LADY AMARA

271 25 1
                                    

Ethan's POV

S**t! Aku hampir terbabas. Melihat bibir merahnya menggigil ketakutan membuatkan aku lemah. Tingkahnya terlalu comel kerana berpura-pura berani sedangkan ketakutan.

Taringku memanjang bukannya untuk menakutkannya tetapi aku tidak dapat mengawal diri untuk menerkam lehernya dan menjadikan dia milikku kekal. Karina tidak tahu dia sedang bermain dengan api. Namun itu yang sebaiknya. Dia terlalu polos dan aku tidak akan khianati kesuciannya. Itu sumpahku.

Lady Amara... ternyata dia ingin tahu akan tatu ku. Tak sangka dia terlihat tulisan tu. Padahal kecil saja dan ia di pergelangan tanganku. Sebenarnya bukan hanya Lady Amara.

Ada tiga lagi nama lain: Hessa, Aniki dan Eliss, barangkali dia tidak nampak lagi. Kalau dia perasan, mesti habis kena soal-siasat tanpa henti. Boleh tahan possessive anak kucing ni. Bagus. Itulah yang aku suka. Tapi jawapanku membuatkan air matanya bergenang. Ah, sudah!

"Karina, kau menangis?"

Apa salahnya jawapanku?

"You... love her?" soalnya, perlahan.

"Yes, of course... ," aku menjawab tanpa berfikir. Memang aku sayang. Kalau tak sayang, tak mungkin aku tatu nama perempuan di badanku.

"Forget it... . Ethan, kita tak boleh berkahwin. Saya tak akan abaikan abang saya dan awak dah gagal ujian tadi. Tak boleh ke sekadar berkawan? Awak hanya perlukan darah saya, bukan? Kan saya dah bagitahu kalau awak perlukan darah, datang saja cari saya. Kita tak perlu berkahwin. Saya tak nak sia-siakan masa depan saya."

"Sia-sia?"

"Awak ada ramai teman wanita, pilihlah salah seorang daripada mereka. Anak-anak awak pasti comel."

"BEKAS teman wanita. Itu bukan hubungan pun. Ia lebih kepada publisiti untuk mereka."

"How? Mereka yang popular, bukan awak. Awak bodyguard mereka?"

"Aku rasa kau dah tahu serba sedikit tentang aku daripada Internet. Kalau tak, kau takkan soal aku tentang ex aku yang aku sendiri tak ingat pun nama mereka."

"Ya, saya mengaku. Tapi apa kelebihannya untuk mereka? Publisiti?"

"Jadi kau pasti tahu hubungan aku dengan kerabat diraja."

"Money?"

"Power. Bersama aku, status mereka akan naik 100%. Demand dalam industri akan bertambah, jadual mereka semakin padat dan bayaran mereka semakin lumayan. Setelah mencapai matlamat mereka, tamatlah hubungan kami. Itu saja. Aku tak berminat dengan mereka. Raksasa dalam badanku tidak berminat dengan darah mereka. Hanya untuk membasahkan tekak tetapi tidak mengenyangkan. Berbeza dengan kau. Kau buat aku tidak lena. Setiap hari, wajah kau muncul di hadapanku. Aku jadi tidak keruan. Malah, puntianak ini juga tidak keruan kerana dahagakan kau."

"Awak menakutkan saya... ."

"Kali pertama kita berjumpa, kau berjaya mengesanku berbeza. Kau tak lari. Kau tak menjerit. Mata kita saling berinteraksi, aku yakin itu ialah cinta. Aku tak pernah bercinta tapi aku pernah memiliki cinta dari orang kesayanganku."

"Maksud awak, Lady Amara...?!"

Aku yakin aku menghidu bau cemburu apabila Karina menyebut nama ibuku.

"Jangan permainkan perasaan wanita jika awak tak boleh lupakan dia!" Karina melanggar lenganku seraya menuju ke dapur. Kebetulan mesin pengering sudah berhenti berpusing. Pakaianku di dalamnya sudah kering.

"Kau nak aku lupakan ibu ku sendiri?"

Karina's POV

Langkahku mati. Ibu? Dia kata ibu? Perlahan aku berpaling menghadapnya semula.

"Ibu?"

Ethan mengangguk. "Ibu. Lady Amara ialah ibuku."

Entah mengapa aku berasa seperti polis yang salah menangkap pencuri. Rasa cemburu yang muncul entah dari mana membuatkan pertimbanganku kurang rasional. Ethan penuh beremosi meluahkan perasaannya sedangkan fikiranku terganggu dengan 'Lady Amara' yang rupa-rupanya ialah ibunya.

"Lady Amara atau Mrs. Ary gelaran yang digunakannya sejak menjadi isteri. Tiada wanita lain yang menggunakan gelaran itu sejak kemangkatan ibu. Dan hanya aku seorang, zuriat lelaki dalam keluargaku yang akan membawa nama keluarga Ary dan aku berharap impian ini tercapai bersama kau."

"Saya tak tahu apa-apa tentang awak pun, Ethan."

"Aku boleh bagitahu semuanya... selepas kau datang ke kediamanku."

Hakikatnya aku amat bimbangkan keselamatanku. Rumah ini ialah kubu pertahananku. Jika aku berpindah ke rumahnya, aku sudah tiada benteng. Bila-bila masa saja dia boleh melakukan sesuatu yang tidak diingini terhadapku tanpa aku dapat melawan. Jangan jadi bodohlah, Karina. Banyak berita tentang lelaki yang mengambil kesempatan, Ethan tidak terkecuali. Apatah lagi dengan gelaran player yang tertulis di dahinya, bukankah itu sudah satu amaran?

Loceng pintu rumahku berdering.

"Siapa pula?" Dengan pantas, aku menuju ke pintu, sudah pasti mengambil peluang ini untuk melarikan diri dari terus menjawab Ethan. Sebaik pintu dibuka, berdondon-dondon manusia (lebih kurang sepuluh ke lima belas orang, mengikut kiraanku) masuk ke rumahku tanpa sempat aku bertanyakan soalan.

Dalam kemeja serba biru berkasut but tapak tebal, mereka membawa peralatan yang besar seperti gergaji dan tukul pemecah dinding. Salah seorang daripada mereka terus merapati Ethan, mendengar arahan ringkas daripadanya sebelum dia mengarahkan anak buahnya untuk mula bekerja.

"Excuse me, helo! Saya pemilik rumah ni!"

Namun teriakanku seperti angin yang lalu. Tiada yang mempedulikanku. Mereka mula mengangkat barang satu per satu keluar dari rumah: sofa, meja, lampu meja, TV, bantal, langsir malah barang di dapur.

"Ethan!" Ini sudah melampau. Dia bertindak sesuka hatinya. "Arahkan mereka berhenti." Aku mencengkam bahu kanan Ethan. "Saya tak nak renovate apa-apa."

"OK, young lady. It is time for us to go." Ethan hanya tersengih. "Siapkan dalam masa 72 jam. Lagi perlahan, lagi bagus... ."

"W-what?"

Mengalah juga akhirnya. Aku akur dengan 'arahan' Ethan. Aku sangat yakin dia menggunakan kuasa puntianak untuk memukauku. Sedar-sedar, aku sudah tiba di hadapan pintu rumahnya. Namun, perkataan rumah tidak tepat untuk aku gambarkan betapa besarnya kediamannya yang terletak di pinggir bandar Ruby. Ia lebih dekat dengan kolej ku berbanding rumahku sendiri. Istana. Ya, aku yakin ini ialah istana!

"Kita dah sampai."

Ethan...? "Who are you... ?"

Seperti biasa, Ethan tidak mengendahkanku sebaliknya menarik lenganku masuk ke rumah agam sebaik orang gajinya membuka pintu.

"Itu... orang gaji?" mulutku ternganga. "Butler?"

Seorang lelaki setampan Chris Evans dalam tuksedo, orang gaji menurut Ethan, yang membuka pintu rumah agam sebesar pintu Istana Ruby! Chris Evan pelakon kegemaranku!

"Ethan, itu... ."

"He's a vampire too. Semua orang di dalam rumah ini ialah puntianak."

"What?" Terkedek-kedek aku mengejar Ethan dengan langkah kakinya yang panjang. "Jadi berapa ramai orang gaji di rumah ni?"

"Lebih 100 orang."

More than 100 vampires?!

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now