KIFL ETHAN ARY

262 25 0
                                    

Karina's POV

Beberapa kali aku memeriksa masa di telefon pintarku. Aku berjanji dengan Roshan untuk datang ke istana malam ni. Masa yang tinggal berbaki 3 jam namun Ethan langsung tiada tanda untuk meninggalkanku sendirian. Ke mana sahaja aku bergerak, dia akan berdiri rapat sama ada di sebelahku atau di belakang, macam bodyguard. Kalau dia takut orang gajinya menerkamku, kenapa dia bawa aku ke sini? 

Namun, perkara yang lebih ingin aku tahu ialah identiti sebenarnya. Bagaimana seorang pengawal boleh memiliki kekayaan seperti ini dengan lebih dari 100 orang orang gaji? Gaji bodyguard semahal CEO ke?

Ujarnya, "Kau berehatlah sebentar di bilik ni. Aku akan datang sekejap saja lagi. Jangan keluar dari sini kalau kau mahu selamat."

Pintu ditutup rapat. Kalau dia tak cakap pun, aku takkan keluar dari bilik ni. Siapa berani bergerak dalam kubu penuh puntianak? Aku tak nak dijadikan makan malam mereka. Berada di dalam bilik yang dipenuhi dengan haruman Ethan, aku dapat meneka ia pasti bilik tidurnya.

Aku tidak menyangkakan biliknya hanya sederhana, tidak sama seperti personalitinya. Ia dipenuhi warna kelabu dan hitam, kosong dengan hanya sebuah katil bersaiz king dan sebuah meja di tepi katil.

Dua buah pintu antara katil, kiri dan kanan, aku tidak tahu ia menuju ke mana. Barangkali bilik air dan bilik pakaian. Memandangkan tiada kerusi, aku berehat di atas katil. Cadarnya berwarna kelabu cair dan begitu kemas susunannya seolah-olah ia tidak pernah disentuh.

"Atau sebenarnya dia juga tidak tidur? Macam Edward... tapi apa fungsi katil ni kalau dia tak tidur?"

Dua tingkap yang besar di antara kepala katil memberikan gambaran pemandangan luar namun ditutup dengan langsir 100% blackout berwarna biru tua.

Aku menyingkap sedikit langsir untuk memeriksa, namun berhati-hati jika pemandangan itu menakutkanku (kubur yang banyak, mana tahu.) Malangnya, ia bukan tingkap. Ia hanya dinding yang dijadikan tingkap tiruan dengan menggantung langsir di sana.

"Biar betul Ethan tidur dalam bilik tanpa tingkap!"


Ethan's POV

Aku meninggalkan Karina di bilik keduaku sementara aku naik ke tingkat dua menuju ke kamar utamaku. Aku hanya menggunakan bilik itu jika aku perlukan ketenangan. Kadangkala jika si puntianak dalam badanku menggila, aku terpaksa mengurung diri dan bilik itu ialah pilihanku.

Dalam 2 minggu kebelakangan ini, kegilaanku menjadi-jadi, kerana itu aku banyak menghabiskan masa di sana. Sedangkan begitu banyak bilik tetamu di rumah ini, namun bilik itu aku letakkan Karina.

Kerana hanya dengan harumanku saja yang akan mengelakkan orang gajiku daripada menyentuh Karina. Sekali dia berada dalam bilik itu, harumanku akan terus 'menyelimutinya' dan keselamatannya akan terjamin.

Ia memang satu pertaruhan yang besar apabila membawanya ke sini. Aku terpaksa. Keselamatannya sudah tidak terjamin di luar sana. Kerana itu, aku berkeras membawanya ke sini. Ini ialah kubu ku. Tiada orang lain dibenarkan memasuki kawasan ini. Tiada penceroboh berjaya memasuki tanah ini.

Dan kenapa aku tidak membawanya ke kamar utamaku? Disebabkan ini...

Di sepanjang laluan ke bilik, dinding di kiri dan kanan dipenuhi dengan gambar-gambar kenanganku bersama Izki, Amara, Hessa, Aniki dan Eliss: Raja Izki Hadid Ary, ayahanda. Lady Amara, bonda. Puteri Mahkota Hessa Thena Ary, kakanda sulongku. Puteri Aniki Irene Ary, adinda nombor 3 dan adinda bongsu, Puteri Eliss Sarafina Ary. Dan nama sebenarku?

Kifl Ethan Ary

Putera Kifl Ethan Ary, zuriat kedua daripada Raja Izki dan Lady Amara, satu-satunya pembawa nama keluarga diraja Ary yang masih hidup sehingga ke hari ini. Sebelum aku dihantar ke negara ini, keluargaku merupakan pemilik Empayar Hadid yang berkuasa di sepanjang pesisir pantai Mediterranean sehingga ke kutub utara. Kekuasaan ayahandaku berlipat kali ganda besarnya berbanding negara Syrus, kediamanku kini. 

Akibat perebutan takhta ditambah dengan keuzuran ayahanda menyebabkan perang saudara berlaku dan empayar itu tumbang dalam sekelip mata. Bonda, kanda Hessa dan kedua adinda kesayanganku dibunuh dengan kejam sementara aku berjaya diselamatkan oleh pengawal peribadi ayahanda dan dibawa lari ke negara ini untuk perlindungan. Aku berumur 11 tahun. 

Raja Syrus pada ketika itu ialah ayahanda kepada Ash menghadiahkan sebidang tanah kepadaku sebagai 'tempat tinggal' bagi menghormati hubungan diplomatik baginda dengan kerajaan ayahanda. Menurutnya, aku akan kembali semula ke negara asalku untuk mendapatkan kembali hak ku sebagai pemilik sah kerajaan itu.

Dengan kelebihan kemahiran pertahanan yang aku miliki sejak kecil kerana aku sudah dilatih untuk menjadi seorang pahlawan untuk melindungi saudara kandungku, aku berkhidmat dalam pasukan tentera peribadi Raja Ash. Gelaran 'putera' tidak lagi dipakai.

Sungguhpun begitu, kekayaan keluargaku tetap menurun kepadaku walaupun separuh sudah dikebas oleh saudara kandung ayahandaku sendiri. Orang gaji di rumah agam ini ialah pembantu yang sama di istana kediamanku dahulu. Mereka tetap setia malah sanggup ditukarkan kepada puntianak, demi untuk melindungiku untuk selama-lamanya.

"Daniel, mana orang yang aku nak tu?"

Selesai menukar pakaianku dan bergerak menuju ke bilik Karina, aku sempat menghubungi Daniel. Dia mengambil masa lima deringan untuk menjawab panggilanku. What a busy boy!

"Berkenaan itu, tuan, sebenarnya, Edward Cullen tu bukan manusia."

"Aku tahulah! Mana dia?! Aku nak jumpa sekarang."

"Tapi tuan... ."

Talian dimatikan. Ugh! Buat kerja senang pun tak boleh diharap. Macam ni lah orang muda. Buat kerja sikit dah merungut. Sebab tu pengalaman bekerja itu penting. Buatlah kerja apa-apa pun sebelum memohon kerja yang ditetapkan. Kerja restoran ke. Kerja angkat ais ke. Potong pokok. Pokok rumput. Apa-apa saja. Kumpulkan semua pekerjaan itu, wujudlah pengalaman. Aku tak tahu kenapa otakku 'berceramah' tiba-tiba. Rosak dah.

Tiba di muka pintu bilik Karina, aku mengetuk perlahan.

"Karina."

Tiada jawapan.

Aku mencuba sekali lagi.

"Karina."

Juga tidak disahut. Di mana dia? Aku masuk tanpa menunggu ketiga kali namanya dipanggil. Ternyata bilik itu kosong. Mana?

**

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now