ETHAN ATAU KARINA?

245 22 2
                                    

"Saya mahu berjumpa dengan Tuan Ethan."

Tuan Shahib berada di pejabat raja atas pelawaan Roshan bagi membincangkan hal antara dua negara.

Selepas mereka menikmati santapan pagi bersama, mereka meneruskan perbincangan yang lebih santai di pejabat raja.

Permintaan Tuan Shahib amat mengelirukan Roshan kerana Ethan hanyalah pengasuhnya dan tiada kaitan dengan pentadbiran negara.

"Maafkan saya, prof. Ethan ialah penjaga saya tapi dia tidak terlibat dalam pentadbiran negara."

"Kalau begitu, dia hanya pengawal peribadi awak?"

"Dulu. Sekarang, Liam."

"Kenapa?"

"Hmm." Roshan keberatan. Mana mungkin dia berkongsi maklumat Ethan ialah vampire. Sedangkan pekerja dalam istana hanya melihat Ethan sekali dua, bimbang mereka curiga akan wajahnya yang tidak berubah dimamah usia.

"Uncle Ethan sangat sibuk dengan pekerjaannya. Syarikatnya berkembang dengan sangat pantas. Kerana itu, dia tidak perlu lagi berada bersama saya. Tugas bodyguard sangat berat."

Tuan Shahib mengangguk, seolah-olah bersetuju dengan Roshan.

"Awak ada adik?" soalnya lagi.

"Adik, ya, saya ada adik."

"Kenapa saya tak nampak dia pada makan malam kita semalam?"

"Oh, itu... dia masih bersekolah. Jadi, dia sering sibuk dengan pelajarannya. Saya tidak mahu mengganggu."

"Awak sangat prihatin dengannya."

"Sudah pasti, prof. Adik saya ialah segala-galanya untuk saya."

"Jadi pastinya awak sudah bersedia sekiranya dia mendirikan rumahtangga suatu hari nanti?"

Roshan menggeleng dengan senyuman hambar. "Saya tak pernah terfikir perkara itu. Saya biarkan dia memilih sendiri. Tapi buat masa sekarang, saya belum bersedia apa-apa. Dia masih muda. Mungkin kalau teman lelaki, saya boleh terima lagi. Tapi untuk suatu perkahwinan... not yet."

"Roshan, sebenarnya saya ada hajat."

"Hajat apa, prof? Jika tidak sukar, saya akan tunaikan."

"Saya ingin mengahwini adik awak."

Roshan ternganga. Memikirkan adakah ia benar-benar keluar dari mulut Tuan Shahib atau sekadar khayalannya. "Prof?"

"Saya ingin mengahwini adik awak."

Roshan tidak dapat menahan geli di dalam perutnya lalu tertawa terbahak-bahak. Malah, Liam yang berdiri di belakang Roshan juga cuba menahan dirinya dari tertawa. Dia hanya mampu menggigit isi pipi namun bahunya yang tergerak-gerak memberi respons yang sama seperti gelak ketawa Roshan.

"Maafkan saya, prof, saya... gurauan prof sangat kelakar. Saya... tak boleh tahan ketawa."

Tuan Shahib masih mengekalkan riak yang tenang. Barangkali dia sudah menduga reaksi Roshan. "Kalau begitu, saya mahukan Ethan sebagai pertukaran."

Terus berhenti ketawa Roshan apabila Tuan Shahib sekali lagi menyebut nama Ethan. "Pertukaran? Pertukaran apa? Saya tak faham maksud prof."

"Saya kata saya mahu mengahwini adik awak. Tapi saya kira awak tidak bersetuju, jadi serahkan Ethan kepada saya."

"Kenapa saya perlu serahkan ayah angkat saya kepada prof?"

"Sebab awak tiada pilihan."

Entah apa yang Tuan Shahib cuba sampaikan, Roshan kebingungan. "Prof, are you okay?"

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now