My Brother is King Roshan

750 48 4
                                    

Karina's POV

'Datang malam ni. Abang nak jumpa awak.'

Tanpa mengalih pandangan dari TV, aku mencapai Swave 10: telefon pintar 6 inci muka berwarna jingga dengan fungsi 3 tahun terkebelakang (cukup aku katakan, ia terlalu outdated, tak penting), hanya memeriksa sekilas nama penghantar mesej.

HERO.

OK, just Hero.

Swave-10 kembali ke sisi kiriku. Malas nak melayan 'abang kandungku' yang terpaling royalty ni. Lebih baik aku bermalas-malasan, relax atas sofa yang empuk ni, dengan selimut berbulu tebal putih membalut sehingga leherku kerana terlalu dingin dek penghawa dingin yang berdesup anginnya.

Semua lampu di dalam kediamanku jenis studio 400 meter persegi ditutup kecuali lampu meja di kanan ku. Di atas meja kopi hadapanku, semangkuk popcorn perisa caramel bersama air kosong 1 liter dalam botol harian hitam sebagai pelengkap hari sabtu, hujung mingguku.

Namun hari ini lebih istimewa. Abang kandungku, satu-satunya ahli keluarga kandung yang aku miliki dalam dunia ini, Roshan namanya atau Hero, nama panggilannya: tinggi, a little bit tan dan sangat tampan yang tak boleh diungkap dengan kata-kata (well, high straight nose, sharp jaw, thin lips, sleepy eyes, broad shoulder, apa lagi? Golden body proportion with a little mole under his left eyes. OK I describe enough. Yes. He is my brother) akan dimasyhurkan sebagai raja negara Syrus yang baru.

Baru berusia 26 tahun, 3 tahun tua daripadaku tetapi kami tinggal dalam dunia yang berbeza.

Kadangkala aku terfikir betul ke kami ni adik-beradik kandung. Roshan diam di Istana Ruby (of course, istana raja di atas bukit Ruby, pinggir bandar Ruby) sementara aku, adik rahsianya diam di apartment studio di tingkat 1 atas rumah kedai di tengah-tengah bandar Ruby.

Dia mempunyai lebih daripada seribu orang gaji dan pembantu dengan pertolongan yang tidak putus-putus sedangkan aku tiada. Sut formal bertali leher ialah pakaiannya seharian sementara aku? T-shirt dan jeans. Dah tu pakai berulang kali pula tu. Manalah aku tak terdetik yang kami ni bukan adik-beradik.

Tengoklah saja kereta yang dia pandu. OK minta maaf, pembetulan, kereta yang dipandu oleh pemandu dia. Aku pula? Of course aku ada driver juga. A bus driver.

Penjaga kami juga berbeza. Penjaganya bernama Ethan Ary. Dengar kata dia ialah ketua panglima tentera pasukan tentera peribadi ayahanda suatu ketika dahulu, yang juga merupakan kawan baik ayahanda. Mereka kenal sejak di bangku sekolah lagi dan bersama-sama menyertai pasukan tentera Syrus ketika usia mereka mencecah 19 tahun. Aku tak pernah berjumpa dengan beliau. Tak pernah sekalipun dalam tempoh 20 tahun ni.

Penjagaku pula, pasangan suami isteri dari keluarga Kalan. My papa, Doktor Joshua Kalan ialah bekas pegawai perubatan pasukan tentera ayahanda dan my mama, Mia Kalan ialah wanita yang paling lemah lembut pernah aku kenali dan merupakan seorang surirumah.

Dan sekarang, aku di sini, duduk mengadap TV di ruang tamu rumahku, menyaksikan abang kandungku dimasyhurkan sebagai Raja Syrus yang baru. Segak dengan sut putih dan robe jubah berwarna hitam merah dan emas bermotif naga. Mahkota sudah terletak di atas kepala, sebelum lafaz ikrar dibaca.

Wait a minute!

Mataku marak sebaik melihat Roshan duduk di singgahsana dengan tanpa secalit senyuman pun di bibir. Pantas ku capai kembali telefon pintarku lalu membuka mesej yang baru ku abaikan semata-mata untuk melihat abangku secara langsung di TV.

HERO. 

Hero?!

Nama penghantar mesej ialah Hero. Hero ialah Roshan. Dan Roshan berada di atas singgahsana, mendengar khutbah ringkas daripada ketua Majlis Raja-raja!

[Hero, what the... ?! Awak tengah duduk di atas singgahsana! Ini LIVE, kan?]

Aku terus membalasnya tanpa berlengah. Kegilaan apa dia menghantar mesej sambil duduk di hadapan beribu orang?! Dan lebih dahsyat, ia ialah siaran secara langsung. Tak nampak pun telefon di tangannya.

Beberapa saat kemudian, bunyi 'ting' kedengaran.

[Oh, awak tengok ke? Bosan, kan? Abang rasa macam nak tercabut soket mata ni menahan daripada tidur. Orang tua berambut putih tu bercakap lebih lambat dari kura-kura.]

[Macam mana abang tulis mesej ni?! You are being so rude, brother.]

[I don't need finger to text, sister. My brain is enough. Mana ada orang hantar mesej guna jari dah sekarang. Atau telefon kamu masih outdated? Hah, abaikan. Malam ni datang istana ya. Abang nak perkenalkan kamu dengan penjaga abang.]

[Saya akan datang kalau abang berhenti mesej saya.]

Terus dia berhenti.

Huh! Aku memang sayangkan abang aku sepenuh hati. Dia manjakan aku sampaikan aku benci semua bekas teman wanitanya, terutama sekali teman wanitanya yang terakhir. Sedangkan dia sempurna fizikal dan IQ, aku berasa sangat rendah diri. Dia memiliki kecantikan wajah bonda dan ketinggian IQ ayahanda sedangkan aku... sangat plain, setiap tubuhku penuh dengan lemak yang sangat degil tak mahu hilang pun. Keputusan pelajaranku pun, biasa-biasa saja. Satu-satunya persamaan aku dan Roshan ialah warna anak mata kami. Dan DNA, ya.

Datang ke istana... ?

Hmm... bukan kegemaranku datang ke istana. Aku tak rasa pun aku ni puteri raja. Tak tahulah apa yang dayang istana fikir setiap kali aku ke sana. Macam aku tak nampak jelingan maut mereka setiap kali kaki ku melangkah masuk ke kediaman abang aku. Alah, macamlah mereka ada peluang nak menggoda Yang Mulia Putera Roshan, opps, sekarang Raja Roshan. Seorang-seorang mata tu macam nak tersembul keluar melihat Roshan melintas. Apa handsome sangat ke dia?! Biasa je pun aku tengok. Mungkinlah handsome sikit dari orang yang pernah aku jumpa tapi tak perlulah nak tunjuk sangat 'lapar' tu. Huh!

[Jangan lupa datang ni.]

Datang lagi mesej dari Roshan. Sekali ku toleh semula ke TV, dia masih lagi duduk di tempat yang sama, dengan mata yang semakin kuyu dan berair, menguap lah tu. Haih, abang aku ni, sabar jelah

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now