IS SHE BLONDE?IS SHE SEXY?

256 23 3
                                    

Beberapa jam yang lalu...

Malam yang kelam di Hutan Memori.

Umpama nyawanya di hujung tanduk, Laila berlari sekuat hati untuk keluar dari hutan yang tebal mencari lebuh raya. Entah di mana Ryder, dia sudah tidak tahu. Matlamatnya sekarang ialah menyelamatkan diri.

Dengan bantuan cahaya bulan yang terang, lariannya langsung mara tanpa menoleh kerana dia tahu dirinya sedang dikejar oleh 4 puntianak yang lain. Namanya bergema di dalam hutan setiap kali mereka memanggilnya. Seolah-olah alunan muzik sebelum kematian tiba.

"Laila... ! Laila baby... !"

Gelak ketawa mereka mengilai ke setiap penjuru menyebabkan Laila meningkatkan kelajuannya. Dadanya berombak laju dengan badannya yang cedera parah, sehingga kuasa penyembuh puntianak yang dimilikinya langsung tidak dapat membantu.

"Ethan... tolong aku... ."

Air matanya mengalir deras. Dia tidak menyangkakan riwayatnya akan berakhir seperti itu. Selepas dia dan Ryder dihalau keluar dari rumah agam Ethan, Ryder memandu Aston Martin merah kesayangannya untuk kembali pulang ke kediaman mereka.

"Aku yakin aku pernah nampak dia di Istana Ruby!" Laila masih tidak berpuas hati. Fikirannya hanya tertumpu kepada Karina sepanjang perjalanan mereka pulang.

"Tak payah fikir dah. Sakit hidung aku tak hilang lagi. Gila kuat dia tendang."

Cengkaman Ryder pada stereng kuat dengan kelajuannya sudah melebihi 160 kilometer sejam. Jalan raya yang panjang dan sunyi di sepanjang perjalanan mereka. Hutan menjadi benteng kiri dan kanan memandangkan kediaman mereka terletak di dalam hutan. Kereta juga hampir tiada melalui jalan tersebut. Mudah saja untuk kereta itu memecut laju tanpa gangguan kereta lain.

"Ethan serius nak jadikan dia isteri?! Dia dah hilang akal ke?!"

"Macam mana mereka nak kahwin, bagitahu aku. Ethan tu puntianak dan that girl is just a human. Mana boleh human-vampire bersama."

"But they are. Dia tinggal di rumah Ethan! Bukan rumah kedua, bukan rumah ketiga, bukan rumah kesepuluh tapi rumah agam dia! RUMAH SEBENAR DIA! Dia nak jadikan perempuan tu tuan rumah tu."

"Kau jealous ya? Aku tahulah kau suka Ethan tapi he is not into you, girl. Kau dah kenal dia lebih 20 tahun kut."

"Tell me. Is she blonde? No! Is she sexy? Hell not! Jadi kenapa Ethan pilih dia? Ugh! Aku masih yakin dia orang gaji di Istana Ruby. Mesti Ethan pungut dia dari sana." Laila merengus dengan kerutan dalam di dahi. Kembang-kempis hidungnya menahan geram.

"Berapa ribu orang pekerja istana yang boleh kau cam? Mengarutlah. Kau datang istana pun jumpa Raja Roshan je. Orang gajinya silih berganti. Kalau nak gosip, aku rasa life-style Raja Roshan yang perlu di-highlight-kan di sini."

"Life-style apa?" Laila endah tak endah saja dengan Ryder. Lelaki itu suka bergosip. Lidah celuparnya melebihi perempuan. Pendengarannya lebih tajam daripada kelawar. Ada saja cerita 'orang atas bukit' yang akan dikongsinya setiap hari.

"Aku rasa... Raja Roshan ada masalah mental," ujar Ryder separuh berbisik.

"Oh, gosh, please... ! Itu cerita lama lah. Kan Ethan dah cakap baginda boleh membaca fikiran orang lain. Dia dah sembuh dah pun. Ugh!"

"Itu lain. Yang ni lain!" Ryder menekankan perkataan 'lain'. Defensif bercampur geram. "Aku rasa dia obses nak jadi macam Ethan."

"Ah?"

"Kau tahu tak dia dah belajar menunggang motosikal sekarang? Dia ada motosikal yang sama macam Ethan."

"Lah... apa yang pelik dia ada motosikal yang sama? Company tu bukan buat untuk Ethan, OK? Bukan dia tempah khas pun."

"Dengarlah aku cakap dulu. Dalam istana, cara dia bercakap pun dah macam Ethan. Dengar katalah, sejak dia naik takhta, dia mengamuk setiap hari, menyumpah semua orang, sama seperti Ethan. Lepas tu cara berpakaian pun dah lain. Dulu dia akan sentiasa mengenakan sut pejabat. Tapi sekarang, dia pakai jaket kulit di pejabat raja! Kau nampak tak?"

Soalan Ryder dibalas dengan menguap. Malas Laila nak melayan Ryder si kaki gosip. Pandangannya dilontarkan keluar. Pada ketika itulah dia ternampak empat lembaga dari arah luar sedang berlari sepantas kilat tepat ke arahnya, lalu menghentam pintu kereta di bahagiannya walaupun kereta sedang bergerak laju.

"Ryder, elak!"

Aston Martin merah berpusing beberapa kali di tengah jalan akibat hilang kawalan sebelum ia terkeluar dari jalan raya, masuk ke dalam hutan. Selepas itu, semuanya kabur.

Dan sekarang, pada saat itu, detik itu, Laila sedaya upaya melarikan diri dari empat puntianak yang mengejarnya demi menyelamatkan diri. Pada masa yang sama, dia cuba menghubungi Ethan. Namun, hanya suara mesin yang menjawab. SWITCH OFF.

Ah! Rambutnya ditarik ke belakang menyebabkan badannya juga tertarik sama. Telefon di tangan jatuh ke tanah. Dia sudah ditangkap. Laila dihumban ke tanah sambil dikelilingi oleh empat raksasa yang entah dari mana muncul. Dan lebih menakutkan, mereka tahu namanya. LAILA.

"Giliran kau!"

Jeritan tragis Laila sayup-sayup kedengaran dari bahu jalan raya utama. Nadanya pilu namun hanya dibiarkan saja. Seorang lelaki menyandar di badan Lamborghini Aventador sambil menghidupkan mancis sebelum api yang muncul dihalakan ke hujung rokok. Perlahan-lahan, asapnya disedut dalam sebelum dihembus keluar, panjang. Untuk beberapa minit, dia menikmati rasa nikotin di dalam rokok, pada masa yang sama 'menari' dengan tangisan Laila.

Tangisan wanita itu berhenti sama dengan masa habisnya rokok di bibirnya. Telinga dipasang untuk memastikan tangisan itu benar-benar sudah terhenti, barulah dia menghumban sisa rokok ke tanah lalu dilenyek dengan kasut kulit gelap.

Seorang wanita sedang menantinya di dalam kereta, menurunkan cermin kereta lalu memanggilnya dengan manja.

"Sayang, masuklah... dah habis, kan?"

"I'm coming, baby."

Dengan deruan enjin yang mengaum kuat, Lamborghini Aventador kembali masuk ke jalan raya, membelah malam yang kelam. Ia sudah berakhir. Tinggal seorang.

Ethan Ary.

**

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now