JANGAN SEBUT PERKATAAN MODEL!

262 23 2
                                    

Karina's POV

Ethan menyediakan bilik yang berbeza kali ini. Entah berapa banyak bilik yang ada di kediamannya. Sungguhpun katanya ada lebih 100 orang gaji di rumah itu, hanya 3 orang saja yang muncul di hadapanku. The butler, ala Chris Evans. Orang gaji kamarku, seorang wanita berusia dalam lingkungan 60-an dan seorang tukang masak, chef lelaki seusia Ethan. Katanya bilik itu lebih selesa dan luas. Tapi aku berharap bilik itu mempunyai tingkap. Tak tahan aku tinggal dalam bilik kotak tertutup.

"Woah... ." Mulutku ternganga. Kakiku terpaku di muka pintu sebaik memasuki bilik sementara ku. Aku pikir kamarku di istana sudah cukup mewah. Tetapi rupa-rupanya, kamar ini 10 kali ganda lebih hebat dan besar berbanding di istana.

"Suka?" soalnya sambil tersengih, berpeluk tubuh seperti menunjukkan kuasanya di sampingku. Berlagak, huh.

"Semua dalam bilik ini kepunyaan kau. Pakaian kau," dia memandangkan dari atas ke bawah. "Aku tahu kau suka dengan hoodie dan jean tapi aku juga sediakan gaun dan blaus untuk kau. Jangan risau, hoodie ada banyak. Kalau tak cukup, ambil dari bilik aku. Aku ada dua almari penuh dengan hoodie."

"Awak ada harta sebanyak ni. Tapi... awak upah UBER? Awak tak ada kereta?"

Ethan tergamam. Seperti terpampang seluruh sejarahnya bersama kereta di depan matanya. Aku tak tahu ia perkara baik atau tidak. Tapi reaksinya yang kaku, seakan mengenang cerita lama yang sedih membuatkan aku rasa bersalah.

"Eghm. Naik motosikal pun, seronok. Laju." Ayat memujuk, aku memaksa diriku ketawa. "Saya tak pernah naik motosikal. Seronok juga."

"Kau suka kereta apa?" Ethan masih dengan isu 'kereta'.

"Ah?"

"Apa kereta idaman kau?"

"S-saya...? Tak ada. Saya tak ada lesen kereta pun." Aku memaksa diriku ketawa lagi. Harap-harap kuranglah tekanan Ethan.

"Berehatlah." Dia terus beredar.

Ah? Begitu saja? Alamak, aku dah buat dia merajuk lagi ke? Kenapa lelaki ni suka merajuk?! Mungkin darah dia jenis B. Sukar untuk dijangka. Asyik berubah-ubah. Betul dah tu. Sekejap romantik. Tak sampai lima minit merajuk.

Ethan's POV

Aku tak ada kereta.
Aku tak ada kereta.
Aku tak ada kereta.
Argh! Ini amat memalukan. Harta aku setinggi langit tapi sebuah kereta pun tiada. Dan aku hanya mempunyai sebuah motosikal. Tak sangka akan sampai juga hari aku terpaksa menggunakan kereta.

"Oh Roshan, maaf, uncle tak boleh datang malam ni." Roshan menghubungiku tidak lama kemudian. Sepatutnya aku sudah berada di istana. Tetapi drama yang amat panjang hari ini amat memenatkan. Aku menghempas badanku di atas katil lalu memejam mata, membiarkan telefonku dalam keadaan loudspeaker di kiri ku.

"Tak apa. Adik saya pun tak boleh datang. Saya syak dia dah ada boyfriend. Sebab asyik mengelak dari berjumpa saya. Dan dia dah ada nombor telefon baru?! Suspicious."

"Biarlah dia ada boyfriend pun. Bukannya remaja lagi."

"Siapa berani menyentuh adinda raja! Tak boleh! Lelaki itu perlu melalui saya terlebih dahulu, baru boleh bercinta dengan adik saya. Entah-entah dia nak ambil kesempatan. Adik saya sangat jujur."

"Roshan, kereta apa yang sesuai untuk wanita?" Sakit kepalaku memikirkan isu adik Roshan. Abangnya ni pun, tak perlulah mengongkong sangat. Habis zaman muda orang tu kalau dia dikongkong.

"Uncle nak beli kereta?! Ini sangat ajaib. Untuk tunang uncle, ke? Untungnya dia. Cemburu saya."

"Kereta apa?"

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now