TWILIGHT

265 21 3
                                    

Ethan's POV

Kembang-kempis hidungku dipuji sang isteri. Walaupun hanya dalam kepalanya, barangkali dia terlupa, kami sudah boleh membaca fikiran masing-masing. Dan untuk dia memuja tubuhku (even drolling) di luar bayanganku. See! I knew it! Luaran je malu-malu kucing, tapi hakikatnya... kemahuannya sama sahaja sepertiku.

Like a wild cat. And I'm loving every second!

Masalahnya, sepanjang makan dia membisu. Perasaan malu berhadapan denganku masih tidak dapat dibuangnya sedangkan kami sudah bergaul. Bukankah itu salah satu kaedah membuang sebarang perasaan malu sesama pasangan? Soalanku pun dijawabnya sepatah-sepatah. Geram pun ada. Aku berusaha dengan keras untuk menjadikan momen makan malam ini (atau awal pagi sebenarnya) sebagai momen pertama yang paling diingati isteriku selepas malam pertama.

"Maaf kalau aku... buat kau tidak selesa. Aku hanya bergurau."

Karina mengangguk, perlahan.

"Sedap?" aku menyoalnya kembali selepas ucapan maafku dipandang sepi.

"Sedap."

"Suka?"

"Suka."

"Sayang?"

"Sa- ." Lidahnya terhenti. Tunduk semula.

"Tak sayang, ke?"

Kali ini, dia hanya mengangguk.

"Hmm... ." Aku kehabisan idea. Selama aku bertemu janji dengan wanita lain, aku tidak pernah lost. Tetapi bersama isteriku, aku... hilang arah. Bagaimana hendak memujuknya untuk lebih terbuka kepadaku? Jika dalam kamar, dia begitu terbuka kerana kewarasannya tewas dengan naluri. Namun, di hadapanku, dia... malu.

"Kita... tengok movie?" Idea bodoh. Aku tak pernah suka menonton filem kerana semua jalan ceritanya hampir sama. Tapi barangkali dengan menonton filem, kami akan menjadi lebih rapat dan Karina lebih terbuka.

"Boleh tak kita tengok Twilight?" Matanya marak, bercahaya penuh pengharapan.

Twilight?

.

.

.

Alkisahnya cerita vampire dengan manusia. Budak sekolah, jatuh cinta, serigala jadian, berkahwin, ada halangan, dapat anak, ada halangan. Begitulah ujar Karina, aku mengiakan saja. Teringin juga untuk melihat Edward Cullen. Hebat sangatkah sampai Karina 'jatuh hati' pada dia?

Menggunakan NETFLIX, filem dimainkan dengan projektor ke dinding sementara kami duduk di sofa panjang. Atas permintaan tuan puteri juga ialah popcorn. Berseri-seri wajahnya tatkala filem mula dimainkan. Lampu malap di sekitar kami, bilik TV yang hanya bersebelahan bilik tidur utama. Katanya menggunakan projektor lebih 'feel' berbanding TV. Apa-apa lah, sayang, aku ikut saja.

"Saya jamin awak pasti suka." Dia membetulkan punggungnya, mencari posisi terbaik dan aku di kanannya dengan senyuman lebarnya.

"Aku suka apa yang kau suka," bisikku.

.

.

.

Aku tak sedar aku sedang menonton filem atau aku lebih banyak menonton wajah isteriku. Setiap kali dia tersenyum, aku turut tersenyum. Apabila dia menarik muka, aku terus mengalih pandangan ke skrin, melihat apa yang membuat permaisuriku tak puas hati. Namun, lama-kelamaan aku turut memaku mataku pada layar, sambil tanpa henti mengambil sebutir popcorn setiap kali.

"Aku tak buat macam tu!" Aku tak puas hati.

"Ini fiksyen lah."

"Siapa kata vampire tak tidur?! Mengarut sangat cerita ni."

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now