MARRY ME, KARINA

395 33 1
                                    

Karina's POV

Dia merbahaya. Renjatan elektrik tatkala jari kami bersentuhan menandakan keadaannya bukan seperti manusia biasa. Aku sangat yakin. Roshan, rakan sekelas, malah jiranku, semuanya hanya sama setiap kali aku menyambut salam mereka. Tetapi tidak dia. Dia berbeza.

Takut? Ya... aku takut. Tangannya dingin. Terlalu dingin sedangkan aura di sekitarnya terlalu gelap seperti api yang membakar secara senyap. Pandangannya tajam menusuk ke dalam jiwaku yang lemah. Supernatural bukan perkara yang biasa namun ia tidak mustahil. Paling ketara, aku sendiri.

"Awak bukan manusia." Genggaman tangan dilepaskan, berundur selangkah ke belakang. Ya, wajah tampannya berjaya memikat ku tetapi dia... dia bukan manusia biasa. Bukan lelaki biasa. Dia... berbeza. Sangat berbeza.

"Jangan pergi, please... ."

Dia merayu?!

Lagilah aku takut!

"You have a black heart... ." Tanganku mula menggigil. "It's unnatural... ." Suara ku bergetar, tidak keruan. Pandangan matanya sudah berubah. Padahal untuk sesaat tatkala mata kami bertamu, aku merasakan suatu perasaan yang aman muncul. Perasaan yang membuatkan aku diselimuti perasaan... sayang. Sayang?

"Apa yang saya buat? Karina, Karina?"

Tidak. Namaku dipanggil tapi kedua tapak tanganku menelekap telingaku, menghalang suaranya daripada 'memujuk' ku. Harumannya yang segar bak udara yang muncul di atas dedaun hijau selepas hujan telah bertukar menjadi bau besi karat yang dipenuhi darah. Dan anak matanya bertukar warna, berselang-seli biru kehijauan kepada hitam... dan merah.

"A vampire?" Nafasku seakan terhenti sebaik perkataan itu terkeluar dari mulutku. Kakiku semakin berundur, menjauhinya yang kelihatan keliru dengan tindakan ku. Namun, lebih mengejutkan apabila dia langsung tidak terkesan dengan perkataan 'vampire' yang aku lafazkan, dia sudah menduga. Pandanganku turun ke kuku jemarinya yang mula memanjang dan menajam, dua inci, tiga?

"How do you know?" soalnya, kini nadanya sudah tidak semesra tadi. Aku dapat rasakan kemarahannya. Kekecewaannya di balik anak matanya yang hitam pekat. Perlukah aku jelaskan? Mana mungkin manusia biasa boleh bertukar warna anak mata, dan kukunya berubah. Apa? Ini bukan sudah jelas.

"So, it is true."

"You sense me different. How?"

Semakin panjang langkahku ke belakang, semakin dekat dia menghampiriku. Aura gelap di sekitarnya kini mengelilingiku. Kiri, kanan dan belakang, kakiku tidak dapat meneruskan. Lututku longlai, terduduk ke lantai sambil mengelak dari bertembung mata dengannya.

"Jangan dekat!" Entah kenapa, air mataku mengalir. Bermula perlahan, kini semakin deras. Aku langsung tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Semakin berat, semakin sakit, seperti dia ialah pencabut nyawaku. Tetapi bukan kerana ketakutanku kepadanya, ia adalah bertentangan. Perasaan yang tidak dapat aku gambarkan. Takut, pada masa yang sama... bahagia?

"Awak... takut?" Suaranya bertukar lembut. Atau lebih tepat, bimbang. Aku mengangkat kepala perlahan-lahan. Hah, dia berdiri jauh. Kenapa aku fikir aku di bawah kakinya?

Aku mengangguk, sambil menyapu air mataku yang masih deras. Menangis macam budak-budak, bodohlah! Memalukan. Karina, kau yang asyik berkhayal nak Edward Cullen, kan? Nah, ambik kau! Your Mr. Edward Cullen is here.

"My secret is exposed." Ethan mengusap rambutnya ke belakang, melepaskan ketawa yang penuh dengan kekecewaan. Dia tidak memandangku. Kiri kanan atas bawah tetapi bukan ke arahku. Sepertinya dia malu. Kuku di tangannya kembali seperti biasa. Warna anak matanya juga kembali seperti air laut jernihnya.

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now