✧☂︎|33

52 6 0
                                    

Sejak akhir-akhir ini, bayangan hitam empunya Andika menghilang begitu sahaja. Sudah berapa hari, Andhi menunggu kedatangan Abinya untuk keluar bermain bersama. Hendak mendail nombor Andika dan Rosalin, Hana merasa tidak senang. Risau jika perbuatannya akan menganggu keluarga itu.

" Mummy, kenapa Abi tidak kemari sudah ?" tanya Andhi.

Hanastasia mendekatinya. Tengkorak kepala Andhi diusapnya lembut. Anak kecil itu sudah puas merindui kehadiran sang Abi - tapi tetap sahaja Andika tidak muncul. Dia membuang jauh pandangannya keluar jendela. Cuaca harini masih sahaja cerah seperti sebelumnya. Apa yang membuatkan Andika sudah tidak kemari ?

" Adakah disebabkan bicaraku sebelumnya ? Benarlah, dia tidak perlu berbuat demikian hanya untuk Andhi yang tiada pertalian dengannya."

" Mummy rindu Abi juga kan ?" tanyanya. Tanpa sedar, Hanastasia mengangguk. Hinggalah dia tersedar semula - dia menatap Andhi sejenak. Apakah benar aku merindui Andika ? hatinya berbisik.

Andhi menuruni sofa sebelum mencapai sebuah balang yang dipenuhi dengan keropok kesukaannya. Dia kembali ke sofa dan memberikannya kepada Hana.

" Kita makan dulu, Mummy. Mungkin Abi datang kejap lagi."katanya.

Serentak itu, bunyi loceng rumah kedengaran. Suaranya sempat mengejutkan Andhi dan Hana. Tidak semena, kerinduan yang bertaut tadinya terlerai. Mungkin Andika sudah tiba di hadapan. Keduanya berharap dalam hati. Hanastasia segera menapak ke daun pintu lalu membuka pintu.

Namun sayangnya, yang datang bukanlah seperti yang diharapkan.

" Makcik ?"

Rosalin menguntum senyum lalu perlahan mendakap Hanastasia sejenak. Hana membalas pelukan. Sempat lensanya mencari-cari bayangan Andika namun tidak kelihatan. Anak mata Hana jelas menampakkan kehampaannya.

" Ada apa Makcik datang ?" tanyanya lagi.

" Hmm, ada sesuatu yang Makcik mahu bicarakan. Andhi mana ?" jawabnya.

Tanpa menunggu lama, Hana mengajaknya untuk masuk bersama. Rosalin melangkah masuk sambil retinanya menatap keliling rumah teres yang diperbuat dengan kayu tersebut. Hana hanya membiarkan Rosalin melihat sekitar rumahnya. Jika dia ingat inilah rumah dimana pertama kali dia dan Hana cuba menyelamatkan Janice.

" Rumah ini tiada jauh bezanya seperti dulu. Tapi, mengapa Makcik datang kesini - jiran Hana kata Hana sudah tidak lagi duduk disini ?"

Rosalin sengaja membuka bicara. Hanya sekadar bunga-bungaan diawal penceritaan. Sedangkan, dia tahu betapa sakitnya jika dia tahu apa yang terjadi pada Andika tika ini. Dia melabuhkan dudukkan. Sempat memanggil Andhi untuk datang kepadanya.

" Ya, Makcik. Sebelum ni Hana cuma menetap di rumah asuhan. Tapi sejak ada Andhi, Hana datang balik ke rumah ni. Hana sengaja biarkan rumah begini cukup sahaja ubah yang rosak. Kenangan dengan Mak dan Bapak Hana banyak di rumah ini." Jelasnya sambil berjalan ke arah Rosalin usai menuangkan segelas jus oren buat wanita itu.

" Jemput minum, Makcik." Tambahnya.

Rosalin menolehnya sambil mengangguk. Hana membalas hingga kemudiannya dia turut menjatuhkan punggung ke atas bangku berhadapan Rosalin. Suasana agak janggal seketika apabila keduanya kehilangan kata untuk melanjutkan bicara.

" Hm, sebenarnya Makcik datang mahu beritahu sesuatu." Ujarnya.

Dia melirik sejenak ke arah Andhi disampingnya. Kepala si kecil itu diusap lembut.

" Andika - " nama itu tersekat seketika.

" Abi pergi mana, Nek ?" tanya Andhi tiba-tiba.

Rosalin tidak kaget dengan panggilan itu. Hanya kerana dia yang meminta sendiri Andhi memanggilnya sebagai Nenek semasa awal pertemuan mereka. Hana hanya memandang. Jujur, dia mula rasa tidak enak.

" Abi...pergi jauh." Jawab Rosalin dengan rasa bersalah.

Hana menolehnya sontak ayat itu keluar.

" Andika pergi ke Kuala Lumpur kelmarin. Maafkan Makcik kerna baru sekarang beritahu. Dia risau kalau Andhi menunggu dia datang." Jelas Rosalin sambil memegang erat tangan kerdil milik Andhi.

Wajah si kecil sudah mengendur masam. Retinanya jatuh. Hana hanya mampu memerhati. Mungkin ada sebabnya.

" Hm, Andhi boleh main di sana dulu ? Nenek mahu bercakap sesuatu dengan Mummy." Pinta Rosalin.

Tidak menunggu lama, Andhika segera berlalu pergi. Kini, tinggallah keduanya saling berhadapan. Hana hanya menguntum senyum palsu. Dia mula menguis-nguis jari runcingnya. Sungguh hatinya benar-benar tidak merasa enak.

" Hana masih mencintai Andika ?"

Tanya wanita itu. Tidak mejawab persoalan, Hana hanya diam mematungkan diri. Kemudian, pandangannya beralih ke arah jalan tar dihadapan rumahnya. Sempat dia memerhatikan rumah-rumah jirannya dihadapan. Masih bingung hendak mengatakan apa. Tanpa sedar, tangan Rosalin sudah merayap pada tangannya.

" Ada sebabnya Makcik bertanya soal itu." Kata Rosalin.

Sontak, Hana menatapnya. Namun entah mengapa bibirnya masih belum ingin melepaskan butir bicara. Rosalin menikmati teduh iris seorang Hana yang kini menjelaskan sesuatu yang sukar untuk diungkapkan.

Rosalin menatap ke hadapan semula. Satu keluhan halus yang panjang berlepas dari rongga hidungnya. Bibirnya masih segar dengan senyuman. Walaupun dia tidak pasti apakah sesuai waktunya untuk dia tersenyum sedangkan di sisinya mungkin sedang bersedih.

" Hana pasti sudah tahu Andika tidak jadi berkahwin dengan Khadijah kan." Tambahnya. Hana mengangguk ringkas. Tanpa melihat Hana disebelahnya, dia meneruskan lagi niatnya untuk mengatakan sesuatu pada Hana.

" Beberapa hari yang lalu, keluarga Khadijah ada menghantar surat. Kerna mereka tidak jadi mengahwini Andika dengan Khadijah, mereka bilang mereka mahu meminang Andika buat sepupu Khadijah. Sebab tu Andika kesana untuk berurusan dengan mereka."jelas Rosalin lalu menatap Hana.

" Makcik belum dapat berita dari Andika sejauh ini. Adakah dia setuju untuk mengahwini sepupu Khadijah atau tidak. Semua keputusan ada pada Andika. Sebab itu, Makcik mahu tanya Hana sendiri - jika Hana masih sayang dengan anak Makcik." Tambah Rosalin.

Hana senyap.

" Kalaupun Hana masih sayangkan dia - apa masih ada peluang untuk Hana, Makcik?" tanya Hana setelah membisukan diri beberapa detik yang lalu.

Dengan pantas, Rosalin memeluk wanita tersebut. Tidak tahan dengan keperihan dadanya, Hana melepaskan tangisnya. Tenyata mencintai Andika adalah hal tersulit baginya.

" Maafkan Makcik kerna beritahu Hana soal ini. Insya Allah kita tunggu sahaja khabar dari Andika sendiri." Ujar Rosalin.

Hana meleraikan dakapan. Air matanya yang sempat terjatuh dari tubir matanya diseka laju. Dia menoleh Rosalin lama.

" Tidak mengapalah, Makcik. Mungkin memang tiada jodoh Hana bersama Andika. Maaf Makcik, Hana ada kerja lagi." Katanya lalu segera memundurkan diri meninggalkan Rosalin di halaman rumahnya.

Jangan lupa vote dan komen , terima kasih ♡

BORNEO UNTOLD STORY [ C ]Where stories live. Discover now