BEHAVE YOURSELF!

341 34 0
                                    

Ethan's POV

Bukan sukar untuk menemui wanita misteri itu. Harumannya berlegar di sekitar tatkala aku memasuki WORM. Walaupun wajahnya masih samar-samar, ia sudah cukup membuatkan anak mataku berbolak-balik berubah warna. Selagi ia tidak stabil, selagi itu aku tidak akan merapatinya. Tapi ini bukan masalah besar sebenarnya. Aku hanya perlu mengenakan kaca mata hitamku (walaupun tak logik mengenakan kaca mata hitam dalam gelap). Done. Masalah terbesar aku ialah taringku! Ikutkan hati memang penuh dengan sumpah seranah.

Memilih untuk menyendiri di kerusi bar, aku hanya memesan air kosong. Dada ku berombak laju kerana keberadaannya di dalam ruang itu, berjalan mundar-mandir membawa dulang minuman. Macam mana aku nak dekati dia?

'Ethan, kau memalukan aku lah. This is your expertise, man!'

'Aku tak siaplah, bodoh! Dia bukan wanita biasa. Kalau gigi vampire kau tak buat hal, malam semalam lagi dia dah jadi milik kita!'

'Pergilah cari. Yang kau duduk macam batu kat sini buat apa?! Fikir berapa ramai wanita yang dah kau pikat? Apa pula bezanya kali ni?'

'Diamlah, puntianak! Kau takkan faham perasaan manusia. Dan dia BUKAN wanita biasa!'

Ugh! Sia-sia aku berperang dengan diri sendiri! Sangat tidak membantu. Minuman yang separa penuh di hadapanku, diteguk sepenuhnya dengan sekali nafas sebelum meletak gelas kembali dengan tenaga menyebabkan bawah cawan itu retak sedikit. Tanganku menyapu sisa air yang berada di bibir, menarik seluruh keyakinan untuk berhadapan dengannya.

"Hi, saya Ethan. Awak?"

"Nice to meet you, kitty cat. I'm Ethan. And you are?"

"Nama saya ialah Ethan Ary. Saya ialah vampire."

"Ya, saya Ethan. Awak nak keluar dengan saya? Saya sangat kaya."

My foot! Entah apa yang aku fikirkan, semua senario yang bermain di kepalaku langsung tidak masuk akal. Siapa yang perkenalkan diri sebagai vampire?! Gila!

Ting.

Ugh! Getaran yang kuat di dalam jaket sebelah poket kiri mengganggu fokusku. Siapa lagi yang hantar mesej time macam ni?!

'Dah jumpa. Kambing.' - Daniel.

'S**t! Kenapa time ni?!'

Lantas aku hubungi Daniel.

"Di mana?" soalku ringkas. Mataku liar mengekori langkah sang puteri yang sibuk dengan dulangnya tanpa sebarang senyuman. Wajahnya muncul juga di hadapanku. Hah... itu dia... bagaimana untuk aku gambarkannya... jika deriaku menggila menyebabkan taringku menajam tanpa dapat dikawal lagi. Ia seolah-olah 'mengarahkan' aku untuk membenamkan taringku ke lehernya yang terdedah dek rambut yang diikat tinggi.

"Tuan Ethan, apa arahan tuan yang seterusnya?"

Entah apa yang disampaikan Daniel, aku langsung terpaku. Terpaku dengan si gadis yang berwajah kecil, sepertinya hanya sebesar saiz tapak tanganku. Aku boleh menekup seluruh mukanya dengan kedua-dua tapak tanganku untuk bertentang mata dengannya. Akan ku ungkapkan betapa indahnya matanya setiap kali ia berkerlip mengayun bulu matanya yang panjang dan lurus, bagaimana jika ia basah selepas menangis? Comel... sangat comel... aku lebih teruja dengan yang comel berbanding wanita yang seksi separuh badan tak cukup kain. Badannya sedikit berisi, ditambah dengan ketinggiannya yang rendah, uhh, kalau aku bisikkan kepadanya dia seperti anak kucing, romantik tak?

"Tuan Ethan?"

Sekali lagi, Daniel memanggilku, kali ini dengan nada yang sedikit tinggi.

"10 minit lagi kumpulkan semua orang. Kita bersiap sedia."

"Baik, Tuan Ethan."

10 minit? Sempat ke aku nak berkenalan dengan dia?

"Wait Daniel, make it 60. Aku... ada hal nak selesaikan di sini." Pantas jariku menekan butang merah pada skrin, bimbang jika Daniel menanyakan soalan yang tidak mahu ku jawab. Ah, lantaklah. Masa depanku sekarang berada di hadapanku.

'Kita harus berdamai, vampire. Untuk sekali ini, please, behave yourself. Kalau kau nak dia sebagai pasangan kau, jaga taring kau. Bukan kau seorang je teruja sekarang. Kalau dia lari disebabkan kau, aku takkan teragak-agak bunuh kau.'

'Huh. Kalau aku mati, kau pun mati.'

'Kau fikir aku kisah. Memang sepatutnya aku mati 20 tahun yang lalu.'

Terdiam pula vampire dalam badanku ni. Tahu pun takut. Ingat aku main-main. 'Kau bersabar untuk 10 minit. Lepas tu, kau nak menggila, kau nak bunuh orang belakang lorong, aku tak kisah. Sekarang kita hanya perlu dapatkan dia. Deal?'

'Aku dahaga. Macam mana aku nak tahan kewarasan kalau dia berbau harum seperti ini?'

'All or nothing!'

'Ugh! Fine! Deal! 10 minit, kalau tak, aku takkan teragak-agak tukar dia kepada vampire.'

'Don't act like a freaking sissy!'

Susahnya berbincang dengan diri sendiri. Separuh badanku yang waras mahukannya sebagai pasangan ku, naluri seorang lelaki terhadap wanita. Separuh lagi badanku, a vampire, mahukan darahnya yang berbau harum sebagai tenaga. Kami tidak pernah bersetuju dengan perkara seperti ini. Naluri manusia ku tidak pernah dapat memenuhi permintaan naluriku sebagai puntianak. Setiap wanita yang aku keluar bersama, tidak pernah memuaskan kami. Sama ada perasaan kami yang tidak serasi mahupun si puntianak yang menolak wanita itu.

Itu dia... dia menghala ke sini. Sepertinya dia menghidu udara. Adakah dia juga dapat menghidu aku? Ini takdir, kan? Dia tercipta untuk aku dan aku menanti seluruh hidupku untuk dia muncul, dalam seragam pelayan (kemeja putih berseluar hitam panjang dengan rambut ponytail) tanpa secalit solekan di wajah kecuali bibirnya yang berkilat (lipgloss, perhaps?) membawa dulang yang penuh dengan gelas pelbagai jenis minuman, berbau wangi semerbak tanpa... ah! Badannya terlanggar seseorang sehingga menyebabkan dulang di tangannya hampir terjatuh. Berani betul manusia bodoh ni!

"Hati-hati!"

Kepantasan yang aku miliki akhirnya berguna juga untuk situasi seperti ini. Pertama sekali, manusia yang berani melanggar 'permaisuriku' aku tolaknya jauh sehingga ke hujung dinding, terlalu pantas sehingga dia tidak menyedari bagaimana dia boleh terhantuk ke dinding.

Kedua, selepas menolak 'si bodoh', tangan kananku pantas memegang dulang sementara sebelah lagi merangkul pinggangnya. Sejujurnya, dia... sedikit berat. Ugh! Barangkali kerana aku hanya menggunakan sebelah tangan. Kenapalah waktu macam ni kuasa vampire aku tak membantu?!

"Awak tak apa-apa?"

"Terima kasih." Dia tergamam.

Habis. Habislah.

Habis aku!

Dia merenung tepat ke bola mataku. Tolong mata, jangan berubah warna, tolong, tolong, aku merayu. Tahan diri, bertahan, vampire, kau jangan buat hal!

"Karina," dia memperkenalkan dirinya. "Hai, saya Karina."

Karina... ?

Bite her now! Namanya sangat sedap! Seperti tuannya.

"Saya Ethan. Ethan Ary."

Salamku disambut. Sentuhan ke kulitnya seperti ada renjatan elektrik yang berlaku antara aku dan dia menyebabkan kami berdiri kaku, memandang ke anak mata masing-masing. Untuk seketika, dunia di sekeliling kami menjadi gelap, kecuali lampu yang menerangi di atas kepala kami. Dia... dialah orangnya.

Aku... aku dah jatuh... jatuh cinta... pandang pertama...

Ethan Ary, jatuh cinta akhirnya...

**

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now