengeluh panjang. "Walaupun... abang faham niat dia tapi... dia tetap kena hormati abang sebagai penjaga awak. Atau mungkin sebab dia fikir dia penjaga abang, jadi dia rasa tak perlu untuk minta keizinan abang."

"You met him?"

"Ethan? Yes, we talked. 2 hours ago."

"Hah?! Kenapa tak bagitahu saya awal lagi?"

"Well, katanya awak terlalu penat. Jadi, dia tak nak ganggu tuan puteri sedang beradu... lewat juga kamu bangun ya. Bukankah ini hari pertama kamu sebagai isteri dia? Kamu bangun lewat seolah-olah kamu masih lagi tinggal seorang diri dan biarkan suami kamu begitu saja. Walaupun abang tak pasti apa seharusnya berlaku pada hari pertama, bukankah lebih elok jika kamu... mungkin ubah perangai?"

"Dia boleh buat apa sahaja yang dia nak... ." Tidak semena-mena, Ethan mencelah perbualan kami, memasuki ruang tamu sebelum berdiri di sisiku. Dia mengenakan sut valentino, entah apa tujuannya berpakaian formal di dalam rumahnya sendiri. Sepertinya dia baharu sahaja pulang dari luar.

"Bukankah sebagai isteri, tugasnya adalah melayan suami?" Roshan mengubah nadanya menjadi keras dan dalam sambil menghadap Ethan.

"Tugas apa? Melayan suami? Tak perlu. Aku tak perlukan layanan. Dia yang akan harus diberikan layanan seperti permaisuri. Dia tak perlu memasak untuk aku, orang gaji boleh buat semua tu. Dan untuk dia, aku yang akan memasak sendiri untuknya. Dia tak perlu buat apa-apa."

"Awak terlalu manjakan dia."

"That's my goal."

"Uncle hanya akan buatkan Karina bertambah malas."

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now