KEEP BREATHING!

286 21 2
                                    

Ethan's POV

Jadi ini pengakhiran ku?

Raungan Karina kedengaran walaupun badanku sudah melayang. Berapa lama aku akan sampai ke tanah. Sakit kah nanti? Ini kali kedua aku dibunuh oleh makhluk yang sama. Tapi kali ini aku lebih kesal. Kesal kerana banyak perkara yang sepatutnya aku lakukan bersama Karina tidak dapat aku tunaikan.

Berbulan madu ke seluruh Eropah. Cincin perkahwinan yang ku tempah. Si kucing hitam yang belum sempat ku berikan kepadanya. Menghabiskan set filem Twilight. Dan membawanya ke kampung halamanku.

Air mataku mengalir deras, sakitnya meninggalkan dia bersendirian. Karina, maafkan aku. Kalaulah aku mengabaikan saja mesej Tuan Shahib, kita ada masa sehari lagi untuk mencipta memori bersama. Raja puntianak menyedut keluar darah bersama-sama rohku.

Memori pertempuran berdarah 20 tahun yang lalu berlegar di depan mataku. Mayat bergelimpangan di bawah kaki. Kasutku hilang entah ke mana, menjadikan kakiku diselaputi darah yang pekat. Begitu juga dengan kedua-dua tapak tanganku. Barangkali mukaku juga, kerana aku merasakan sesuatu mengalir di pipi. Darah ahli pasukanku yang tumpah akibat serangan hendap tentera musuh terhadap pasukanku.

Di bawah terik pancaran matahari, aku berdiri terhuyung-hayang dengan penuh kekeliruan. Bau peluh bercampur darah dan debu, meloyakan tekakku. Pada sisi kiri pinggangku, dua biji peluru terbenam menyebabkan darahku tidak henti-henti mengalir.

"Ash... Ash... ." Aku mencari sahabat baikku. Dia bersama Roshan di dalam kereta kebal. Namun kereta itu juga telah dibom. Serpihan kereta bertaburan. Padang pasir yang menjadi pemisah antara utara dengan Syrus.

"Putera Kifl."

Aku terus menoleh dengan riak yang terkejut. Siapa yang tahu nama sebenar ku? Pisau kombat ku acu kepadanya, satu-satunya senjata yang ku miliki sehingga ke saat akhir.

"Kau ada dua pilihan. Sekarang atau masa depan," ujarnya.

Apa?

Dia berjalan ke arahku tetapi kakinya tidak memijak tanah. Badannya terapung berjalan memijak udara. Apa benda dia ni?! Kenapa dia terapung? Dia bukan manusia?!

"Kau ialah pemburu puntianak," ujarnya kepadaku. "Tapi mulai saat ini, darah kau akan menjadi yang pertama dalam sejarah pemburu menjadi puntianak. Betapa kecewanya orang tua kau jika mengetahui puteranya kini menjadi bangsa musuh mereka."

Pemburu apa?!

Aku langsung tidak mengerti. Duniaku bertukar menjadi gelap-gelita. Pada masa yang sama, aku merasakan badanku seperti ditusuk dengan racun yang panas di leherku, mengalir ke seluruh badan.

Argh! Argh! Bergegar badanku menahan kesakitan. Ada ketika aku hanya mampu mengetap gigi menahan daripada menjerit.

.

.

"Buka mata!"

Aku tak faham. Suara siapa pula ni?

"Ethan, buka mata! Breathe!"

Suara itu menarikku untuk membuka mata. Panas yang terik bertukar menjadi malam yang dingin. Pandanganku kabur tapi aku melihat tiga individu sedang mengelilingiku.

"Ethan, keep breathing. Ambulance akan sampai tidak lama lagi." Aku tidak dapat mengecam wajah mereka tapi suara itu amat ku kenali. SI KAMBING.

Aku di mana? Tadi aku... di utara dan sekarang...? Ah... pandanganku menjadi semakin kabur, akhirnya ku biarkan mataku tertutup kerana tidak dapat menahan beban di kelopak. Badanku kepenatan. Fikiranku melayang. Suara yang ku dengar sudah hilang. Hanya haruman yang berlegar. Namun haruman isteriku yang paling kuat. Sepertinya hanya dia yang berada di sisiku sekarang.

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now