HUNTER

231 23 0
                                    

ETHAN'S POV

Jam sudah menunjukkan angka 12. Bilik kami hanya diterangi oleh lampu dari bilik air. Karina sudah tidur dengan nyenyak. Baguslah. Dia sudah melalui hari yang panjang hari ini. Aku tidak pasti tentang si kambing. Baru aku tahu, nama sebenarnya ialah Lucas. Jika Karina tidak maklumkan kepadaku, selama-lamanya dia digelar kambing.

"Jadi apa rancangan kau sekarang? Kenapa kau nak tolong aku?"

Sebelum berbaring, segala sut, tali leher, kasut dan stoking aku tanggalkan satu per satu. Namun kemeja masih tersarung di badanku kerana tidak mahu memberikan isyarat yang salah kepada Karina. Panas pun panaslah.

Lengan kanan menjadi batal tambahanku sambil mataku tidak lari dari melihat kipas yang berpusing di siling. Laju. Boleh terbang bilik ni dibuatnya.

Terbayang di mataku bilah kipas itu tertanggal skru lalu terjatuh ke bawah kerana ia berputar terlalu laju dan kemudian menghempap Karina. Tak sempat kami berkahwin kerana dia 'pergi' dulu. Dang it, Ethan! Overthinking. Ini semua salah filem Final Destination, semua benda pun menakutkan.

"Sebab... ." Aku dah agak dia belum tidur. Badannya sering berpusing kiri dan kanan mencari kedudukan yang selesa kerana itu aku yakin dia akan menjawab soalanku.

"Ethan, kau faham tak maksud cinta pandang pertama?"

"You tell me."

Dia menghela nafas berat. Dah kenapa? Takkan dia nak cakap dia ada perasaan kat aku?! Biar betul si kambing ni! AKU PENCINTA WANITA SEJATI, OK!

"I met her when she was 14. Sebelum aku menjadi seperti sekarang, aku juga manusia biasa. Sebenarnya itu kali pertama dan kali terakhir aku berjumpa dengan dia. Dia datang ke Syrus bersama keluarganya untuk bercuti. Untuk seminggu dia berada di sini, seperti setahun lamanya kami berkenalan. Selepas itu, kami sering berutus surat."

Nampaknya, aku perlu mendengar kisah cinta monyetnya. Entah apa kaitannya dengan aku. Hah, tak apalah. Layankan saja. Mungkin aku patut berbuat baik untuk malam ni. Lagipun Karina berada bersamaku, aku tidak perlu bimbang.

"Hampir setiap bulan kami berutus surat selama setahun. Sehinggalah suatu hari, suratku tidak dibalas. Aku menunggu dari bulan ke tahun. Akhirnya aku give up. Rasanya dia dah lupakan aku. Tapi... beberapa bulan yang lalu, kau menghubungiku untuk bertanyakan tentang utara. Wajah kau mengingatkan aku terhadapnya."

Meremang bulu romaku bila dia kata wajah aku serupa kekasihnya yang dulu. Jadi betullah dia tolong aku sebab dia sukakan aku?! Aku menelan air liurku sekali. This is so weird, dude! Aku bukan lelaki jenis tu. Kalau boleh, semua lelaki di dunia ni aku nak bunuh sebab semuanya berpotensi mengganggu wanitaku! No! No! No!

"Why Karina?" tiba-tiba dia menyoalku pula, menghentikan kisahnya. Thank god. Aku tak larat nak dengar kisah cinta orang. Tapi sekarang dia nak menyibuk hal peribadi aku pula.

"Kenapa kau pilih Karina? Dalam banyak-banyak wanita, kenapa kau buat kontrak darah dengan Karina? Aku yakin kau dan Sarah... serius."

"Serius pada satu pihak tidak akan membawa ke mana."

"So, she left you?"

"It was just a fun game for us. Nothing serious. Lagipun, darah dia tak wangi."

"Vampire kau tolak dia hah."

"Whatever dude."

Ini bukan perbualan yang aku bayangkan akan berlaku antara aku dan si kambing. Personaliti kami sama (ya, aku tahu bunyinya sangat tidak seronok) jadi kami saling menolak. Kutub utara takkan bertembung dengan kutub utara.

Itulah perumpamaan yang dapat aku gambarkan antara aku dan si kambing. Katanya dia bukan puntianak, tapi dia tidak berbeza walau sedikit pun dengan aku. Katanya juga dia penyampai sahaja, jadi siapa tuannya?

"So?" Dia mengulang lagi. "Kenapa Karina?"

"Kau... kambing eghm Lucas, setiap orang ada kisah cinta masing-masing. Aku tak berhasrat nak share cerita aku dengan kau. Lagipun, kita bukan kawan. Aku masih tak tahu apa niat kau. Kalau bukan kau yang bunuh Ryder, siapa?"

Kambing bangkit untuk menyandar badannya ke badan kerusi. Lenguh nampaknya berbaring di sofa yang keras tu.

"Aku terkejut kau tak serang aku semasa kami sampai," ujarnya. "Kau... berhubung dengan Karina secara telepati?"

"She's my mate, apa yang pelik."

Dia mengeluh panjang. Apa masalah dia ni? Aku tak serang dia pun kecewa?

"Kau bertuah. Karina kawal kau dengan baik."

"Kawal apa kawal?!" Giliran aku bangkit dari perbaringan, menghadapnya.

"Kawal perangai setan kau. Kau sangat bertuah, aku cemburu. Dalam ramai-ramai wanita, kau pilih wanita yang tepat. Mungkin sebab itu juga tuan aku mahukan dia."

"Siapa tuan kau?!" Ini sudah melampau. Tanganku pantas mencengkam lehernya namun dia hanya tertawa perlahan.

"Aku kenal Karina lebih lama dari kau kenal dia."

"Apa maksud kau?" cengkamanku semakin kuat.

"Raja puntianak telah membuat perjanjian dengan raja negara ini sejak beratus tahun yang lalu. Setiap puteri raja yang dilahirkan oleh permaisuri, puteri itu akan diserahkan kepada raja puntianak sebagai pengantin raja.

Dengan balasan, bangsa puntianak tidak akan mengganggu bangsa manusia Syrus. Tetapi Florance, negara kau ialah musuh ketat bangsa puntianak dan ia memuncak ketika ayahanda kau menjadi pemerintah."

Aku tergamam. Cengkamanku mula melemah.

"Kau pasti sudah terbiasa dengan peperangan. Ayahanda kau ialah pahlawan terhebat menentang puntianak. Keturunan kau dikenali sebagai hunter, permburu puntianak. Perluasan empayar Hadid bukan untuk merampas tanah negara orang lain melainkan untuk menyelamatkan manusia daripada serangan puntianak. Kau... masih terlalu muda untuk mengetahui semua ini."

Lidahku kelu. Apa semua ni? Peperangan menentang puntianak?

"Raja puntianak mendapat tahu keturunan pemburu puntianak berada di Syrus 20 tahun yang lalu. Jadi, dia bertemu dengan Raja Ash supaya kau diserahkan kepadanya. Awalnya, Raja Ash menolak. Kemudian, Putera Mahkota Roshan diculik raja puntianak.

Dia tahu Raja Ash sangat sayangkan puteranya. Jadi, baginda menghantar pasukan tentera peribadi baginda dan kau sebagai ketua tentera mengetuai misi itu untuk menyelamatkan putera mahkota. Tetapi hakikatnya... Raja Ash menghantar kau sebagai pertukaran dengan nyawa Putera Mahkota Roshan.

Roshan selamat tapi kau mati dibunuh disebabkan oleh serangan hendap yang dirancang oleh Raja Ash sendiri. Baginda... yang mensabotaj kamu semua. Yang akhirnya baginda sendiri mati dibunuh oleh raja puntianak."

Ash yang sabotaj aku... ? T-Tak mungkin... Ash... kawan baik aku.

"Kau terkejut?"

"Ash... ?!"

"Dan... untuk membalas dendam terhadap apa yang telah keturunan kau lakukan terhadap bangsa puntianak, Raja Puntianak telah menjadikan keturunan Ary sendiri sebagai puntianak, iaitu kau. Dan ia adalah satu penghinaan terbesar buat hunter yang telah lama berkurun lama menentang dan memburu puntianak."

Aku terduduk.

Orang yang sabotaj... yang membunuh kesemua anak buahku... membunuh 30 orang dalam pasukanku ialah... Ash?

Ash?!

"Ash bukan seperti yang kau fikirkan. Dia... sanggup membunuh isterinya sendiri, Permaisuri Luna... kerana mengandungkan bayi perempuan yang telah dijanjikan kepada Raja Puntianak untuk dijadikan pengantinnya."

"Bunuh Permaisuri Luna?"

**

WRITER'S NOTE: DAH SAMPAI KONFLIK.  SUSAH NYA NAK BUAT CERITA SWEET2. HUHUHU. CHAIYOK ME! TERIMA KASIH TO ALL READERS. JANGAN LUPA SHARE DENGAN KAWAN2 YA. SANGAT2 PERLUKAN SUPPORT KALIAN SUPAYA CERITA INI REACH LEBIH RAMAI READERS. PEACE. 

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now