I'M CRAVING FOR THIS BLOOD! HER BLOOD

454 35 13
                                    

Ethan's POV

Hasil siasatan membawa aku ke kelab malam underground bernama WORM. Seumur hidupku, inilah kali pertama aku menjejak kaki ke pub yang sangat busuk dan bingit. Ia terletak sederet dengan kedai-kedai lama yang menjual lampu, basikal, dan bengkel motosikal. Entah macam mana majlis perbandaran menyusun atur perniagaan di sini. Langsung tidak teratur. WORM pula berada di tengah-tengah deretan kedai mesra keluarga, tidak masuk akal.

Tapi, menariknya tentang pub ni, pengawal yang menjaga pintu masuk langsung tidak memeriksa kad pengenalan pengunjung. Bukan kerana pengunjung bawah umur cuba berpakaian seperti orang dewasa, suasana pub itu langsung tidak menarik anak muda untuk mengunjunginya kerana salah satunya disebabkan oleh pilihan muzik yang dimainkan, 50 tahun punya muzik. Aku pun mungkin baru lahir.

'Aku yang tua pun tak sanggup nak masuk sini. Kalau bukan sebab urusan kerja, jangan harap aku nak datang.'

Menurut sumber, individu yang mungkin boleh membantu kes penculikan Roshan 20 tahun yang lalu berada di sana. Walaupun dia mungkin tidak terlibat dengan kejadian itu, kehadirannya sudah cukup untuk membantu aku dalam menyelesaikan 3 misteri berkaitan setelah penyiasatan tiada hasil sepanjang 20 tahun.

Berdiri di tengah pub, aku melihat kiri dan kanan, memerhatikan keadaan sekitar, pada masa yang sama mencari individu yang aku kehendaki. Menurutnya dia mengenakan sut berwarna biru cair dengan sekuntum bunga ros di poket kirinya. Ugh! How old is he?! Bunga ros?! Really?!

Ya, dia di sana. Di dalam bilik VIP yang terbuka luas pintunya. Duduk dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri sambil menghembus keluar asap dari vape yang disedutnya, seorang diri. Nampaknya dia memang serius dengan penampilan diri. Bukan sahaja dia mengenakan sut, kepalanya juga dihiasi dengan topi koboi berwarna coklat gelap dengan subang platinum berbentuk kunai. Usiaku mungkin 53 tahun tapi pandangan mataku lebih tajam berbanding ketika aku berusia 33 tahun. Jarak penglihatan 100 meter hanya permainan bagiku. Setiap kedut dan garis di wajahnya dapat ku lihat dengan jelas walaupun dalam gelap. Begitu juga dengan deria pendengaran dan bau. Semuanya meningkat selepas peristiwa 20 tahun yang lalu. Tetapi apa yang lebih hebat?

Aku kekal muda.

53 tahun umur ku pada tahun ini, tapi wajahku sama seperti aku berusia 33 tahun. Stamina ku tidak kurang malah lebih berbanding ketika aku 33 tahun. Semuanya lebih hebat. Lebih laju. Lebih kuat. Lebih muda.

Aku langsung tidak mengalihkan pandanganku daripadanya yang tersenyum kambing menanti kedatanganku. Dalam t-shirt putih berjaket kulit dan berseluar jeans, langkahku dengan penuh harapan. Harapan agar semua persoalan terjawab. Entah kenapa aku merasakan dia juga sepertiku. Tiada bunyi degupan jantungnya sampai ke telingaku seolah-olah dia sudah... mati. Seperti aku.

"Welcome, Tuan Ethan. Welcome!"

Kambing, itu gelaran ku berikan kepadanya kerana dia selalu ketawa walaupun perkara yang serius dan bunyinya seperti kambing yang mengembek, walaupun hanya melalui panggilan telefon. Annoying. Kambing mendepakan dada dan tangan dengan harapan aku masuk ke dalam pelukannya? Gila ke apa?!

Tanpa mengendahkannya, aku terus melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengan tempat duduknya seraya mengeluarkan telefon pintarku dari jaket lalu diletakkan di atas meja.

"Aku tak ada masa nak bermain permainan budak-budak ni."

Kambing tertawa, atau mengembek mengikut istilah di kepalaku. Dia kembali ke tempat duduknya, menyedut entah perisa apa vape -nya sekecil sebatang pen sebelum asap keluar berkepul-kepul dari mulutnya.

"Terlalu pantas, Tuan Ethan. Dan kita hanya hidup sekali. Apa salahnya menikmati- ."

Sepantas kilat, tanganku mencengkam lehernya. Kakiku menahan badannya daripada bangun dengan anak mataku telah bertukar dari biru kepada hitam sepenuhnya. The war mode is ON.

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now