WELL DONE, BABY GIRL.

273 26 2
                                    

Karina's POV

Entah bagaimana, sebaik aku membuka mata, kereta itu sudah berhenti. Ia berhenti di dalam bangunan namun aku tidak terlalu pasti kerana di luar begitu gelap. Eh? Macam mana pula aku boleh berbaring di kerusi belakang ni?

Karina!

Aku seakan terdengar namaku dipanggil arah yang aku tidak tahu di mana. Jauh bunyinya. Kepalaku menjenguk ke jendela, pada masa yang sama cuba untuk membuka pintu tetapi tidak berjaya. Keretaku diapit oleh dua buah kereta lagi. Tapi mana si kambing?!

'Karina!'

Ethan?

"Ethan!" Aku menghempas cermin. "Ethan, di sini!" Entah dia dengar ke tidak jeritanku, ia terus-menerus bergema dalam kereta yang semakin hangat. Badanku yang berpeluh sejak aku terjaga, semakin basah bajuku. Aku tidak tahu bagaimana hendak membuka pintu kereta ini.

"Ethan! Ethan!"

Baru aku sedar, gelap di luar bukan kerana malam tetapi asap yang berkepul-kepul, sebelum ia mula meresap masuk ke dalam kereta. Peluh yang ku rasakan kerana bahang dari api yang mula membakar tempat itu di dinding hadapanku. Warna merah bercampur jingga menyinar dalam kegelapan membuatkan jantungku terus berdegup deras.

"Ethaaaaan!"

Aku menjerit sehingga terik urat leher. Manakan tidak, api semakin marak, asap kelabu semakin memenuhi kereta, aku kelemasan. Pintu tidak boleh dibuka. Di setiap pintu aku mencuba. Menarik pemegangnya sebelum menendang dengan kuat. Tiada kesan. Malah setiap tingkap juga aku cuba untuk pecahkan (aku tahu ia mustahil) juga tidak berjaya. Aku tersekat.

Dalam keadaan yang samar-samar, aku cuba mencari objek tajam yang mungkin boleh membantuku memecahkan cermin. Dengan mata yang kepedihan disebabkan asap, batuk ku juga tidak henti-henti. Sudah tidak larat untukku memanggil nama Ethan, sebaliknya berikhtiar untuk menyelamatkan diri sendiri.

'Bertenang, Karina. Dengar sini.'

Ethan!

Aku rasa aku dah gila. Suara Ethan di dalam kepalaku, apa mungkin? Namun, sekali lagi apabila namaku dipanggil, memang benar, suaranya bukan khayalan. Seolah-olah dia berada di dalam kepalaku.

'Kepala tempat duduk pemandu, aku nak kau tarik ke atas dengan kuat. Sekuat yang kau boleh.'

"S-Saya," aku terbatuk lagi. "Awak di mana?"

'Bertenang, please...' Suaranya yang tenang, betul ke ini Ethan yang aku kenal? 'Buka mata...'

'Pedih.' Hanya suara hatiku yang menjawabnya, kali ini. Jika dia boleh bercakap denganku seperti ini, bermaksud aku juga boleh bercakap dengannya melalui fikiranku.

'Please baby girl, open your eyes. Kalau tak, aku tak nampak apa di hadapan kau sekarang.'

Entah yang mana lebih mengujakan: Kami dapat berhubung melalui telepati atau suara Ethan yang lembut yang tidak pernah terbayang di mataku ada pada Ethan yang kasar. Maafkan aku wahai diriku, dalam keadaan cemas seperti ini, aku nak mengaku yang aku sudah jatuh hati pada dia. Dan barangkali, aku takkan sempat luahkan kepadanya pun. Minta maaf.

'Karina Ary buka mata sekarang... !'

Karina Ary?!

Terus terbeliak mataku apabila dia menggunakan nama keluarganya pada namaku.

'Sekarang dengar apa aku nak cakap. Kalau kau nak merajuk, lepas ni. Aku nak kau tarik kepala kerusi pemandu dengan kuat. Buat sekarang.'

'Saya tak tahu.'

'Karina, kau dah tak ada masa. Cepat. Tarik kepala kerusi pemandu, ada picu kecil di antara kepala kerusi dengan badan. Kau tekan sambil tarik kepala kerusi ke atas.'

Aku tak tahu apa yang Ethan maksudkan tapi aku tetap berusaha meraba pada bahagian kepala pemandu dari tempat dudukku di belakang pemandu dengan mata yang separuh terbuka. Pedih yang tak tertahan. Aku rasa aku seperti sudah kehabisan udara. Sebaik jariku tersentuh picu yang lembut berbanding bahagian yang lain, aku menekannya dan pada masa yang sama menarik kepala kerusi dengan pantas. Untungnya, kepala kerusi terus tercabut. Rosak rupanya.

'Well done, baby girl. Now I want you to hit the corner of the front window, next to the driver, hard. Understand.'

Aku mengangguk. Kerana tiada daya ku untuk melepaskan diri, kepercayaan aku serahkan sepenuhnya kepada Ethan. Aku bangkit untuk ke kerusi pemandu lantas menghentam kaca tingkap dengan kuat.

'Bukan di tengah-tengah, sayang. Di hujung sekali, bahagian bawah.'

Ethan, kenapa kau terlalu tenang? Kau di mana? Dan gelaran sayang itu, aku suka.

'Karina, sekarang!'

"B-Baik."

Umpama nyawa di hujung tanduk, aku mengumpul seluruh kekuatan di tanganku sebelum aku menghentam kaca tingkap sekali lagi pada bahagian sudut bawah.

'Kuat lagi.'

Argh! Dengan jeritan yang kuat, pada batang yang tajam kepala tempat duduk itu aku hentam ke kaca sehingga ia pecah berderai. Aku sempat bersorak sesaat sebelum aku tertunduk akibat asap yang semakin menggila. Tetapi tanganku tidak berhenti begitu saja. Aku tetap menghentamnya walau badannya tidak henti-henti batuk dan mataku yang sudah tertutup kerana pedih.

Serpihan kaca yang pecah menusuk jariku tetapi ku biarkan saja. Air mataku mula mengalir deras kerana sakit yang tidak tertahan, ditambah dengan kepedihan yang sudah mengerutkan wajahku. Biarlah. Aku nak keluar dari sini! Aku tidak membersihkan serpihan pada bingkai tingkap untuk keluar. Masaku sudah suntuk. Api sudah semakin marak di depan mataku. Malah bahang yang terasa juga sudah cukup 'memasakkan' aku. Nasib baik terdapat sedikit ruang antara keretaku dengan kereta sebelah, aku dapat keluar namun tidak lari dari menjerit kesakitan. Dalam gelap, aku merangkak keluar sebelum tersungkur ke lantai simen.

Argh!

'Karina, bangun. Keluar sekarang. Pintu tu hanya tujuh kaki dari kau.'

Suara Ethan semakin mendesak walaupun nadanya tenang. Aku tahu dia sebenarnya langsung tidak bertenang. Aku dah faham. Suaranya akan berubah setenang air jika dia ketakutan. Ya, dia ketakutan. Dia takut aku tak sempat.

Dengan menggunakan kudrat terakhir, aku bangun lalu bergerak ke hadapan dengan mata yang kadangkala terbuka kadangkala tertutup sehingga aku tiba ke dinding. Tanganku meraba dinding sebelum berjaya menemukan tombol pintu. Tombol dipusing, cahaya yang terang-benderang terus menyilau pandanganku yang lemah. Cepat-cepat aku menyedut udara yang segar di hadapanku sebaik pipiku di sapa angin, namun hanya berjaya melangkah sepuluh langkah sebelum tersungkur ke lantai berumput.

'Ethan, mana awak?'

'Aku dah dapat kau. Aku datang sekarang. Tolong bertahan!'

Ethan... ?

**

writer's note: so memandangkan next week cuti sekolah, saya akan publish 1 chapter je next week. Rabu je. Lepas habis cuti, baru sambung balik macam biasa.

Terima kasih kepada yang membaca cerita ni XOXO bolehlah share kepada kawan2, twitter, instagram ke, facebook ke, tiktok ke (over la pulak hahahhaa) but I'm really thankful to y'all that support and read my story. I really appreciate that. Lot of love

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now