DO YOU EVEN KNOW WHO I AM?

245 23 4
                                    

Ethan's POV

Aku termenung di beranda sambil bermain-main dengan telefon pintarku di tangan. Jam sudah menunjukkan angka 2, bermakna matahari akan muncul dalam tempoh 4 jam lagi. Dengkuran perlahan Karina menarik perhatianku kepadanya yang berbaring dengan dibaluti sepenuhnya dengan selimut dari aras dadanya ke bawah. Kesian isteriku. Langsung hilang suaranya disebabkan keserakahanku. Maafkan aku, sayang. Ia tidak boleh dikawal.

Dengan hanya berseluar pendek, aku mengambil angin di luar demi menghilangkan kekusutan yang mengganggu fikiranku. Awalnya aku ingin bersemuka dengan Roshan namun mesej daripada Daniel mematikan niatku. Dia tidak mahu berjumpa dengan aku mahupun Karina kecuali pada hari Jumaat, 3 hari dari sekarang.

Walaupun aku bengang terhadap Ash, Roshan tidak terlibat. Dia tidak tahu apa-apa pun tapi dek amarahku terhadap ayahandanya menyebabkan aku membuat keputusan untuk meminggirkannya. Hanya selepas perkahwinan kami didaftarkan, rasionalku kembali semula. Aku sepatutnya meminta keizinan daripada Roshan, walau apa pun. Karina tetap adiknya.

Aku perlu menghubungi Roshan. Jika tidak, perasaan bersalah ini akan berterusan. Dia perlu tahu yang aku tidak pernah mengambil kesempatan terhadap adiknya, apatah lagi menidurinya. Kalaulah aku tahu Karina ialah adiknya di awal pertemuan kami, sudah pasti aku tidak akan membuat kontrak darah dengannya. Kenapa aku perlu khianati anak angkat yang aku jaga sejak 20 tahun yang lalu hanya untuk seorang wanita?

Namun haruman Karina tidak mungkin dapat ku abaikan. Jika kami bertemu di istana sekalipun dan harumannya menyentakku, aku tetap akan mengejarnya. Tetapi mungkin, dalam cara yang berbeza. Barangkali cara yang lebih terhormat dengan meminta keizinan daripada Roshan terlebih dahulu, aku tak tahu. Jadi benarlah haruman yang ku cium pada malam itu ketika aku tiba di istana. Ia memang milik Karina.

Aku mencari nama Roshan dalam kontak telefon sebelum menekan butang hijau. Entah dia akan mengangkat panggilan ku atau tidak. Walaupun sudah jam 2, aku sangat yakin Roshan masih terjaga.

"Oh, it's you." Suaranya kelat. Aku sudah menduga.

"Roshan."

"Are you done effing my sister, godfather?"

Aku menarik nafas panjang. Perkataan 'godfather' ditekan dengan keras. Layanan dingin ini sudah ku duga. Namun untuk Roshan menanyakan soalan yang hina itu membuatkan aku sedikit terkilan.

"Let's meet."

"For what? To explain why you eff my sister? Or... to send your wedding card to me?"

"Roshan, stop using the eff word! I AM NOT DOING YOUR SISTER!"

"Jadi mengandung sebelum mendaftar perkahwinan itu apa? Main... masak-masak?"

"She is not pregnant. I lied."

"Berapa banyak lagi penipuan yang uncle sudah lakukan kepada saya? Karina tak mengandung, OK, very good, well done. Dia... sudah menukar namanya kepada nama keluarga uncle. Very good, Karina, very good. Nampaknya menjadi adinda raja tidak memberi jaminan yang kuat kepada adik saya untuk menukar namanya kepada nama keluarganya sendiri, sebaliknya kepada nama pengasuh saya.

Ethan Ary, you are just my godfather. Tidak bermakna jika Karina berkahwin dengan uncle, secara automatik uncle akan menjadi ahli kerabat diraja. Tidak. Keturunan kamu, tidak sama sekali akan mewarisi apa-apa daripada keluarga diraja Syrus!"

"Don't question my status kalau kamu tidak tahu sejarah uncle. Do you even know who I am?"

"Anak yatim dari negara yang bergolak, meminta perlindungan kerana kononnya keselamatan diancam. Just a mere peasant. Saya tak faham kenapa nenda menghadiahi uncle sebidang tanah yang terlalu luas untuk pelarian dari negara tu."

"Peasant? What the- Itu yang Ash bagitahu kau?!"

"Ayahanda cuma bagitahu perkara yang benar. Kalau bukan petani, mungkin some landlord tapi that's it. Uncle dan Karina langsung tidak sekufu. Adik saya ialah anak raja dan uncle pula... sekadar anak tuan tanah mana-mana."

"You really have no idea what you're talking about, kid. Tapi jika Ash yang bagitahu kau macam tu, aku tak heran. Your sister, she's staying with me, forever. Kau tak boleh jaga dia sebab kau tak tahu musuh apa yang datang kepada dia. Sebab itu, aku memperisterikannya secepat yang mungkin untuk menjamin keselamatannya."

"Keselamatan apa?!"

"Raja puntianak sedang memburu dia. Satu-satunya cara untuk dia selamat ialah dengan menandai dia dengan tandaku, which is sudah berlaku. Like your question, am I done effing your sister? No, kid, I am not done. I will do it again. And again. And again. Till her mind is effing clear as water and forgot the sorrow she had since she was born. Itu sumpahku. Kau... tak perlu bimbang jika dia dikecewakan sebab aku takkan biarkan satu pun menggugat hatinya. Dia akan lupakan kau. Dia hanya perlukan aku seorang untuk dia bahagia."

"I'm coming to get to you, godfather. Just wait and see."

"I am ready."

Perbualan kami terhenti di sana. Aku tak tahu adakah ia pengakhiran yang baik atau tidak. Karina, dia nampak begitu gembira namun aku boleh merasa emosinya. Emosi kami sudah berhubung jadi aku dapat merasakan kesedihan jauh di sudut hatinya. Sudah pasti. Roshan ialah abang kandungnya. Sudah pasti dia sedih apabila abang kesayangannya tiada pada hari yang penting ini. Ah, semuanya salahku. Aku hanya terbayang wajah Ash, aku tidak terfikir kesannya kepada Roshan.

Namun reaksi Roshan ternyata di luar imaginasiku. 20 tahun kami bersama ternyata aku masih tidak mengenalinya dengan dalam. Rupanya begitu pandangannya terhadapku selama ini. Just a mere peasant. A peasant! Hah, ada aku kisah? Hartaku lebih berganda banyak daripada dia.

Cuma aku tewas pada kuasa. Aku tiada kuasa. Untuk humble kan budak ni, aku perlu dapatkan kuasa. Ugh! Roshan buat aku panas hati. Si puntianak dalam badanku sedang membuak-buak kemarahannya. Padahal aku hendak berhadapan dengannya seperti gentleman (ya, aku mengaku melarikan Karina juga bukan tindakan gentlemen sebab tu aku nak minta maaf) namun dia memilih untuk membuat provokasi.

[I'll come to your house tomorrow. To meet my sister.]

Mesej daripada Roshan masuk. Sekilas ku menoleh ke dalam bilik, merenung wajah isteriku yang begitu lena tidurnya. I'm doing this for you, baby. If seeing Roshan makes you happy, I'll do it.

[You are welcome.] Balasku.

**

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now