✧☂︎ | 1

573 40 2
                                    

Kota Sandakan, Januari 1985 - Kota yang dijuluki sebagai kota yang mirip dengan Hong Kong sehingga kini oleh masyarakatnya sendiri. Negeri kecil yang dikenal sibuk dengan pelabuhannya. Di mana kota ini merupakan kota yang tersibuk di pantai timur Sabah tika itu.

Semesta semakin naik menjingga warnanya. Tirai yang hampir menutup langit cerah kebiruan itu tanpa segan silu memancarkan mentarinya di bawah kota tersebut. Tidak ketinggalan juga, beberapa jelatanya yang sudah berehat dari dagangan mereka. Separuh darinya masih ada yang bertahan untuk pekerjaan di malam harinya.

Bunyi burung yang berpulangan di angkasa juga kedengaran di langit kejinggaan Borneo tersebut. Suara hiruk-pikuk sebuah bandar yang sibuk dengan kegiatan manusia memang sering menjadi penghias melodi bagi gambaran kota itu.

Andika yang sedang keluar bersama sang Ibu kelihatannya masih sibuk memilih sesuatu.

Hinggalah anak matanya lari menatap keliling kota yang masih sahaja dipenuhi lautan manusia. Sesaat lensa kecoklatan emas itu memerhatikan keliling - pandangannya kaku kearah sebuah toko buku yang betul-betul ditengah sebuah bandar.

Dia mengamatinya namun bukan toko tetapi pelanggan yang berada di dalamnya. Andika memalingkan tubuhnya menghadap tepat ke arah tersebut. Tanpa sedar, dia mula mengamati wajah yang sedang khusyuknya membaca sebuah buku.

Sejenak semesta mematikan waktunya - dunia Andika bagaimanapun berjalan seiring angin yang meniup lembut gelombang rambut kehitaman seorang gadis di toko tersebut. Wajahnya tidak sepenuhnya kelihatan. Hanya bahagian sisi kiri sahaja sambil dia membaca buku romansa yang sedikit usang dimamah usia jika diperhatikan dari kulitnya.

Tidak lama kemudian, entah bagaimana hanya pemandangan begitu sahaja dia merasakan sosok itu tampak indah bahkan setelah wajahnya disirami dengan cahaya mentari. Bertambahlah Andika menghayati pemandangan indah tersebut.

Namun sekejap sahaja, apabila Rosalin menegurnya untuk pergi. Lamunan Andika mati begitu sahaja lalu dia meninggalkan cerita ringkas yang penuh keindahan itu tadi dari mindanya.

Ya, begitulah Andika. Tidak dinafikan jika apa yang dia lihat sebentar tadi memang terindah namun tidak bisa melawan wajah sang Ibunya yang terlahir dengan cukup anggun dan berseri. Bahkan, melihat wajah indah Sang Ibu bisa meluluhkan semua wajah indah wanita lain yang pernah melimpasi retina coklat emasnya.

✧☁☂︎

Tika itu langit Borneo sedang bersenandung lembut sambil ditemani angin yang menyapa dengan sepoi-sepoi bahasa. Latar tirainya yang tadi cerah sudahpun berubah sedikit biru kegelapan. Mungkin sebentar lagi hujan akan turun. Duga seseorang dalam hati.

Dia melirik ke arah sebelah meja - sebuah payung yang disiapkan awal dia pandang penuh senang. Tidak sia-sia untuk dia menafikan apa yang dibicarakan oleh siaran cuaca tadi pagi.

" Rasanya hujan nak turun ni, tadi pagi elok saja radio cakap tiada hujan. Langit akan cerah." Gumam seseorang sambil melabuhkan dudukkannya dihadapan lelaki tersebut. Mereka sempat berbagi pandangan sebelum lelaki di hadapannya kembali fokus dengan bacaannya.

Hasan membaiki posisi. Dia kemudiannya melirik ke bawah sebuah catatan bertaip yang dibaca oleh temannya - Andika Noh. Sesaat dia mula merasa pitam dengan barisan karangan yang entah apa isinya.

" Kita balik sama-sama nanti. Aku tiada bawa payunglah." Ujarnya.

Andika menjedakan bacaannya. Lelaki berbangsa Melayu - Arab dan tidak ketinggalan darah Bajau yang dia peroleh dari Ibunda tercinta - itu kemudiannya menutup buku lalu menatap Hasan lama. Payung yang ada diatas rak berdekatan mejanya dicapai.

" Aku tidak suka berkongsi payung ini dengan sesiapa Hasan. Kau pergilah cari Ali." Jelasnya seperti biasa. Hasan melongok tidak terkata. Dia menatap Andika seakan tidak mempercayai apa yang baru sahaja dia dengari.

" Sungguh kedekut kau dengan sahabat sendiri." Seloroh Hasan dengan bibirnya yang mimik serupa itik tersebut. Andika hanya tertawa kecil. Sama sekali tidak menghiraukan apa yang dikatakan Hasan.

Bukannya tidak sudi membantu sahabat. Hanya sahaja hari ini ada sesuatu yang dia perlu lakukan. Jika dia mengajak Hasan bersama, sudah tentu niatnya terhalang oleh Hasan si pembuat masalah itu. Tambahan pula, cuaca sekarang tampaknya sedang tidak membantunya meskipun dia sudah menyediakan payung terlebih awal.

✧☁☂︎

Andika menghentikan langkahnya tepat dibawah sebuah perteduhan yang berhadapan dengan sebuah jambatan. Payungnya yang basah segera ditutup sebelum dia menghempas perlahan agar air dari payung itu segera keluar. Setelah berbuat demikian, dia melabuhkan dudukkan.

Sepasang lensa yang indah dengan secalit warna coklat keemasan itu menatap indah semesta. Titisan demi titisan yang jatuh dari bumbung tempat dia berteduh diamatinya penuh khusyuk. Ternyata memang benar dugaannya - hujan sudah turun lebih 20 minit yang lalu. Hingga membawanya berhenti sejenak di sini.

Sedang dia menikmati ciptaan Maha Esa yang tiada tandingan itu dengan kelengkapan melodi ringkas yang membuat sebilangan manusia merasa tenang dengan bunyinya - Andika menangkap sesuatu dengan pancainderanya. Seketika, dia mengecilkan sedikit lensanya untuk melihat jelas sesuatu di hadapan.

Beberapa saat, dia tersedar. Andika laju bingkas lalu berlari membelah hujan yang semakin lebat turunnya.

" Woi, jangan bunuh diri ! Cik !"

Andika menjerit namun sayangnya tiada siapa di kawasan itu selain mereka berdua. Entah mengapa, tika itu taman yang berdekatan kolej masih sahaja sepi. Hanya jasad mereka yang ditemani dengan melodi hujan yang turun. Juga gemersik air hujan diatas tanah lecak yang terpijak Andika.

Andika langsung tidak menghiraukan dirinya. Dia berlari sekuat kudratnya hingga tiba di pertengahan jambatan. Dengan kadar laju, dia sempat menahan tangan gadis tersebut. Dadanya mula turun naik. Bagaikan terlepas roh dari jasad, dia terkejut melihat gadis itu terjun dari jambatan. Mujurlah dia sempat menggapai tangan si gadis.

" Apa yang cik lakukan ini salah! Masalah tidak bisa selesai hanya kerna cik ingin menghabiskan riwayat hidup cik." Jelasnya dengan nada tinggi.

Di bawah hujan yang semakin deras itu, Andika berusaha untuk menariknya naik ke atas semula. Namun begitu, tingkah si gadis sepertinya benar-benar ingin menghabisi riwayat hidupnya dengan cara buruk.

" Lepaskan saya ! Lepas ! Biarkan saya di sini !" jerit gadis itu sambil kepalanya yang sejak tadi tertunduk dan tertutup dengan rambutnya mendongak ke atas - menatap sosok lelaki yang tidak dikenalnya. Andika tidak mengalah.

Mungkin memang takdir memintanya untuk kemari agar bisa menyelamatkan gadis ini dari mengakhiri kehidupannya.

Tidak peduli dengan bicara gadis itu, Andika terus menerus menarik hingga akhirnya dia dapat merangkul pinggang si gadis yang masih lagi meronta minta dilepaskan. Usai berbuat demikian, Andika menjaga jaraknya.

Si gadis yang sudahpun terduduk sambil menangis teresak-esak bingkas perlahan. Dia menatap ke arah Andika sebelum rambut basahnya disisipkan pada belakang sabitnya. Andika senyap. Kaku terdiam sesaat menatap wajah bengis itu.

" Pergi dari sini dan jangan ganggu saya!"

Andika hanya mematung. Namun dia tidak mahu beranjak pergi. Kerna dia tahu apa yang akan dilakukan si gadis jika dia pergi. Saliva- ditelan kesat pada kerongkongannya. Dia mula merasa kedinginan. Apatah lagi saat angin datang menyapa tubuh basahnya.

" Dan cik mahu bunuh diri lagi ?" balas Andika dengan nada perlahan namun masih tetap didengar. Dia melirik gadis tersebut lama.

" Adakah bunuh diri ini jalan penyelesaian sesuatu masalah ? Jika begitu, mengapa di dunia ini ada sahaja manusia bunuh diri namun keluarga mereka menderita ? apakah itu makna dari selesainya masalah yang cik perbuat dengan jalan ini ?" tambah Andika penuh serius.

Gadis itu hanya senyap. Irisnya sudah nampak kemerahan. Namun tidak jelas apakah kerana tangisan air mata atau mungkin air hujan yang jatuh. Sejenak itu lututnya mula terasa lemah hingga membuatnya jatuh longlai dihadapan Andika.

" Adakah kematianku bisa membuat Mak menderita atau mungkin sebaliknya ?" Katanya dengan nada kecil.

Lalu, menangislah dia meratapi kehidupannya yang mungkin penuh permasalahan. Hingga jalan ini menjadi tujuan akhir buat kehidupannya. Meski dia tahu jika ini adalah jalan terburuk dan terlaknat buat manusia.



Jangan lupa vote dan komen , terima kasih ♡

BORNEO UNTOLD STORY [ C ]Where stories live. Discover now